Thursday, December 24, 2009

kenapa mesti nak tengking orang??

kisah ni masih fresh...
aku baru balik dari Bangi..
hari ni last day kat Inbiosis so kitorang singgah lunch kat Yus Satay Kajang, pastu pegi butik MyDreams kat BBB..

kat MyDreams mmg ada sale, tp dah tak banyak nursing tops yang tinggal.. owhh sungguh sedey (tp poket saya happy sbb takde lah 'rabak' sangat heheh)

pastu masuk lah sorang mamat ni, kecian tangan nye sebelah bersimen (apalah musibah yang menimpa wallahualam)..
dia datang membawa b'pump S3 si isteri (of course la kan, takkan la abang tu punya hahahah).. kisahnye, pam tu 'rosak'. Yg ku dengar2 dia cakap suction tak kuat (ke apa ke??)

pastu adik kat situ cakap kat dia, yang diorang perlukan complete set (ie dgn tube) utk diorang testing apakah masalah pam tersebut.. tp brader tu sah la bawak body pump je. Brader tu suruh test dgn tube yang diorang ada .. err of course la tak boleh bang, yang ada kat kedai kira brand new utk jual, kalu bukak abang kena lah beli!

pastu dia kuar kedai then datang balik.. cakap bende2 lain kat rumah (something macam tu lah..). PAstu aku dengar la yang adik kedai tu nak explain kat brader ni pasal pam kalu rosak kena bawak repair centre.. tapi tetiba aku dengar
"yes you do that!!"
"you amik pam ni, anta repair!!"
tammmm!!!! (bunyik meja kena ketuk!) ye... brader ni telah mengetuk meja dengan amat kuat nye (dengan tangan tak bersimen dia of course tp saksi lain cakap tangan brader ni dah nak naik sampai ke pipi adik kedai tuh)

dia hangin sbb katanya adik kedai tu meninggi suara dengan dia.. err aku yang memang dok kat situ macam takde plak dengar adik tu tinggi suare??!! Tak tau lah kalau ada nada adik tu yang dia tak senang gamaknya..

aku pon tak pasti lah kenapa brader tu hangin sangat...

tp dia memang terus tengking dan tengking dan tengking.. siap ugut budak tu
"jangan sampai tangan saya naik kat muka awak!"
"awak ambik pam ni, anta repair. We bought this thing from u nicely, but u cheat us yada yada..."
"ok, nanti kami hanta repair"
"awak tak tau sape saya. Saya report awak kat boss awak. Bagi sini no tepon boss awak"
adik tu malas nak layan banyak, bagik je lah (yelah.. orang mental macam tu jangan layan and jangan lawan!)

aku kesian kat budak tu. Yelah brader tu hingat dia superior sangat sebab dia sorang je JANTAN dalam kedai tu.. kami yang lain2 ni sume kaum Hawa yang kerdil, tu yang dia berani tengking tuh!!!

to cut story short, dia called boss kedai, adik tu pon called boss dia gamaknye..
and diorang setuju bagik brader tu pam baru.. ye pam baru kawan2.. padahal pam dia udah beli bulan 7 dulu, dan masih tak tau lagi apa diagnosis nye...

owhh memang best dapat pam baru.. tp dengan cara begitu, berbaloikah?? Berbangga kah anda???
Berbangga kah Puan AA dapat pam baru??? Kalau lah puan tau dan nampak apa yang suami puan buat/cakap dgn adik kedai tu, mesti puan akan malu sendiri.. aku sangat kesian dgn isteri brader tu... memang pam tu sangat berharga, tp budi bahsa lebih berharga!!


di manakah budi bahasa kita kaum melayu, orang islam??

kalau ye pon adik kedai tu meninggi suara, perlukah beliau ditengking dan dilayan sebegitu rupa??
tolong lah brader, bayangkan adik anda ataupun isteri tercinta awak dilayan macam tu?? Siap nak ditampar oleh orang tak dikenali.. apa perasaan anda??

aku memang tak tau lah kenapa orang nak buat macam tu...

tahap sabar aku pon ada batasnya.. in fact masa makan kat kedai satay Yus tu pon aku sempat 2x 'marah' kat budak waiters situ, 1st sebab aku order mee hailam, sampai sudah tak sampai2 sebab dia lupa ye LUPA nak inform kat tukang masak! 2nd, aku order satay bungkus, lebih 15 minit tunggu aku hanya nampak bebudak tukang kipas satay tu hanya goyang kaki, bila aku tanya, memang budak tu tak terima order satay ku.. owhhh sape tak hangin?? Memang aku marah nada agak tinggi, tapi takde lah sampai nak sepak orang.. (ke sebab aku wanita dan yang ku marah tu lelaki???).. owhh tidak... suare ku tinggi sebagai tanda aku memang marah sebab hak aku sebagai customer tak dipenuhi.. aku order & bayar..

tp brader tadi, dia tak boleh marah tengking terus sedangkan tak tau apa masalah nye lagi.. mana la tahu kot2 memang pam tu pernah terjatuh ke, atau memang faulty sebab lama pakai (heavy duty).. dia dah beli lebih drpd 5 bulan, jadi semestinya masalah berpunca dari penggunaan bukan masalah production dari kilang.

kalau doktor pon tak diberitahu signs symptoms dan history yang proper, kami takleh nak diagnose penyakit anda..

kepada adik kedai tu ~ bawak2 bersabar. DAN kalau memang awak mmg ada ternaik suara, sila lah muhasabah diri.. jadikan pengajaran. Unfortunately, customers are ALWAYS right!

kepada brader tu ~ err.. tolong TOLONG lah jaga temper tu. Biar bertempat. Jangan jatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai.. anda ada adik perempuan, ada isteri malah ada anak yang mungkin jugak perempuan, bayangkan kalau mereka diperlaku kan sebegitu... tolong fahami etika jual beli, barang2 ada warranty, tak boleh la sume yang rosak nak mintak baru (aku tahu dia bukan mintak ganti baru, tp cara beliau kurang tepat!). Tengok dulu apa masalahnye..

kepada peniaga ~ aku rasa tak patut 'give in' dengan orang yang macam tu. Aku rase tak patut 'ganti baru' utk selesaikan masalah.. patut nye bawak berbincang. Adik yang dia tak puas hati tu patut 'berundur diri', biar dia deal dgn orang lain (mungkin lebih bagus dgn boss sendiri). Cerita balik prosedur repair/replacement barang yg under warranty.
Bagaimana dengan orang yang datang dengan budi bahasa sopan santun, adakah mereka dapat pam baru?? aku rase yang bersopan santun patut bagik pam baru. Yang mental macam tu, boleh blah... kalau dia naik angin macam tu senang je, tepon polis!! (aku dah bgtau kat adik salesgirl lagi sorang, kalau mamat tu buat hal lagi, terus tepon polis! owhh kenapa aku tak masuk campur??? ko gile?? Nak suruh aku free-free makan penampar dia?? Tak pasal2 kang kena 'swing' dgn tangan yang ber'cast' tu!!)


orang yang tengah 'terbakar', minyak bukan penyelesaian, kadang2 air juga bukan penyelesaian.. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah...


cerita ini memang berkait dengan orang yang masih hidup. Aku mintak maaf kepada yang terlibat.. tp yang paling penting, pengajaran di sebalik cerita ini..

wallahualam.................

"Ya Allah, semoga kau kuatkan iman ku.. Kau lindungi ku dari amarah ku... "

**aku memang seorang yang baran... tp dengan orang yg tak dikenali, baran ku agak 'terkawal', but DO NOT trigger THE BUTTON!!.. aku tak suka nak hangin tak tentu pasal, sakit dada weihh.. BP naik, heartbeat racing.. tak best tak best!!**


---

5 comments:

CY4.0 said...

adoi la.. aku guna lappy baru bley komen kat blog kau ni.. somehow drop down "comment as" tu tak kuar pape kalau aku nak menggedik comment via mobile..


serius la.. tak kena gaya betul mamat tu..

illa said...

salam kenal..terjumper blog awk..cam menarik..
thanks kongsi pengalaman nie..boleh jdkan iktibar dr kejadian ini..
Budi bahasa lebih bernilai..betul..

Sepatutnya tauke kedai xboleh bg pam yg baru..

Mummy Harith Hannah said...

Mental (mamat tue)!

scudmami said...

cy4.0~ awat laa.. dok goyang kaki ngan anak dara tu okay lah ngadap lappy.. hahhaha..

illa~ tq for dropping by...

mummyHarithHannah~ yupp.. mentOl!

:Nana: said...

uish.. tak aci betul dpt pam baru.. aku rasa customer yg berbudi bahasa mmg tk akan dpt pam baru, yg mental je dpt sbb tokey malas nk layan..

so far, aku punye story temper was kat taska anak yg sulung, kes overtime 5 minit sbb anak aku nk pegi toilet diorg kenakan caj RM6 padahal pengasuh duduk tengok TV je, bkn nk tolong pun.. esok nye terus aku pindahkan taska lain, parents lain pun mula komplen (kes lain pulak) and lastly mgmt tukar vendor yg uruskan taska.. kengkadang berbaloi gak temper nih.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails