Showing posts with label works. Show all posts
Showing posts with label works. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

abis exam... phewhh..

16/5 sampai 26/5 hari tu aku exam final masters.. ye exam final setelah 4 tahun berhempas pulas...

masa exam theory aku baru nak sihat, tekak sakit dari minggu sebelum... and masa exam theory suare mmg takde... tapi alhamdulillah Allah masih beri aku kekuatan dan kesihatan yang baik utk amik exam...

soklan mmg susah dari soklan mock.. tapi pasrah je lah...

masa exam practical, kami pergi macam pelajar2 AF dengan beg tarik memasing, sume nye penuh dgn buku2.. maklum la open book exam... biar orang kata open book exam kacang... tp kalau dah tak reti tu, you bukak la buku macamane pon, kompom tak tau jugak.... ni bukan soklan tanye and jawab... ni soklan practical yang u kena process the specimen, tumbuhkan organisms, identify the organisms yada yada... if tak reti buat, alamat tak tumbuh la organisms yang dicari...

hmmm alhamdulillah, walaupon rase susah, tp semua nye boleh la dibuat...

OSPE hari ke-3, mmg kacau bilau jiwa raga.. susah hokeh... tp takpe lah, ku pasrah je...

last day VIVA VOCE... ya ampun... aku orang last.. macam2 dah baca and practised jawab masa dalam bilik menunggu... tup tup kena turn aku, soklan okeh, jawapan macam budak tak pernah keje... huhuhu... aku rase macam nak menjerit!!!

next day
27/6/11

aku keluar ronggeng dengan dian tgk citer Nur Kasih, sbb results keluar belah petang...
Lixa pon join... kami sama2 nangish tengok itu citer... ciss ciss...

keluar panggung, tepon member, diorang cakap results dah kuar... uhhh berdebar hokeh... tp ku tak kira, perut mesti mau isik dulu, so makan dulu kat Sweet Chats dgn lixa, dian and lilly... yummy... thanks to Lixa yang mengenal kan i sweet chats ni... i suka bangat dia nye smoked beef spaghetti... spagetti masak lemak daging salai okeh... sedap...!!!

pastu dah babai babai and muah muahs sume, kitorang balik, and aku singgah beli eskrem Haagen Dazs sbb ada voucher 30% off... ohh suka nye acik... beli 2 sekaligus harge tak sampai RM50 ohh... sangat syiok...

balik hantar eskrem ke rumah, pastu pegi opistal and terus ke Jabatan Patho tengok results.. (dah tau dah sebenonye results, tapi omputeh ckp, "seeing is believing" kan.. hihih)



alhamdulillah.. 7 orang candidate Microbiology, semua passed... oh alhamdulillah syukur tak terhingga... "terima kasih Allah atas kejayaan ini..."




aku bersyukur sangat. bayangkan sebulan sebelum exam, hidup aku mmg tonggang langgang. Urusan rumah mmg aku bulat2 serah pada maid. Urusan sekolah anak mmg bulat2 aku serahkan pada DH (thanks you, sayang...)







Thank you anak2 mummy yang paham mummy nak exam. Setiap hari aku pegi keje, diorang akan babai and ucap, "study baik2 tau, jangan nakal2" atau "good luck, mummy"..







Hampir setiap hari balik lewat. Kalau balik awal pon, belum tentu dapat tengok buku.



Kat opistal je lah tempat aku boleh study. Petang ada discussion group. Thanks to my best buddies - Umi, Kak Has, Azlah & Linda.. tanpa korang, tak tau camane aku nak pulun study!


Thanks to all lecturers... hmmm tahun ni tak dapat tips... semua pasrah & tawakal je hahaha...

Thanks kawan2 yang sentiasa mendoakan kejayaan ku...

And kejayaan ini lebih bermakna bila aku & hubby akan sama2 grad bulan august/september nanti yeayyy............









ni gambar convo in 2003... alhamdulillah in 2011, akan amik lagi gamba macam ni... background orang melayu plak hahaha








Thursday, February 25, 2010

project X

hari ni and semalam aku pulun extract DNA E.coli isolates utk project aku...

aku extract je dulu, nanti baru run PCR...

semalam dapat extract 24 isolates
tadi dapat extract 18 je, sbb semalam sempat subcultured 18 isolates je..

tadi ku abiskan sub lagi 25 isolates on blood agar... so isnin nanti leh la extract balance 25 isolates tu...

last month sebelum aku gi elective, aku dah run PCR utk 16 isolates, turned out 15/16 were positive..

so, i have another 70 isolates to run PCR...
congak2 lah sendiri, every run, max aku leh run 8 isolates... every run takes me at least 2 days if no problem, or 3-4 days if ada problem (e.g need repeating etc)...............

owhhh sempat kah?? Ku nak anta few isolates utk sequence lagi utk jadi +ve control....

eh lupa plak nak mention, all those 70 + 16 isolates tu nak buat phenotypic tests (antibiotic discs tests) plak....

hmm.. best kan?? banyak rupanye keje aku nih...

bawak bertenang je lah ye.....

moga-moga sume nye berjalan lancar.. amiiinnnnn


---

Monday, January 4, 2010

masih di sini

sini = tempat keje

sebagai memenuhi 'azam' mengepam 2x di opistal
so ku masih di sini mengepam utk kali ke-2

sebenarnya baru abis run PCR & gel electrophoresis tadi..

huwarghh dah buat-buat tu ada gak yang problem..

dalam journal tu ropanya ada bagitau pakai 2% agarose gel, 2uL loading dye + 4uL PCR products yada yada... aku gi bantai lain!!

owhh apsal la aku tak baca journal tu bebetul *ketuk pale sendiri*

so esok kena run balik!!!


---

Monday, December 21, 2009

jangan percaya..

suatu pagi ni aku tertonton sebuah rancangan motivasi tp dah hujung2.. basically aku pon tak sure dia cakap pasal apa.. tapi yang aku tersentap tu bila tiba-tiba statement beliau keluar

"jangan percaya dengan doktor yang cakap mak ayah kita dah takde harapan"
"bahaya ni doktor yang macam ni"
"semua nye kerja Allah..."


err memang betul semua kerja Allah..
kita sebagai manusia patut berusaha selagi mampu. Doktor pon bukan Tuhan.. tapi aku rase lagi BAHAYA kalau carik doktor yang bagi u 'harapan palsu'

doktor ni ada etika kerja sendiri. "Do no harm"

kalau pesakit kritikal, selalunye memang kena bagi family members tahu..

aku sangat la tak kenan kalu doktor yang cakap patient 'stabil' tp sebenar nye tidak. Aku lebih suka kalau family members diberitahu setiap detail/masalah pesakit dan juga pilihan2 treatment/management yang ada..

ini pernah terjadi pada aku sendiri 3-4 tahun lepas.
Abang ipar aku kritikal di ICU (bacterial pneumonia with meliodosis).

Asalnye dia hanya suspect demam denggi sbb cek darah memang macam 'dengue fever feature' (dari ujian darah -- low white cell count & low platelet counts). Dia pon memang tak lalu makan/minum & dah sampai tahap dehydrated dah..
Tp H** refused to admit him even for rehydration therapy. Ingat lagi aku masa tu baru balik dari cuti-cuti Msia ke Genting. Balik je terus kitorang visit dia and janji nak bawak gi check up kat H**M keesokan harinye.

Kat A&E, kitorang amik darah dia then 'admitted' him sekejap kat observation ward for IV drip ('masuk air) then plan balik kalu results darah tak teruk sangat.

Tp tup tup masa tu, glucose dia tinggi, cek paru-paru ada signs of infection (padahal dia takde complain batuk apa pon)..
Bila buat CXR -- the chest was quite bad, he was admitted straight away..

next day, kakak aku called cakap abang ipar aku sesak nafas & doktor kena masukkan tiub pernafasan... "masyaAllah, semalam takde la teruk sangat.." terus aku & DH ke hospital. Masa tu dia dah di 'intubate' and transfered to ICU...

masa ni lah aku rase sangat helpless.. memang aku tak boleh buat apa-apa, aku serahkan pada doktor pakar di ICU.. specialist yg treat abang ipar aku masa tu jumpa aku and interview aku sket. Then bagitau aku prognosis abang ipar aku. (which was not good lah kan)
then dia tanya aku "u want to tell ur sister or u want me to tell her??"
"no, u go ahead. You tell her please"

aku memang tak sanggup.. worse cos i know 'it' myself

so dia cerita dengan kakak aku dari A to Z.. what happened, how it happened etc.. then she told my sister what they had done so far and what they were going to do, their prediction as well as the possible outcomes...

bagi aku, itu memang sangat perlu.. ikut psychology, memang kita akan berada dalam 'denial state' masa memula terima berita buruk, tapi kalau berita buruk tu disampaika dgn cara yang betul, insyaAllah kita akan cepat terima keadaan.. tambah plak kita sebagai orang Islam, ada pegangan..

memang kakak aku & family lain sangat sedih!!! Tapi kami redha kalau itu ketentuanNya.. setidak-tidak nye doktor tu dah bagitau kami semua kebarangkalian (let it good or bad)..

tapi alhamdulillah abang ipar aku recovered setelah dekat 2 bulan dok ICU..

bayangkan kalau kami tak diberitahu apa yang jadi..?? atau bakal terjadi??

dan kalau sesuatu yang sebaliknye berlaku?? Tentu kami akan salahkan doktor kan??

well, that's the ugly truth..

bayangkan kami para doktor yang nak menyampaikan berita buruk?? Boleh anda bayangkan betapa dup dap nye jantung kami dalam nak memilih perkataan yang terbaik utk disampaikan?? silap2 ada plak yang kena tumbuk ke?? Tak ke haru??
masa aku keje kat A&E pon gitu gak... sangat la susah nye nak 'pilih' perkataan terbaik nak disampaikan pada family members bila patient passed away. Kalau patient cina, kena guna approach lain, kalu india pulak lain, kalau Melayu/Islam pon lain gaks...
language barrier pon masalah jugak.


Pernah masa memula aku kat A&E, ada satu kes ni, aku bagitau ngan family chinese ni
"sorry, mak you sudah 'takde'"

dia bleh senyum and ckp " oh.. sudah takde apape ye?? good good"

ehh aramak, aku salah pilih word la plak, then aku explain balik bebtul, dari mula mak dia datang A&E tu, masalah yang dia hadapi eg sesak nafas atau tak bernafas, takde degupan jantung etc. Then apa yang kami buat (eg intubate, CPR etc) then apa yang jadik eg no respond after 15-20 minit mencuba etc..
pastu baru lah amoi tu paham.. sorry lah kalu aku salah pilih perkataan terbaik..
sejak tu aku sangat berhati-hati bila nak sampaikan berita buruk.. owhh keje A&E memang banyak kena sampaikan berita buruk.. sungguh ku menci!!
susah wooo nak guna perkataan dan cara yang paling hikmah utk menyampaikan berita buruk tau...
back to the early part of this entry --- aku rase statement yang betul patut nya macam ni:
"carik lah doktor yang berterus terang dan dapat bercerita tentang semua perkara berkaitan penyakit & treatment / management pesakit"
"anda sendiri patut tanya apape saje yang anda nak tahu.. anda ada hak"
Tapi bukan tanya samada pesakit akan matikah? -- semua orang PASTI mati!
Bukan tanya 'Berapa lama pesakit boleh hidup?' Itu semua kerja Allah.. doktor mungkin boleh memberi prediction (prognosis) berpandukan penyakit/keadaan semasa pesakit tapi again-- semua terletak di tanganNya...
aku sendiri sangat 'senang' kalau pesakit atau family yang tau apa yang diorang nak tau (maknanye bertanya yang sepatutnya). Dan lagi mudah kalau memang ada 'ilmu' sket (tahu tentang penyakit serba sedikit). Tapi aku tak kenan kalau yang cuba 'challenge' ilmu medik / sains dengan 'myth' atau petua2 yang tak masuk akal atau info2 dari sumber yang ntah hape-hape.
(Sila berhati-hati kalu mencarik maklumat di internet. Pastikan sumber anda boleh dipercayai!)
mungkin kadang2 anda akan berjumpa dengan doktor yang 'menyakitkan hati', tidak sensitif, ataupon 'bolayan' tapi doktor pon manusia.. nobody is perfect! (cuma doktor2 yang macam tu, bukan salah ibu mengandung, tp memang perangai memang dah macam tu, tak dapek den nak nolong!)
malah pesakit mahupon keluarga pesakit pon ada macam2 perangai... earlier said, nobody is perfect.. kita hanya ambil mana yang betul, yang salah jadikan sempadan.
prinsip aku senang, kalau aku tak nak orang buat aku macam tu, aku takkan buat kat orang lain. Atau kalau sebelum aku cakap sesuatu atau buat sesuatu, aku akan cuba meletakkan diriku di tempat pihak yang lagi satu (try to put yourself in their shoes)
kalau aku kurang ajar kat orang, orang lain mungkin akan berlaku kurang ajar balik, tp mungkin bukan pada aku tapi pada mak aku ke abah aku ke family members aku yang lain ke.. sure tak nak kan??
(paham kah?)
so, tepuk dada, tanya selera..
"what u give is what u get"
wallahualam
---

Thursday, November 19, 2009

@work

jam dah kul 5.45pm -- ku masih di opistal..

inilah nasib orang menumpang kereta orang... ehh nasib orang menunggu drebar...

cik abe ai tak abis keje lagi, terpaksa la ku menunggu.. tp okay jugak sbb ku dapat selesaikan case report #3 ku... yeayyyy... alhamdulillah

esok dah Jumaat -- owh sungguh sekejap rasenye...

minggu ni minggu yang agak sibuk sbb ku in-charge blood bench.. ye, fyi kalu kata in-charge blood bench mmg agak sibuk esp time pagi sbb nak kena tengok 'anak-anak' (read: kuman2) yang dibiak kan pd hari/malam sebelum.. pastu nak kena tepon wad, cakap dgn dr kat ward utk discuss ttg pt's management (eg antibiotics, further tests etc).. kadang2 tu penat memegang gagang tepon menunggu orang angkat atau naik lebam jari menekan nombor sbb asyik engaged je... (paham2 la pagi2 sume nak kena kasi settle kat wad tuh) sambil2 tu melayan panggilan2 drpd wad yang bertanya itu ini... owhh kengkadang rase cam receptionist pon ada...

tp apape pon, ku sangat suka keje ku especially bila berdiskusi dengan doktor2 di wad yang baik hati & 'mahu' berbincang ttg management patient... haku sgt tak suka kalu ada doktor2 yg mengambil kesempatan atau menganggap kami di lab tak de keje atau doktor 'low class'.. haku pon belaja sama macam u all jugak, 6 tawun jugak dok medikal skool, and now sama cam u ol jugak bertungkus lumus cuba menggenggam segulung lagi ijazah.. ewahh.. (apsal plak aku emo semacam nih??)

nway, apape pon, ku sangat suka dgn bidang yang ku ceburi...
sangat lah ku tak sangka buah cempedak menjadi nangka yang aku akan pilih MIKROBIOLOGI sebagai bidang kepakaran ku...

sebeno nya DH yang plan nak amik microb, aku nak jadi 'pakar O&G'.. tp ntah camane, masa dapat form utk apply trainee lecturer post @ microb dept, DH tak nak, so aku 'mencuba lah nasib'... dah rezeki agaknye, ku dapat post ni dan mula 'bercinta' dgn bidang ni... and nyata sekali ku memang jatuh chenta....

hahahah...

