Thursday, September 24, 2009

Faris tak nak botol

hmmm... ini adalah cerita biasa bila lepas cuti panjang hatta cuti weekend..

banyak kali penjaga kat nursery bgtau, hari isnin mesti dia refuse botol. Kadang2 mogok lapar tido tanpa minum susu
Tapi bila dah lapar dia akan minum gak

Tapi this time lagi teruk...
Bila aku on call raya ke3 ari tu, DH cakap Faris mmg taknak minum botol. Tapi at last minum gak. Tapi takpe lah sbb aku tinggalkan dia less than 3 hrs je.

Semalam aku keje, tinggal kan dgn kakak aku (kak Lang) kat rumah mak, Kak Lang cakap ok je. Mmg la tak nak minum tp last-last minum gaks. So semalam aku tinggalkan dia from 8 to 4, dia minum 2 botol je -- tp bagi 3x

Hari ni, aku keje, DH jaga bebudak comots 3 orang ni. Aku pon gi keje lambat banyak sket. Bila aku tepon, DH ngadu cakap Faris mengamuk2 tak nak minum langsung!
2 botol EBM buang gitu saja.
Aku balik kul 1, Faris tgh tido (DH muka tensen je).
Bangun je dia terus mengamuk2 lagi.. mmg tahap budak kebuluran. Aku try bagi EBM yang tgh panaskan, tp mmg dia tak nak tahap cipan

Aku tak nak bagi direct sbb aku sekarang tengah kesakitan -- nipple aku cracked gile-gile!!! Dedua plak tuh huwarghhhh!!! Tiap kali dia isap, aku akan menangis tahan sakit.. (sakit cam sakit nak beranak lak rase nye...owhhh)

Tapi sbb dia dh ngamuk sakan, aku bagi gak direct (mode: nangis taww)
Problem lagi satu nye -- aku baru pam kat opis b4 balik, so mmg susu tak banyak. Dia ngamuk lagi!!! Nangis sampai penat then tido... cian sangat...

camano nih????

sape ada tips camane nak cepat baik nipple crack nih??
Untuk rekod, sebab cracked nipple la aku gave up fully BF Haziq, but definitely NOT THIS TIME! Biar aku nangis camane pon....
aku mmg sapu BM kat situ everytime pas menyusu or pam.
tp malam tadi, aku sapu nursing cream Palmer's tu (at least tak bagi 'lekat' kat nursing pad uhuk uhuk)

and camane nak buat dgn Faris nih??? Dia tak nak langsung isap botol! Esok takpe sbb aku cuti...
Nanti kat nursey susah lah... kesian dia kesian gak penjaga dia...


Ya Allah.. tolong permudahkan semua nye ya Allah..........
---

7 comments:

Hanim said...

Reverse cycling? think Shida (she's in malaysianbabywearing forum& susu ibu forum) said her daughter reverse cycled early.

I used Medela Purelan. penyelamat nipples. haritu tamak, bb weaning off, beli gak tube besar rm50 (kunun more effective than the smaller tube rm30). baru 5x picit.

US forum recommend lanolin/lansinoh/purelan. Jumpa purelan je. ada kat Tiny Tapir.. organic punye... tak pernah try/dgr org try.

*best of luck*

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

lanolin cream & lucas paw paw was recommended to me time dlm hospital dulu. they swear by em that it works wonders. tp i tak guna pun, i just biarkan dia baik sendiri. sapu aje BM kat nipple. sehari 2 baik la.

refuse bottle? now faris pakai botol apa?

try botol yg puting lembut giler cam "breastflow 1st years", "adiri, "mam" soft teat...mmg byk la..try cari yg paling lembut closest to texture breast?

scudmami said...

thanks Hanim ~
i will try the Purelan cream. Heard it's good but never try it. I'll need to find it asap la.. nak cepat kena gi carik kat mana ada jual ye??
not so much of reverse cycling la but mogok mengada tuh... nak direct je

Mama-Miya ~ thanks too.. He's using MAM bottle. Not becos of the bottle/teat i guessed. But more of 'naik lemak' sebab dekat 5 hari dok direct BF je..

scudmami said...

malam tadi teringat ada breast shield (yang i planned nak jual initially sebab dh tak pakai)..
siang ni pakai, much better -- more airy and tak melekat2 kat pads.
Tp yang tak tahan -- kebocoran sbb bila BM collected kat situ, and aku 'menonggeng' sket, abis terkuar.. isk...

Hanim said...

Kat Curve.. try First Few Years. Sarang I beli Medela stuff.

Mom's Care ada kat Ikano&OU new wing.

Fabulousmom.com ada kedai kat Puchong&Tmn Tun. Tgk if dia ada jual tak kat website.

If not... Tuesday I have my class in HUKM.

Norlida said...

anak saye dulu pun macam tu. Start antar kat pengasuh mase 3 bulan skrg nak masuk 5 bulan mmg susah nak hisap botol. Mcm2 jenis puting saye beli..MAM and Avent pun x nak gak. Last2 pengasuh die picit je hujung puting tu kat die..Bile pengasuh try brand Pigeon yang latex tu die hisap jugak sikit2..ramai yang cadangkan puting doktor baby. Tapi mcm biase anak saye tak mau jugak. Kesian kan tgk baby mcm tu..nak kerje pun asyik teringat kat die takut lapar. Sampaikan saye sanggup waktu lunch hour pergi menyusukan die walaupun jauh gak dari shah alam(tmpt kerje) ke puchong...Harap2 semuanye akan ok nanti.

scudmami said...

Hanim~ jauh nye sumer kedai yang ko suggest tu.. ingat nak try carik kat MV - mothercare ke mom's care ke.. ada ke ekk?? tp ntah bila la nak gi???

Norlida~ cian nye kalau baby tak nak botol langsung. Actually Faris ari tu OK je dgn botol. Tp ni lah sejak cuti panjang ni.. memang haru dibuat nye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails