Tuesday, June 19, 2012

It's been a year....

17 June 2012 -- Selamat Hari Bapa... kepada semua bapa/ayah/daddy/abah.....
AL-FATIHAH....
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last saturday, kami adik beradik bergotong-royong bersihkan kubur arwah abah, naikkan kayu tepi kubur & batu nisan.
Sebak rasa nye, sbb dah dekat setahun sebulan dah abah pergi...
Abah pergi pada 28/5/2011 -- sehari selepas aku dapat results MPATH...
Allah lebih menyayangi beliau... pergi nye mmg sangat mengejut.. tiba2 pagi tu dapat panggilan cakap abah jatuh, jumpe kat kebun... bergegas kami adik beradik balik kampung... ada yang balik sehelai sepinggang, mostly pakai jeans bagai sebab mengejut sangat...

Bila sampai depan rumah, tubuh abah dah terkujur kaku di ruang tamu... tenang betul muka arwah masa tu...

Arwah abah.... sangat tenang muka beliau.... semoga beliau tenang di sisiNya...
selesai pengkebumian... beliau pergi pada pukul 9 lebih 28/5/2011....
Ni masa kebumi arwah.... sayu sungguh.. Kebumi lepas Asar, cuaca sangat mendung dan semua memang dimudahkan... Semoga roh beliau dicucuriNya...
Antara anak2 & saudara mara yang hadir...
Kak Lang dari Terengganu and Kak Zai dari Ipoh pon alhamdulillah sempat sampai melihat jenazah sebelum dikapan dan disembahyang dan dikebumikan...
Beliau seperti tahu yang 'masanya' sudah tiba... malam tu, dia dah siapkan beberapa envelope berisi duit... katanye niat nak bagi cucu-cucu... dia tak cakap nak bagi cucu yang mana... tp mmg cukup envelope ni untuk cucu-cucu beliau yang kecil2.... dalam ni ada RM3 (if tak silap... envelope ni masih bersimpan atas almari mekap aku... sebak setiap kali tengok) -- semua maklum, abah bukan jenis bagi duit2 raya pada cucu-cucu walau time raya sekali pon, jarang sangat... tp agak2, apa lah niat dia sediakan duit dalam envelope ni utk cucu2 dia agak nya... wallahu'alam....
AIDILFITRI 2011
Raya 2011 -- raya pertama tanpa abah bersama kami...
Melawat kubur di Aidilfitri pertama tanpa arwah....


16 JUNE 2012 --

Abang Din, Amin, Abang Aziz, Abang Tam, Nik dll mengemaskan kubur untuk meletakkan kayu keliling kubur arwah...
Acik, Pak Busu & Apak antara pakcik2 yang masih ada...
Alhamdulillah Ayish sempat kenal Atok... cuma atok tak sempat jumpe baby... T_T
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MATI itu pasti.... masa kita belum tahu bila.... semoga kita semua bersedia menghadapinya bila2 masa... wallahu'alam...

AL-FATIHAH buat arwah abah....
Haji Sheikh Othman bin Haji Sheikh Omar...
(19/5/1929 - 28/5/2011)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails