Monday, December 21, 2009

jangan percaya..

suatu pagi ni aku tertonton sebuah rancangan motivasi tp dah hujung2.. basically aku pon tak sure dia cakap pasal apa.. tapi yang aku tersentap tu bila tiba-tiba statement beliau keluar

"jangan percaya dengan doktor yang cakap mak ayah kita dah takde harapan"
"bahaya ni doktor yang macam ni"
"semua nye kerja Allah..."


err memang betul semua kerja Allah..
kita sebagai manusia patut berusaha selagi mampu. Doktor pon bukan Tuhan.. tapi aku rase lagi BAHAYA kalau carik doktor yang bagi u 'harapan palsu'

doktor ni ada etika kerja sendiri. "Do no harm"

kalau pesakit kritikal, selalunye memang kena bagi family members tahu..

aku sangat la tak kenan kalu doktor yang cakap patient 'stabil' tp sebenar nye tidak. Aku lebih suka kalau family members diberitahu setiap detail/masalah pesakit dan juga pilihan2 treatment/management yang ada..

ini pernah terjadi pada aku sendiri 3-4 tahun lepas.
Abang ipar aku kritikal di ICU (bacterial pneumonia with meliodosis).

Asalnye dia hanya suspect demam denggi sbb cek darah memang macam 'dengue fever feature' (dari ujian darah -- low white cell count & low platelet counts). Dia pon memang tak lalu makan/minum & dah sampai tahap dehydrated dah..
Tp H** refused to admit him even for rehydration therapy. Ingat lagi aku masa tu baru balik dari cuti-cuti Msia ke Genting. Balik je terus kitorang visit dia and janji nak bawak gi check up kat H**M keesokan harinye.

Kat A&E, kitorang amik darah dia then 'admitted' him sekejap kat observation ward for IV drip ('masuk air) then plan balik kalu results darah tak teruk sangat.

Tp tup tup masa tu, glucose dia tinggi, cek paru-paru ada signs of infection (padahal dia takde complain batuk apa pon)..
Bila buat CXR -- the chest was quite bad, he was admitted straight away..

next day, kakak aku called cakap abang ipar aku sesak nafas & doktor kena masukkan tiub pernafasan... "masyaAllah, semalam takde la teruk sangat.." terus aku & DH ke hospital. Masa tu dia dah di 'intubate' and transfered to ICU...

masa ni lah aku rase sangat helpless.. memang aku tak boleh buat apa-apa, aku serahkan pada doktor pakar di ICU.. specialist yg treat abang ipar aku masa tu jumpa aku and interview aku sket. Then bagitau aku prognosis abang ipar aku. (which was not good lah kan)
then dia tanya aku "u want to tell ur sister or u want me to tell her??"
"no, u go ahead. You tell her please"

aku memang tak sanggup.. worse cos i know 'it' myself

so dia cerita dengan kakak aku dari A to Z.. what happened, how it happened etc.. then she told my sister what they had done so far and what they were going to do, their prediction as well as the possible outcomes...

bagi aku, itu memang sangat perlu.. ikut psychology, memang kita akan berada dalam 'denial state' masa memula terima berita buruk, tapi kalau berita buruk tu disampaika dgn cara yang betul, insyaAllah kita akan cepat terima keadaan.. tambah plak kita sebagai orang Islam, ada pegangan..

memang kakak aku & family lain sangat sedih!!! Tapi kami redha kalau itu ketentuanNya.. setidak-tidak nye doktor tu dah bagitau kami semua kebarangkalian (let it good or bad)..

tapi alhamdulillah abang ipar aku recovered setelah dekat 2 bulan dok ICU..

bayangkan kalau kami tak diberitahu apa yang jadi..?? atau bakal terjadi??

dan kalau sesuatu yang sebaliknye berlaku?? Tentu kami akan salahkan doktor kan??

well, that's the ugly truth..

bayangkan kami para doktor yang nak menyampaikan berita buruk?? Boleh anda bayangkan betapa dup dap nye jantung kami dalam nak memilih perkataan yang terbaik utk disampaikan?? silap2 ada plak yang kena tumbuk ke?? Tak ke haru??
masa aku keje kat A&E pon gitu gak... sangat la susah nye nak 'pilih' perkataan terbaik nak disampaikan pada family members bila patient passed away. Kalau patient cina, kena guna approach lain, kalu india pulak lain, kalau Melayu/Islam pon lain gaks...
language barrier pon masalah jugak.


Pernah masa memula aku kat A&E, ada satu kes ni, aku bagitau ngan family chinese ni
"sorry, mak you sudah 'takde'"

dia bleh senyum and ckp " oh.. sudah takde apape ye?? good good"

ehh aramak, aku salah pilih word la plak, then aku explain balik bebtul, dari mula mak dia datang A&E tu, masalah yang dia hadapi eg sesak nafas atau tak bernafas, takde degupan jantung etc. Then apa yang kami buat (eg intubate, CPR etc) then apa yang jadik eg no respond after 15-20 minit mencuba etc..
pastu baru lah amoi tu paham.. sorry lah kalu aku salah pilih perkataan terbaik..
sejak tu aku sangat berhati-hati bila nak sampaikan berita buruk.. owhh keje A&E memang banyak kena sampaikan berita buruk.. sungguh ku menci!!
susah wooo nak guna perkataan dan cara yang paling hikmah utk menyampaikan berita buruk tau...
back to the early part of this entry --- aku rase statement yang betul patut nya macam ni:
"carik lah doktor yang berterus terang dan dapat bercerita tentang semua perkara berkaitan penyakit & treatment / management pesakit"
"anda sendiri patut tanya apape saje yang anda nak tahu.. anda ada hak"
Tapi bukan tanya samada pesakit akan matikah? -- semua orang PASTI mati!
Bukan tanya 'Berapa lama pesakit boleh hidup?' Itu semua kerja Allah.. doktor mungkin boleh memberi prediction (prognosis) berpandukan penyakit/keadaan semasa pesakit tapi again-- semua terletak di tanganNya...
aku sendiri sangat 'senang' kalau pesakit atau family yang tau apa yang diorang nak tau (maknanye bertanya yang sepatutnya). Dan lagi mudah kalau memang ada 'ilmu' sket (tahu tentang penyakit serba sedikit). Tapi aku tak kenan kalau yang cuba 'challenge' ilmu medik / sains dengan 'myth' atau petua2 yang tak masuk akal atau info2 dari sumber yang ntah hape-hape.
(Sila berhati-hati kalu mencarik maklumat di internet. Pastikan sumber anda boleh dipercayai!)
mungkin kadang2 anda akan berjumpa dengan doktor yang 'menyakitkan hati', tidak sensitif, ataupon 'bolayan' tapi doktor pon manusia.. nobody is perfect! (cuma doktor2 yang macam tu, bukan salah ibu mengandung, tp memang perangai memang dah macam tu, tak dapek den nak nolong!)
malah pesakit mahupon keluarga pesakit pon ada macam2 perangai... earlier said, nobody is perfect.. kita hanya ambil mana yang betul, yang salah jadikan sempadan.
prinsip aku senang, kalau aku tak nak orang buat aku macam tu, aku takkan buat kat orang lain. Atau kalau sebelum aku cakap sesuatu atau buat sesuatu, aku akan cuba meletakkan diriku di tempat pihak yang lagi satu (try to put yourself in their shoes)
kalau aku kurang ajar kat orang, orang lain mungkin akan berlaku kurang ajar balik, tp mungkin bukan pada aku tapi pada mak aku ke abah aku ke family members aku yang lain ke.. sure tak nak kan??
(paham kah?)
so, tepuk dada, tanya selera..
"what u give is what u get"
wallahualam
---

4 comments:

:Nana: said...

nice read..

aku setuju 100% dgn kau.. altho baru sekali experience masa ayah aku meninggal kat Hosp Muar, at least dokter tu tk beri 'harapan palsu'..

btw, aku tukar url blog baru (rafdinahouse(at)blogspot(dot)com). ada free time, singgahlah ek.. take care!

CY4.0 said...

*clap* *clap* *clap*

untung ada kawan doc ni.. thanks for writing nyah..

Salwa said...

norly
sgt setuju
i igt sgt sorg lecturer penah bagitau
rule thumb in medicine ; dont mess with people
doctors always looks like an emotionless creations.many dont knows how bad is it to delever such bad news to the family of patients.
many of my friends getting trauma after their first death case..
i really appreciate doctors..
thats why they can be said as among the noble profession.
kalau perasan kan..doctors jarang ada masa dgn family yet their kids are always excellent in both akhlaq and academics
the reason is sebab berkat yg doctors dapat dari pekerjaan mereka
ni juga antara ilmuyg i dapat masa sharing dgn sorg ustaz yg wife dia doctor dan sedang pursue master degree

scudmami said...

CY, Nana, Salwa~

Doktor masih insan biasa.. kengkadang orang tak anggap camtu.. tak tau kenapa.. diorang ingat, kalu doktor sume perfect?? Kalu doktor takkan jatuh sakit??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails