Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Sewing: Camps shirts -- action pics

remember this entry?

finally i managed to sew them for my 3 boys... alhamdulillah.. just in time for kakak Baby (my sista's daughter)'s 16th birthday parteyyy...

so camane?? Ok tak??


my dobot model
the big bros
Abang Haziq yang suweet..
Hafiy yang bam bam
Abang Ayish
Kakak & Hafiy
My boysss (susah nye nak amik gamba)
abang & abang

Thursday, August 23, 2012

2 bulan

23/8/12 -- alhamdulillah Hafiy genap 2 bulan...
2 bulan jugak ayish jadi 'abang ayi'..
3 tahun 2 bulan jugak umur ayish..
2 bulan jugak mummy dah cuti..
Kalau amik cuti 2 bulan je kompom alu naik keje lepas raya ni.. Tp ni ada lg sebulan cuti hihihi...

Kejap sangat rasanya...
Teringat2 lagi pagi2 aku terbangun sbb pecah air ketuban...
Terbayang2 lagi time dok labour room & time beranak... Iskk..

Nway, Hafiy makin bolat!
Hafiy makin pandai diagah..
Hafiy sekarang suka 'bersilat' -- abis terangkat2 kaki2 & tgn2..
Hafiy senang dijaga, cuma ada masa nak berkepit je..
Hafiy suka susu mami.. Dia mmg minum susu mami je..

Semua sayang Hafiy..
Mummy sayang Hafiy..
Daddy sayang Hafiy..
Kakak sayang Hafiy..
Abang Haziq sayang Hafiy..
Ayi abang sayang Hafiy..
Semua orang adore Hafiy.. Sebab bolat!!

Hafiy mmg adorable!! Gomoi-able!

Happy 2-month birthday Hafiy..... Love you!!

P/S jgn lupa bwk Hafiy cucuk 2 bulan ye mami dedi...



Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Assalam,
Ramadhan sudah berlalu.. Kini Syawal menjelma..
Alhamdulillah, Ramadhan & Syawal kali ni sangat berbeza dengan kehadiran orang baru dalam keluarga -- Nik Hafiy kini hampir 2 bulan...

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN' kepada semua rakan-rakan, di alam maya, terutamanya pembaca-pembaca blog ini, ampun maaf andai ada kata-kata yang menyinggung hati & perasaan...
Semoga kita beroleh rahmat dan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang...

'selamat hari raya.....'

P/S tu gambar raya last year, Hafiy takde, this year, kami berenam.. Alhamdulillah..

Tuesday, August 7, 2012

Iftar buffet : Concorde Inn KLIA

salam Ramadhan...

macam tahun2 lepas, mmg we all akan try buffet ramadhan kat mana2, saje nak bawak budak2 ni... this year, we tried Concorde Inn KLIA sbb DH ckp ada orang bgtau, makanan sedap... ku ikut je... we all pegi pada puasa ke-8 (sabtu 28/7/12).

we all keluar rumah pukul 6+, sampai situ dah pukul 7, so terus duduk meja and start amik makanan... kali ni, Fatini & Haziq semangat makan sebab diorang puasa kan.. selalu rugi je bawak makan buffet!

Daddy and the kids..
diorang makan sate & nasik impit, and nasik minyak...
kuih2 pon ok jugak la, ada kek, ada cream puff (yg ku teringin tp lupa nak makan huhuhu), eclairs, puding etc

Hafiy dalam infant seat, tp letak atas kerusi..

Hafiy dok dalam infant carseat, tp tak bawak stroller (bijak kan??) sib baik dapat kerusi extra so letak dia atas kerusi tu.. mula2 diorang tanak bagik extra kerusi sbb tak cukup.. ciss..
and dia ok je tido dlm tu, kejap2 bangun mintak susu, but most of the time, mummy can enjoy makan la.. heheheh


mummy & abang Haziq

hmm... mummy masih dalam 'pantang' so agak-agak jugak la makan tu huhuh... bleh caya ke? lol


kakak & abang Ayish

macam biasa, juara makan adalah Ayish... makan nasik, red velvet cake abis sepotong, non-stop mengunyah apa je orang lain makan...

Hafiy pon 'buka puasa' jugak..
 si kenit ni pon nak 'mamam' gak... thanks to the babywearing, mummy bleh BF Hafiy discreetly and can continue to eat hihih

lentok..

dah makan, sambung tido dlm RS... mummy sambung makan lagi sampai licin meja hehehhe

senang carry Hafiy dalam ringsling je..

nak balik daaa... okay lah, food not too bad... kami ni jarang gi makan2 buffet ni. Tu yang bulan puasa ambik kesempatan ber'buffet' sebagai 'upah' utk anak2 yg puasa... jadi nye, kami tatau la nak 'rate' kan buffet sedap ke tak... rasa biasa je... janji perut kenyang. Actually banyak gak makanan including, kambing bakar, ayam bakar, udang bakar, segala mee, sup gear-box, asam pedas melaka, rojak, spaghetti & pasta, deserts etc... tp aku tak makan semua, rasa sikit2 je, lagi pon masih beringat yang diri masih 'berpantang' hehehhe tak nak la 'pantang nampak' pulak...

tempat solat, dekat je dengan tempat makan, tp sure sesak punye... aku masih belum boleh solat, so tatau camne keadaan surau... tp alhamdulillah ada tempat nak bersolat, jangan pulun makan, solat maghrib entah ke mana... tu yang kami susah nak berbuka di luar, kena pilih tempat yang senang nak solat, kalau tak, buka and solat dulu kat rumah, lepas tu baru pegi makan..

dah kenyang, jom balik...


now kami berenam... alhamdulillah... terima kasih Allah atas rezeki-Mu...





Wednesday, June 27, 2012

Tuesday, June 19, 2012

It's been a year....

17 June 2012 -- Selamat Hari Bapa... kepada semua bapa/ayah/daddy/abah.....
AL-FATIHAH....
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last saturday, kami adik beradik bergotong-royong bersihkan kubur arwah abah, naikkan kayu tepi kubur & batu nisan.
Sebak rasa nye, sbb dah dekat setahun sebulan dah abah pergi...
Abah pergi pada 28/5/2011 -- sehari selepas aku dapat results MPATH...
Allah lebih menyayangi beliau... pergi nye mmg sangat mengejut.. tiba2 pagi tu dapat panggilan cakap abah jatuh, jumpe kat kebun... bergegas kami adik beradik balik kampung... ada yang balik sehelai sepinggang, mostly pakai jeans bagai sebab mengejut sangat...

Bila sampai depan rumah, tubuh abah dah terkujur kaku di ruang tamu... tenang betul muka arwah masa tu...

Arwah abah.... sangat tenang muka beliau.... semoga beliau tenang di sisiNya...
selesai pengkebumian... beliau pergi pada pukul 9 lebih 28/5/2011....
Ni masa kebumi arwah.... sayu sungguh.. Kebumi lepas Asar, cuaca sangat mendung dan semua memang dimudahkan... Semoga roh beliau dicucuriNya...
Antara anak2 & saudara mara yang hadir...
Kak Lang dari Terengganu and Kak Zai dari Ipoh pon alhamdulillah sempat sampai melihat jenazah sebelum dikapan dan disembahyang dan dikebumikan...
Beliau seperti tahu yang 'masanya' sudah tiba... malam tu, dia dah siapkan beberapa envelope berisi duit... katanye niat nak bagi cucu-cucu... dia tak cakap nak bagi cucu yang mana... tp mmg cukup envelope ni untuk cucu-cucu beliau yang kecil2.... dalam ni ada RM3 (if tak silap... envelope ni masih bersimpan atas almari mekap aku... sebak setiap kali tengok) -- semua maklum, abah bukan jenis bagi duit2 raya pada cucu-cucu walau time raya sekali pon, jarang sangat... tp agak2, apa lah niat dia sediakan duit dalam envelope ni utk cucu2 dia agak nya... wallahu'alam....
AIDILFITRI 2011
Raya 2011 -- raya pertama tanpa abah bersama kami...
Melawat kubur di Aidilfitri pertama tanpa arwah....


16 JUNE 2012 --

Abang Din, Amin, Abang Aziz, Abang Tam, Nik dll mengemaskan kubur untuk meletakkan kayu keliling kubur arwah...
Acik, Pak Busu & Apak antara pakcik2 yang masih ada...
Alhamdulillah Ayish sempat kenal Atok... cuma atok tak sempat jumpe baby... T_T
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MATI itu pasti.... masa kita belum tahu bila.... semoga kita semua bersedia menghadapinya bila2 masa... wallahu'alam...

AL-FATIHAH buat arwah abah....
Haji Sheikh Othman bin Haji Sheikh Omar...
(19/5/1929 - 28/5/2011)




Jalan2 carik makan

gi makan macam2, mana la tak gumuk?? LOL
sejak masuk 37 weeks, aku tak larat nak jalan2 sangat... tp kesian dgn budak2 ni, weekend bawak jugak la keluar dekat2...

Lunch di Saba' Cyberjaya... @8/6/12


makan di Saba' Cyberjaya...

mummy & Ayish...


@ Wetland Putrajaya...

lepas makan kat Saba' , we all gi Putrajaya... takde tujuan, just round2 pastu berhenti solat Asar kat Masjid Besi... adohaiii dah nama nye masjid besar kan, banyak la kena berjalan... huhuhu... takpe, pasang niat nak solat kan.. insyaAllah...

lepas tu otw balik, singgah Wetland, tp sbb dah dekat pukul 6.30pm, we all berhenti kejap je... ada la burung2 bangau lah, itik lah, flamingoes, undan etc..
our cheeky monkey... @Wetland...

@Wetland... tengok bangau, burung undan, etc...
@ Wetland..
@ Wetland, tp tak lama sebab dah nak maghrib... lain kali kita explore lagi...
ni gamba budak2 amik... adoii perut mami sangat busatt....



Lunch @ The Johny's & Madagascar 3... @10/6/2012

rasa guilty sangat sebab cuti sekolah tak gi mana2... dengan minggu pertama cuti mummy busy dengan exam MPATH, minggu kedua daddy planned nak bawak budak2 balik KB pon kensel sbb mummy kena check-up sbb baby breech hari tu... so, weekend tu, we all planned tgk Madagascar 3...

tghari lunch dulu kat The Johny's... dah lama mummy nak makan... cuma dok pikir, takut budak2 ni tak nak makan pulak... selalu kalau keluar jalan makan, sure ikut tekak diorang huhuhu... kali ni, tak kira ikut tekak mummy jugak hehehe...


tunggu seats kat depan Johny's...


masa ni Haziq sibuk sakit kaki tak bleh jalan.. so kena la daddy dukung...


my 3 best men....


mummy & my baby girl....
Ayish..

nasib baik diorang suka pulak makan nasik kosong dengan kuah tomyam utk steambot tu.. Faris macam biasa, paling juara makan semua yang letak dalam mangkuk dia... last sekali desert dengan eskrem... mummy makan banana split (sebab murah daripada kat kedai lain hahahha)

pastu tengok Madagascar 3.. booked 4 seats je sebab penuh, tu pon seat yang dua-dua (bukan twin) row tepi tu.. Ayish dok atas pangku daddy..

BEST sangat citer tu hehhe.. mummy pon enjoyed.. sebelum ni rasa macam boring je citer Madagascar ni lol...



late lunch @ A&W... @17/6/12

pagi tu, daddy bawak budak2 pegi Masjid al-Mukhlisin ada sambutan Isra' & Mikraj..
kakak & abang masuk pertandingan mewarna.. mummy tak ikut lah.. duduk rumah kebosanan... (tp dapat la basuh new Pandora wrap, kain shijira yg nak convert to ringsling and few other wraps & ringslings yang ready to rock bila baby keluar nanti hihi)....

ni float & waffle memang tingin lamaaa... tp sbb A&W ni cam tak berbaloi gi makan -- burger tak best, tap mahal huhuhu...

tp sebab tghari tu tak lunch, we all gi late lunch dalam pukul 4 gitu... kids dapat beary meal satu sorang... abang and ayish amik hotdog, kakak seketul drumstick.. mummy & daddy mozzzzza burger... sedap betul waffle dia panas2 tu... isk tiba2 teringin lagi huhuhu...

dapat pon minum rootbeer float & waffle butter + honey @A&W... mummy's fav!!!
@A&W.. late lunch... err. teatime dah sebenar nye heheheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails