Sunday, February 7, 2010

babywearing - part II

babywearing, RingSling, baby pouch, mei tai, soft structured carrier...

sape tak pernah dengar perkataan2 ni?? Aku sure mommies kat sini sume pernah dengar..

aku?? first time dengar masa aku pregnantkan Faris.. tu pon aku 'came across' bila aku 'rajin' ngadap internet utk menimba ilmu tentang breastfeeding & cloth diapering..

bila tengok harga -- "mak aiii mahal nye.."

so aku pon, googled on "DIYed slings"..

so bermula lah pengembaraan aku (and Dian) dgn slings ni.. start dengan mengembara ke Kamdar & Nagoya.. aku pinjam mesin jahit kakak aku. And aku mula cuba2 menjahit & ajar maid aku cara nak jahit RS & pouch tu..

and maid aku aku (dgn bantuan maid aku of course) berjaya jahit 3 pouches & 1 double-layered RS. Tp masa tu dah jahit aku simpan je, nak cuba dgn Haziq pon, perut aku dah besa masa tu.. then aku ada beli gak pouch My Lovely Closet dari sorang momma kat SI.com. Dia jual sbb besa kat dia, aku plak beli sebab nak try.. lagipon beli preloved murah drpd baru kan kan.. kalu condition elok, apa salah nya kan?? Tp aku rase material pouch MLC ni stretchy sket. Kalu nak, kena beli size kecik sket kot?? (it's for sale if u are interested :D)

Bila Faris lahir, first time aku nak pakai pouch tu masa nak bawak Faris gi check darah sebab jaundice) masa dia umo 10 hari. Tp mak aku cakap aku macam 'orang indon'.. saba jelah.. tp memang segan gak memula nak pakai, aku pakai masa dalam keta, bila turun aku tinggal je pouch dalam keta.
Tapi alasan utama sebab 'aku tak reti' nak pakai...
Aku rase Faris tak comfortable dalam tuh.. aku pon rasa tak 'best'..

Bila aku dah lepas pantang (err masa Faris umo 37 hari), aku pon zoomm ke 'Robinsons' sbb nak beli Littlepods pouch (sebab aku nak try sendiri sebelum main beli je online). Aku angkut Faris sekali sbb nak try pakai.. tp Faris 'berbunyik-bunyik' plak everytime aku nak masukkan dia dalam tu. Tapi aku beli gak saiz L.. tp later aku tak 'berapa' pakai . AKu ada pakai 2-3 kali masa kat rumah tp aku rasa L size is too big for me.. uhuk uhuk.. (now it's for sale)

pastu, masa aku nak gi seminar kat Penang, aku terpikir nak pakai RS. Tp RS yang aku DIYed tu, tebal sangat, bila lipat sangat la bulky.. so aku ingat nak beli satu.. aku try RS Dian (Silk RS from thebabyloft.com) -- macam best je, senang and stylo jugak!! (kat sini aku ada citer)


so, aku order kat Syaz jumpsacbaby. Aku sempat order and made payment hari selasa so aku bgtau Syaz yang aku perlu RS tu urgently since aku bertolak ke Penang hari Jumaat... Thanks a lot to Syaz and her FIL who made a speedy delivery straight to my hand (thank u, uncle! Sorry saya ingat uncle orang courier hehehhe)
jumpsacbaby RS with its matching bag

tried kat rumah -- look how comfortable he was..



kat Penang, that RS really made my days easy!! Aku pakai masa turun cafe utk breakfast. Since breakfast is only for 1 (sbb aku gi sponsored bilik + b'fast for one je), DH gi b'fast kat luar dgn Fatini & Haziq sbb tanak baya mahal utk b'fast yang ntah pape kat cafe hotel..

semua orang tegur and intai Faris yang comfortable sangat2 dalam RS tu.. aku leh amik food dengan dedua tangan since Faris tido dalam RS tu. At the same time, aku rasa sangat best! hehehe

macam minah indon kaa?? dont think so... mommy VOGUE adalah.. kan..

who says work & pleasure cannot mix??

guess what he was doing inside the RS?

a peep.. that what he was doing...


gitu jugak bila balik KB naik flight hari tu. Aku leh tolong bawak luggage lagi sbb ada 'free hand' bila Faris dalam RS!
having his evening meal -- in KLIA express

sunbathing @ beach in Besut (forgot the name lah)

cam anak orang asli kaaa??

jalan2 with family @ PCB

dinner is easy & peaceful while Faris in RS, but not applicable now, his hands are faster than thunder!

@ KB airport, kat departure hall, sedar2 dia dah lena


jalan gi Bukit Merah ari tu, sangat best.. cuma bila lama sangat carry dia, aku rase sakit pinggang, maybe sebab dia pon dah berat (masa tu dia dh >8kg okeh!). And masa dia baring utk BF or tido, kaki dia sangat panjang!! Sampai terkuar dari sling tu... so, now i'm thinking of other carrier that may help me overcome the prob...

so, ku dapat idea nak beli SSC - soft structured carrier - suitable for older heavier baby... hmm... ni alasan nak shopping lagi la nih... hehehhe

so ku tengah survey2 SSC la nih..

Snugg SSC -- cam best.. leh customized, fabrics design pon macam cun je isk isk.. ada 'sleeve' untuk lipat and simpan SSC -- really a brilliant idea! harga basic: RM245. Accessories eg. detachable sleeping hood (+RM20-48), carrier sleeve (+RM25), upgrade to designers fabric (+RM25), waist pocket (+RM15) -- tambah je lah lagi duit..
kalau aku beli Snugg SSC ni, aku nak tambah detachable hood, waist pocket, carrier sleeve so jadik la harga lebih kurang RM245 + RM20 (meshed hood RM48) + RM15 + RM25 = +/-RM300. Kalu tuka designer's fabric tambah lagi dalam RM25..hmmm jadi la lebih kurang RM350 not bad ehh..
go, take a peep at Liza's shop.. u'll drool looking at the masterpieces..


Jumpsacbaby SSC -- aku sangat suka jumpsacbaby RS, so aku rasa aku akan suka SSC dia.. the price includes the hood, tp cam tak banyak choice of fabric designs.. harga dari RM289 (aku suka black damask with black strap / cherry strap - this priced at RM325)


Littlepods SSC -- nice designs too.. quite affordable price RM199.. tp accessories?? Tak banyak! (actually aku tgh kenan 2 yang atas tuh so tak berapa baca plak pasal littlepods ni)


Angelpack SSC -- aku baca banyak bagi good review on this AP carrier. Ada beberapa jenis jugak, tp dari yang aku baca, ramai suka LX sebab padded body. Tapi harga mak aiii RM500


lain-lain eg Patapum, Ergo, Scootababy, Pikkolo etc.. most are selling at tinytapir.com.. since these are imported carriers, their price are really expensive to me.. i'm sure DH won't approve it!
patapum carrier

pikkolo


**pictures credits to snuggbaby, jumpsacbaby & tinytapir**

nway, ada sesape nak share psl SSC nih?? any inputs would highly appreciated...


---

2 comments:

:Nana: said...

norl, aku strongly recommend Baby Bjorn utk SCC.. mahal tp berbaloi2 gitu.. aku try banyak giler SCC masa kt USA, tp Baby Bjorn is the BEST! tak sakit badan langsung, and baby pun suka hati jer..
unfortunately, sling mmg tk sesuai utk aku sbb tulang aku bongkok sket, so sakit pinggang and leher ler..

but then bila guna Baby Bjorn, ok sgt2 n tk sakit langsung.. heheh..

scudmami said...

Nana,
i read about BabyBjorn is crotch carrier rather than 'bum' carrier.. which critch carrier tak bagus for the baby... hmmm ko ada kawan kat US Nana?? hehehh carrier ni banyak yang US-made.. so kalu beli USmade mmg mahal la esp if post ke msia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails