Sunday, July 10, 2011

Fatini: Exam

Fatini pon exam masa seminggu sebelum cuti sekolah.. masa tu jugak la mummy dok pulun exam final untuk Masters... masa ni mmg Daddy la yang took over.. ajar mana yang patut. Mummy surrender awal2..

and last week 1/7/11.. ada Hari Terbuka sekolah dia... awal2 lagi dah pesan "nanti mummy datang Hari Terbuka saya ye"... bila cakap tak boleh datang, mula la panjang muncung.. 'insyaAllah mummy datang la kakak... mana boleh mummy tak pegi ambik report card anak mummy ni...'

pagi tu, dia gi naik van.. mummy & daddy datang dekat2 kul 9.. perjumpaan kat dewan.. punya lah ramai mak bapak yang datang, semua nak tau progress anak2.. aku dulu2, abah jarang pon datang.. selalu bawak balik sendiri report card T_T..



dapat no. 17, masa tu baru no. 10..
tapi tak lama pon...
jumpa cikgu kelas dia Cikgu Choong.. (aku rase ni cikgu baru grad ni, muda & blur. Tak banyak cakap. Tp sebab dia dapat kelas Fatini yang mmg budak2 bijak yang dengar kata, tu yang aku rasa dia takde problem sangat handle bebudak ni)

Fatini dapat no. 22 (uhh dua digit tu) daripada 42 orang, tapi dalam seluruh darjah 1, dia no. 27/221..
Photobucket

subjek yang dia lemah, matematik and sains.
aku takde la blame dia sangat, sbb bila aku tgk soalan matematik dia, aku sendiri pon tak reti jawab.
cuba try ni:
Photobucket

bila cakap dengan cikgu dia, cikgu dia cakap, ok je. Budak lain ok, tak ramai yang tak boleh jawab, in other words "anak puan yang tak paham" agaknya.. huhuh..

pastu dia ada buat silly mistakes jugak:
Photobucket
Fatini ni gopoh and careless. Suka nak buat keje cepat habis je.. so ni lah hasil nye..

so matematik dapat 88% je
Photobucket

sains pulak, salah label 'pucuk' dan 'buah'.. mungkin sebab lukisan jugak. Sbb bila tengok buku teks, mmg gambar dalam buku teks berwarna dan mudah nampak beza 'pucuk' dan 'buah' (buah ni buah ala-ala buah bunga keembung ye, kalau lukis ala-ala buah epal tu, harus la budak tak salah hahah)..
dan paling best dia salah gamba lipas dia label LI-PAN bukan LI-PAS. Bila tanya dia kata dia tak tau tu apa. Aiyoo.. mummy kena carikkan kamus bergambar ni... takpe kakak, nanti kita study betul2.. ;)

Photobucket

English pon dapat 96%, yang ni lupa pulak apa mistakes dia sbb kertas soalan cikgu tak pulangkan.

Anyway, tak pe lah, bila fikir2 balik, budak2 sekarang mmg bijak2.. kalau kita dulu, darjah satu baru nak kenal ABC, ada kawan2 aku tak pernah pon pegi tadika, pandai2 jugak, jadi doktor, engineer bagai jugak.

Tapi tak boleh la banding dgn kita 30 tahun dulu. Zaman dulu bukan kita semua tak bijak, tp pendedahan tu kurang. Semua membesar di rumah, di laman rumah, main masak2, main kejar2. Hantar tadika bila umur 6 tahun, ada yang tak pegi tadika langsung. Di darjah satu mmg perubahan besar, baru nak pandai pegang pensel dan sebagainya. Tapi anak2 sekarang, seawal umur satu tahun dah belikan pensel dan buku. Macam2 buku cerita dah didedahkan, dibelikan. Mengalahkan bilangan buku cerita mak bapak! Malah ada 'bacakan' buku utk anak masa dalam kandungan. Semua sbb nak anak bijak pandai. Anak masuk umur 4 tahun dah sibuk hantar kindergarten. Ada parents yang concern, taknak hantar tadika, tp carik playschool utk anak2 kecik, atau ala-ala montessori school... semua tu nak anak2 bijak lah..

Ada jugak mak bapak concern, kenapa zaman sekarang nak hantar anak ke tadika masa umur 4 tahun? Ada yang concern, biar lah anak2 menjadi 'kanak-kanak', kenapa nak paksa mereka kenal ABC dan 123 pada umur masih muda? Bila cakap nanti masuk darjah satu ada ujian saringan untuk tentukan anak kelas mana, ada yang mencemuh dgn sistem macam tu. Tekanan pada kanak2..

Tapi bagi aku, senang. Ikut je aliran semasa. Jangan banding zaman kita. Zaman kita takde internet. Zaman kita takde Astro. Zaman kita takde tadika yang banyak kecuali tadika kemas.

Kalau perlu hantar tadika umur 4 tahun, hantar lah. Kalau kau nak anak duduk rumah sampai umur 6 tahun, biar lah. Tapi bagi aku, aku nak anak2 bergaul, belajar 'minat' dengan pemelajaran.. minat pegang pensel, minat pegang and baca buku. Umur 4 tahun, aku tak harap banyak. Bersyukur kalau dah pandai baca ABC, bersyukur kalau boleh kira 1 sampai 10. Dan dalam masa yang sama, nampak progress dia.

Masuk darjah satu, ujian saringan tu mungkin ada yang cakap 'kesian dgn budak2, masuk2 je dah kena 'exam'..' tp bayang kan kalau tak ada ujian saringan. Korang nak anak korang yang dah advance boleh baca buku cerita tanpa 'pause' masuk kelas yang baru mengajar A, B dan C? atau anak korang yang agak lemah terus diajar cara membaca dgn advance kerana ada budak yang lagi 'advance' dari dia? And hasilnya, anak korang makin ketinggalan???

Bagi aku, ujian saringan tu utk melihat level diorang. Kalau letak semua yang bijak2 dalam satu kelas, mudah kita ajar ikut level diorang. Maybe boleh advance sikit drpd mula mengajar mengenal ABC. Atau kalau anak anda masuk kelas corot pon, jangan la sedih sgt and pressure anak2.. take it as an advantage to your kids. Duduk kelas corot, maknanya, cikgu akan mengajar ikut kebolehan diorang. Kalau masih belum mengenal huruf, boleh la diajar mengenal, kalau belum pandai menulis, boleh la ditekankan kebolehan menulis. Tidak la ketinggalan sangat anak2 tu di kalangan kawan2 yang terlalu advanced...

Sekarang ni aku perhatikan parents yang over-reacted. Faham la, kita ibubapa, sure nak yang terbaik untuk anak2 kita. Tapi, kita kena lah provide yang terbaik untuk anak kalau kita expect yang terbaik dari mereka. Jangan harap itu semua tugas cikgu untuk 'memandaikan' anak kita. Ada kita usaha apa2 kat rumah? Ada kita cek anak kita nye pelajaran macamane? Jangan nanti blame cikgu anak dia tak pandai, ada blame cikgu kenapa anak dia tak dpt markah bagus. Tanggungjawab mengajar bukan di bahu guru2 je... sama2 kita ajar anak2 kita...

Anyway, banyak pulak aku membebel...

Cuma aku harap Fatini boleh improve lagi.. mungkin kali ni, aku tak duduk betul2 dgn dia mengajar esp matematik... bukan apa, aku sendiri tak tau camana nak ajar.. huhuhu.. tp untuk akan datang, insyaAllah akan sama2 belajar dengan dia.. ajar matematik and membaca buku english... "boleh ye kakak?"

p/s aku suruh dia dapat no. 1, 2 atau 3 utk end of year exam... tp nombor tak penting.. yang penting improvement!! mana taknye, bayangkan no 16 dapat markah keseluruhan 477/500, Fatini dapat 474/500 dapat no. 22... betapa sengitnya budak2 sekarang!!










No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails