balik rumah semalam, maid aku mengadu
"kak, kak Fatini (dia mmg bahasakan Fatini dgn panggilan kakak Fatini) tadi dia letak air ribena di rambut Faris & Haziq"
"hahh.. kenapa pulak?"
"dia sikat rambut bebudak tu & basahkan dgn air ribena"
sabar je lah denga.. aku pon tanya Fatini
"kakak, kenapa kakak letak air ribena kat rambut adik?"
"saya nak sikat rambut dia bagi dia hensem"
*speechless -- aci tak, dia nak sikat rambut boh air ribena???
--
HAZIQ
cam biasa aku akan bertanya maid aku pasal Faris time siang (aku gi keje)
contoh cam ni
mummy (iaitu ai la tuh): Faris siang pon dia merengek2 cam ni ke?
maid ku : macam ni lah, kak
Haziq (menyampuk) : 'siang' tu citer hantu, mummy
Mummy: citer hantu apa?
Haziq: 'siang' tu citer hantu lah, Ajiq tengok tadii...
pastu baru aku teringat..
Mummy: tu SIONG la bukan siang...
iskk sib baik la mummy ni cepat pick-up tau.. daddy dia?? Hampeh tak paham...
---
FARIS
ehhh ehh ehhh
(senyap)
ehhh ehhh ehhh ehhh ehhh
(senyap)
huwargh huwarghhh...
(senyap)
huwarghhhhh.......
saba je lah, dia merengek la sepanjang aku balik tuh. Senyap bila mulut tu bersumbat.. uiisshhh tak tahan oii kalu dia bergayut je
sejak last week, dia demam, pastu weekend panjang tu tak demam, tp dia
sekian terima kasih...
2 comments:
Orang2 tua kata, demam nak merangkak la tu beb ...
Lepas baik ni, selamat mengejar faris satu tumah la aku ucapkan kat ko ... ha ha ha ha ha ...
nak merangkak apa nye lagi, Dian?? Dah laju merangkak dak.. tunggu nak berdiri & jalan je.. tp tak rase nak berjalan pon..
kalu dapat kaki nanti mintak2 la tak lari laju cam anak ZZ
Post a Comment