DAN ku tidak pernah menyesal meninggal kan wad kerana ku ada prioriti ku sendiri -- ku mahu lebih masa utk diri sendiri dan keluarga dan ternyata pilihan ku tepat... dan pada masa yg sama, ku masih dapat buat apa yang ku suka iaitu bidang klinikal & patients' management...

okay tu je, DH dah selesai and kami nak balik... babai


----
p/s Dian, esok apa plan??



.

Saturday, November 14, 2009

do u see the bands??







remember this entry??


this is wat i was talking about..


can u see the 'bands'??



like i said earlier -- band 1, 2, 5 & 6 were positive...


NC = negative control


i cant get positive control-- i have to buy 'em.. the precious strains are not cheap ok..


but this is more than enuff for a starter... *grin*


---

Thursday, November 12, 2009

cenyum sampai tinge

ye.. petang tadi tepat kul 4.15pm aku telah cengih sampai tinge...
sungguh puas hati.. my hard work from 8.30am was paid off...

fuhh sapa tak sengih kalu 1st time buat PCR - menjadik and positive..

hahahha tulah citer best aku hari nih...

dari kul 8.30am aku dok lab biomol tuh...
from DNA extraction...
to mengira nak tuka micromol (umol) to pmol... (pening wooo)
to pipetting the primers, MasterMix etc...
to running the PCR... (errr that was by machine lah)...
then run on gel electrophoresis...

and the BEST when read under UV light.. wallahhh... sample 1,2,5 & 6 POSITIVE... (err.. actually 1&2 was the same sample, and 5&6 sample sama gaks).. i did 'em in duplicates (1 was old sample & 1 was newly 'sub' sample)...

yang penting -- there were 2 out of 3 ESBLs strains were CTX-M type...

hmm.. best best...

nanti aku upload gamba gel kat sini...
saje nak share 'happy' aku ngan sume w'pon ada yang tak paham apa yang aku cakap hahahha

BUT... i have 403 strains to do PCR.. tapi takpe, pas dapat this +ve results, aku terus rase semangat.. cam esok nak buat lagi PCR.. hehehhe


---

Tuesday, November 10, 2009

2 down, 10 more to go

hahhahah...

itu adalah untuk case write-up ku..
ye ku ada 12 case write ups kena abiskan..
tp ku baru berjaya siapkan 2.. ada lagi soploh nih.. isk isk isk...

next week ada 'meeting' ngan boss.. patut nye dh submit 6.. uhuhuhuh.. janji tinggal janji... so nak kena siapkan lagi satu yg actually tinggal dlm 20% lagi.. u can do it, Norley!!

tp minggu ni nak kena 'trial run' ESBL PCR project aku tuh..
next week nak present journal lagi.. owhh journal tak carik lagi huwarghh...

owh.. haku ni asyik mengeluh je kan... saba je lah ye ihikss... memanjang la 24jam sehari tak cukup.. worang lain pon 24 jam sehari kan... uhuk uhuk uhuk...

Thursday, October 29, 2009

we're back...

last week balik KB..
naik flight (kalu Fatini & Haziq akan sebut naik 'o-plen')
hmm.. mencabar gaks nak gi LCCT dgn kengkanak ribena 3 orang dan juga bebarang yang maha banyak tuh!!.. anyhow, we managed to arrive in LCCT in time..

sampai KB, atuk, nenek & Cik Long dah menanti...
fuhh sib baik ada ringsling tauu.. kalu tak, tak tau la camane ku nak mendukung si debab Faris tu sepanjang perjalanan...
dalam flight dia ok, tak meragam except masa memula tu tak comfortable sbb panas (aircond ku lupa nak bukak)

Hari Ahad, gi berkelah kat Pantai Melawi.. hmm.. aku sah la tak teringin pon nak mandi heheh..
Fatini pon terjerit2 bila nak gi dekat pantai..
Haziq seronot mandi..
Faris, ku bogel kan (tinggal pampers je) sesampai kat pantai tuh.. panas wooo...
dia seronot kena angin sepoi-sepoi bahasa dan sekejap2 matahari yang menyinar.. (penat alihkan tikar sbb nak elakkan matahari and at the same time carik spot BUKAN directly bawah pokok kelapa!!)
Daddy diorang plak mandi dgn seronot nye sampai 'pekak' telinga sbb masuk air... iskk..


Isnin & Selasa -- conference OK, tp macam kurang meriah laa.. tak tau naper..
tak banyak 'discussions' after the lectures.. cam biasa la orang M'sia ni 'pemalu' orang nye termasuk lah aku
dan aku tak sempat nak approach Prof Peter Hawkey (from UK) nak tanya psl project ESBL / CTX-M aku.. FYI dia antara orang2 yang banyak buat research on this CTX-M ESBLs...

Rabu, kami pulang ke KL.. tapi ditemani hujan renyai dari mula naik 'oplen' sampai la sampai KL..
yang best nye, ku dh cakap ngan DH, balik kang nak naik cab la sbb tak 'larat' la nak turun naik tangga hangkut barang...
ekceli ku tak hangkut barang, cos ku hanya carry Faris dan beg pamku.. tapi cian tengok DH and SIL angkut beg2 yang gabak sambil pegang/kawal Haziq and Fatini.. (sbb masa pegi kami naik cab ke BTS LRT station utk naik KLIA Express dari BTS ke Salak Tinggi, pastu naik shuttle bus ke LCCT.. ehhh task yg sukar tau!!!)
ku sanggup baya lebih sket sbb kalau naik tren pon dah dekat RM40, naik cab lagi kena amik 2 cabs so mau RM20.. so, kalau baya lebih sket for 'convenience' apa salahnye kann???

tp sampai kat LCCT ku tanya van dia nak charge RM180 ke Cheras.. ohh.. ni macam leh dapat satu lagi flight ticket nih!!!
so tak jadi, ingat nak tanya kat booth lain. Tapi ropanya, sume booth taxi, buses, tren sume kena beli DALAM arrival hall tuh...
DH plak cakap, kalau susah sangat, amik 1 cab dia naik tren.. (sebab kami travel 3 adults + 2 children + 1 infant = taxi tak nak amik, sbb regulation hanya utk 4 passengers termasuk kanak2.. hampehhh!!)

so, we all amik premiere cab (harga RM118.40 ye) and mulanya DH plan naik shuttle bus and then tren kat Salak Tinggi (dah siap beli tiket tuh..).. tp bila tengok taxi Nissan Cefiro tu agak 'lapang' maka kami belasah je naik sume orang.. takde sape pon bising??!! come on laa.. bebudak je terlebih.. tp selesa je kami dok ber5 kat belakang tu, siap Fatini & Haziq leh baring & tido lagi..

so, sesape kalau nak tiket tren & shuttle ke LCCT leh la bgtau.. sbb rase valid sampai January.. sayang plak RM10+ terbuang gitu aje...

sampai rumah kul 3, pas solat Zohor, kami zoomed ke Gombak, ke rumah kakak ku yang akan ke Mekah Jumaat ni.. takut tak sempat jumpe plak..
ku 'hadiah'kan dia ubat-ubatan sahaja sebagai bekal ke Mekah (aci tak??)..

to Kak Rodi & Abang Pi'in,
semoga selamat pergi & kembali dan mendapat haji yang mabrur...
doakan kami di sini pass exam Masters tahun depan, selamat dunia akhirat, murah rezeki panjang umor utk menyusul ke Mekah suatu hari nanti amiin....


hari ni, ku di tempat kerja...
pegi lambat sket, sbb DH anta, sebelum tu breakfast & anta Fatini ke sekolah lu..
Haziq plak melalak taknak gi taska..
Faris tak tau la camane, dah lama cuti mesti dah 'naik lemak' gak tuh!!

so, ni dh tghari.. ku nak carik lunch.. ingat tadi tak nak makan, tpi ni perut dh lapa plak..


nanti ku update gamba2 cuti-cuti malaysia kami...


ps : maid ku balik isnin depan.. hmmm rase ringan sikit la keje rumah pasni... leh la study sket kat rumah kan kan kan ??? *wink*


---

Friday, October 23, 2009

my hectic week...

hmm.. i'm back at PPU*M this week..

tapi sedar2 hari ni dah jumaat..

isnin ~ catching up with my works..
selasa ~ catching up with my works..

rabu ~ start sikit2 case write-up #3, then in-charge immunology lab

malam plak, ada operasi besar --- hangkut freezer ku ke bilik. Sebab semalam (Khamis) kawasan rumahku takde elektrik 8am - 6pm..
kena selamatkan stok2 ku -- the only way was hangkut freezer sekali cos it was last-minute-notice & freezer@ dept was too petite to put my stocks..
unless kalau ku nak tempat kan stok2 precious ku di chiller room bersama2 media & reagents hahaha..

so malam tu pinjam Avanza jiranku owhh DH, we really need an MPV la yang... -- sib baik ada troli bagai, so we tried not to 'shake' the freezer too much.. so now the freezer is in my room @ opistal..

khamis ~ kat rumah, tepat kul 8.04am start takde elektrik.. punctual sungguh.. bagus bagus!!

aku plak kul 1030 ada amik praktikal undergrad kat KCKL... so 1/2 day kat KCKL... balik opistal, sibuk ngan screen requests and verify results immuno.. owhh bila aku nak study / siapkan keje lain nih??

tp ku HAPPY sebab parcel ku dari TBL sampai.. hehehhe
member ku order ringsling -- guess what?? Ku pon order satu -- kaler berrylicious you, mmg berrylicious!!! yummy... and also a 4-in-1 thermometer.. dah beranak 3 baru ku ada thermometer ihikss..

balik rumah sib baik letrik dah ada -- sibuk basuh baju and ngemas baju sebab jumaat BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG!!!!

ye.. Jumaat petang kami akan balik KB
sebab ku ada 2-days conference in Renaissance KB, so DH amik cuti kira cam balik kg lah.. kalau idak mmg tak merasa la balik kg!!!

kami akan naik flight- bebudak ni sangat excited.. ku jua!! hehehhe

tp baju tak abis packing lagi sbb banyak baju tgh bersidai termasuk la anak-anak dalam ku owhh

jumaat ~ pagi ni ada teaching kat UM... arghhh stress pikir nak pergi bawak keta & nak parking kat mana huk huk huk...
ingatkan tghari pas kelas terus nak cabut balik rumah, tp tak bleh sbb keje semalam ada yang tak abis lagi...

ahhhh.. ku sungguh tertekan minggu nih!!!
hope this weekend 'breakaway' leh kasi release stress sket... hmmmmmmmmmm


okay.............
tu aje..

sorry lama tak menghupdate blog ku ini..
sorry lama tak menghiasi blog ku dgn gamba2 anakanda2 ku yang ceria..
sorry lama tak melawat teman2 di blog2 anda..
sorry lama tak mengomen2 entry teman2..

semoga anda paham...........
terima kasih.......


---

i wish..

i wish for more than 24hours in a day...
i wish for more than 7 days in a week...


uhuhuhu... time flies fast...
am still 'terkial-kial' trying to finish up what's been delayed for quite some time... BUT i failed!!!

arrghhh...

i wish i could do something about it!!!

but the only thing that i can say to myself --

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!



---

Friday, October 9, 2009

Sg Buloh Hospital

ye kawan2, 2 minggu ni ku akan posting ke Hosp Sg Buloh....

seminggu sudah berlalu, tinggal seminggu lagi...

aku okay je pegi situ, sbb ku rase spital tu best.. (actually jakun sbb tak pernah pegi spital KKM)

paperless system diorang ada advantage ada disadvantage... untuk orang baru cam aku, mmg terkial2...

best jugak attach ngan clinical team.... aku mmg masih suka ngan clinical tp saje malas nak on-call memalam

tak best ward round dari pagi sampai tengahari.. lama dah aku tak gi ward round, cramp gak kaki!!! uiskkk
tu sib baik satu ward je... kalu kena 2-3 wad haru weihhh

best sbb dapat nengok how they manage RVD+ patients..now i've learned the HAART regime and hapal nama2 antivirals ahahhaha yg selama ni pandang je and tak pernah hingat2...

tadi gi TB clinic, sib baik tak suruh attend patient... hahahha stethoscope dah lama 'gantung' beb...


tak best sbb kena drive pegi 36km and drive balik another 36km...
sib baik bergilir ngan member aku

yg tak best sbb kena kuar awal before 7, kol 5.30 kadang2 kul 5 aku dh bangun... uhuk uhuk
bila kuar awal nih, aku makin terkial2 la nak ngantar bebudak ke nursery..

sampai selalu before 8, yang best parking BANYAK and senang tak cam PPU*M, yg sampai kul 7.40am pon lom tentu dapat parking
selalu try carik parking jauh dari bilik boss ahakkss... so that kalu cabut awal, dia tak nampak hehehheh

pape pon tapi sib baik tak leh pon ku cabut gaks leh cabut awal sket so that leh lari dr traffic jam

best sbb cafe byk pilihan nk makan.. tp kalu aku keje situ 4-5 tahun, sure buhsan gaks food yg sama

malas makan kat cafe leh kuar mkn luar tp kena org Sg Buloh la kena bawak... cuma diorang takleh kuar awal atau balik lunch lambat sebab boss strict so tak leh nak meronggeng sangat isk...

tp kami sempat singgah raya kat Ikea
next week plan nak melawat Fabmom kat TTDI heheheh\\

apape pon, ku harap ku gain something from this posting insyaAllah... at least ku nak khatam bab clinical, diagnosis & management of RVD patients... and also their associated opportunistic infections (OIs)

okay tu je....

pape pon, ku agak tak sempat nak berblogging sbb pagi ward rounds or clinic PLUS blogspot.com kena blog ngan spital ahakksss........


---

Wednesday, September 23, 2009

kembali bekerja

ye.. ku (dan juga suami) sudah mula bekerja hari ni...

actually semalam pon dah on call dah.. alhamdulillah tak sibuk sangat..

semalam ku tido rumah bondaku di Gombak sbb nak tinggalkan kanak-kanak Ribena tu di rumah nenek diorang sbb nursery tutup.
sib baik ada kakak aku and anak nye leh tolong jagakan sekali. Kalau nenek dia sorang sure tak larat...

tp DH tido rumah sbb malam tadi gi amik SIL kat LCCT, so dia tido rumah je teman adik dia kat rumah..
sib baik anak2 ku sangat behaved malam tadi.. Haziq tido ngan nenek, Fatini kul 9.30 dah tido sambil tengok citer 'chermin' yang mengarut . Faris pon kul 8.30 dah mengamuk nak masuk tido dlm bilik..

Pagi ni ku kuar rumah punya lah lambat.. kul 7.49am baru kuar rumah...
Punya lah aman damai rasenye driving takde traffic jam lhangsung!!!!
Sampai spital dlm kul 8.10.. aku pon belasah je parking tempat orang sbb sure ramai yang still bercuti.. so lantak lah takkan kul 8 lebih tak masuk keje lagi kan??? jangan pak guard clamp keta ku udah...

masuk lab tadi, kat bench tak banyak plates (culture plates ye bukan pinggan mangkuk!).. abis ku jengah bench ku tolong member ku verify results... owhhh aman damai rasenye pagi ku... mintak2 berpanjangan hingga selama-lamanye ke petang..

now i'm in my room, sambil menyantap bekal nasi himpit yang dibawa dgn serunding (makan gitu pon rase nikmat tau...) sambil pikir-pikir tghari nanti nak makan hape?? dasar tak puase, asyik pikir makan je kan??... hahahaha member pon tarak, cafe pon tak bukak... isk

okay...............

kepada sahabat2 lain -- selamat menyambung raya ye...................


---

Friday, September 18, 2009

mesti pelik kan??

mesti u all pelik kann...
dekat-dekat cuti raya lagi ku galak buat entry????

orang lain ku rase ramai yang dah tak heran nak memblog dah time nih..

sebab-sebabnye:
1) ku masih gagah gi kerja... sedangkan orang lain mungkin ada yang dah sampai kampung halaman

2) kat tempat kerja lak ku tak handle bench yang critical..

3) lagi plak, ku buat-buat tak tau yang case write-up ku #2 tgh terbengkalai... yang #3 still tak start and #4 history pon tak korek lagi sedangkan sume tu kena submit by end of this month... (adakah aku perlu menjerit?? owhhh tidak... pas raya baru ku jerit..!!! hahahha)

4) member sebilik aku dah lama start cuti, so aku leh conquer pc ni sorang-sorang hahahhah

5) yang ultimate sekali -- aku keboringan dan takde mood nak buat pape



Jadi korang nak atau tak nak, korang layannn je lah..


---

Thursday, September 17, 2009

naik hangin..

ye aku tgh hangin sekarang ni...
rase panas je telinga aku kiri kanan nih...
jantung aku rase nak terkeluar dah dari dada nih...

geram betul la dgn orang yang KEREK nih!!
apa dia ingat dr kat lab ni takde keje ke??
kalau nak mintak tolong tu pepandai la berbudi bahasa sket.. ni cakap macam orang tak sekolah!!!!@#%!#&(#

ye aku mmg tgh geram sangat sangat dgn sorang DR kat wad nih!!
actually this was not the first time dia buat cam tu..
berlagak bukan main!! macam la superior sangat.. macam la pandai sangat.. kau pon MO jugak tau tak!!!!!!

boleh dia nak mintak results patient tapi tak 'berbudi bahasa'??!!! boleh marah2 plak bila aku kata culture dia negative??!! Apa kau gile ke apa??? Dah negative dah la, aku nak buat apa lagi?? Pastu nak menakutkan aku dgn nama consultant dia.. apa ingat aku takut ke??? pastu at the end conversation tu dia leh cakap,
"Siapa ni??"
"Dr. Norlia here"
"OK, i'll write down 'spoken to Dr. Norlia culture no growth'"... dgn nada menyindir.. apa ingat aku takut ke kalau boh nama aku dalam chart patient?? Kalau patient mati bukan salah aku, tp salah kau sebab berlagak!!!


okehh... itu saje sesi meluah perasaan aku!!! mmg geram gila... Allah je yang tau betapa geram nye aku kat mamat ni (ye mamat ye kawan2... aku jarang jumpe lelaki berlagak tp yang ini mmg ultimate nye berlagak!!!) -- aku nak sangat jumpa ngan empunya badan Dr. H**a namanye (nama dh la cam pompuan berlagak plak!). Hensem sangat ke?? Pandai sangat ke?? So aku leh cakap kan depan muka dia "ohhh ini lah Dr. H**a yang berlagak tu ye??"



APAKAH???

--- bulan pose yang mulia ni dia saje mencarik pasal ngan orang kan??

Kekadang tu aku pelik dgn manusia ni (esp orang ISLAM -- bukan la semua, tp segelintir), kenapa susah sangat nak berbudi bahasa... esp dgn orang yang u nak mintak tolong atau orang yang tak dikenali??!!! Susah sangat ke nak cakap bebaik????? kadang2 ku rase kafir kat oversea (read: omputih) tu lagi hormat dgn kita (tp diorang bukan la baik mana pon, cuma kalau dgn orang baru kenal mmg tip top budi bahasa -- kebanyakan nye ye)



nway, SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN2 YANG SAYA KENAL melalui blog anda DAN JUGA MENGENALI DIRI SAYA juga melalui blog .. walau tak pernah bersua muka, tp rase macam dah lama kenal... i am glad that i have frens like u (isk.. mode mengesat air mata la pulak...)

ok, babai....


---

Saturday, September 12, 2009

belasah je lah...

tak tau nak boh title apa..
ni baru pas nenenkan Faris sambil pam..
banyak lagi keje nak kena buat e.g: baju yg dah kering semalam still dok kat bawah -- baju keje so mmg dah kat hanger, tunggu nak bawak naik je...
kemas beg beudak ni... SEBAB???
sebab nak 'pos' diorang ke rumah nenek... mummy dia nak attend "National Influenza A H1N1 Conference' @ Renaissance Hotel hari ni.. full day from 9 to buka puasa....

so, my sister akan hangkut bebudak comots 3 orang ni and bawak gi rumah mak aku kat Gombak...
memula nak anta Faris ke nursery, dh janji ngan budak tu mintak jagakan sampai petang, baya extra la.. then Fatini & Haziq daddy jaga kat rumah..
Daddy jaga Faris??? dgn dua orang budak comots nih?? it's a NO-NO-NO...
pepaham la kan.. mana nak mandikan lagi... mana nak layan 2 orang ni lagi.. iskk.. u know what i mean...

nway, confirmed-- kakak aku amik diorang, daddy leh dok rumah STUDY...
nak buka, pepandai la daddy masak carik sendiri...

NAK RAYA??
tinggal seminggu ke lagi nak raya... owhhh tak tau kenapa kurang 'thrill' nye nak raya tahun ni...
rase macam sekejapppp sangat..
apapepon,

baju raya bebudak ----- checked!

baju raya mummy budak ---- hmmm kena tanya kakak aku dh siap jahit lom??

baju raya daddy budak ---- checked kot???

kasut raya ---- mummy & bebudak checked! daddy cam biasa takde/tak carik / tak heran

langsir/lapik2 meja etc ---- checked!!! aku shopping kat sogo & macy's ari tu.. bukan ganti satu rumah pon, ganti langsir pintu depan je, then make over soft furnishings (lapik meja etc) sket... ceihh bunyi cam bagus je TAPI --- tak tau bila mau pasang.. ku tak cuti awal!! Jumaat masih keje.. kalau pasang esok, sure dah 'basi' by the time raya... owhhh... nak mengemop rumah pon tak sempat lagi.. (sebab kalu mop/sapu sure sepah balik...)

kuih raya ---- ada 1-2 jenis lagi lom dapat.. tp caya atau tidak, aku ada 7 jenis je kuih ehh banyak jugak 2 jenis tu pon kuih kakak aku buat yg aku tolong jualkan... pastu kekacang & kerepeks banyak sbb kalau tak abis pon, pas raya leh makan2 gaks...

duit raya ---- dah tuka ngan kakak aku... tp sampul raya takde la... tak dapat dr memana pon tahun nih... DH cakap kalu takde DIY sendiri- pakai sotkabar.. (denga tang DIY ok lagi, tp bila dia sambung ckp pakai sotkabar tu yang hati ku pedis tuh!! sabar sabar orang lelaki kan.. cam tak kenal kan?? laki sendiri lak tuh ihikss)

bunga api raya ---- semalam baru la bebudak ni main... tu pon lebihan bunga api tahun lepas yang ayah long dia bagi.. kami tak membeli
kat kawsn rumah sini takde bebudak pon yang main bunga api.. tu yang tak terasa sgt nak raya tuh...
tp tak lama pon, bila DH start bakar yang ada bunyi letup2 sikit, sume lari masuk rumah.. so berakhir di situ aje session main bunga api diorang... potong steam je...

okay lah.. nak solat subuh then berkemas pape yang patut... owhh ku ingat ku sempat tido kejap... takpe la dlm conference leh tido hahahhaha ...

Thursday, September 10, 2009

takde pon??

hmmm... sape yg dh check account dia???
takde pon masuk gaji??? kata masuk hari ni 10/9/09???

peliks bin ajaib...
selalu by midnight ke gitu sure dah masuk..
ke maybank2u.com ni lambat update??

kenapa plak ku sibuk2 nak tgk gaji???
sebab:
1) nak tgk duit on-call masuk tak??
2) nak tgk arrears elaun kritikal masuk tak?? - janji masuk bulan nih??
3) kalau 1 + 2 masuk, nak tgk plak baper aku kena baya PCB?? ceitt dah tolak zakat pon kena lagi??
4) selepas perkara 1+2+3, leh la budget simpan duit bulan soploh dan berbelanja lagi yeayyy... haru weihh kalu terover bajet..
hahahha bulan soploh pon dapat gaji awal sebeno nya, bulan seblas la kita sama2 termenung kalu bajet lari... nak makan serbuk kuih raya pon ntah ada ke tak??? ahakksss

by the ways,
SELAMAT MENGHABISKAN SAKI-BAKI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI...
ohh ku kena muhasabah diri, sebab nye ku tak rase Ramadhan ku tahun ni lebih baik dari last year, tahun depan ntah sempat ke idak wallahualam.. uhuk uhuk...


---

Saturday, August 29, 2009

shi BOLAT

tadi bawak Faris gi amik his 1st jab...

ingat hari tu nak amik terus 6 in 1 masa umo 2 bulan... tp klinik tu dah takde plak 6 in 1
tambah lak MOH dah revert balik to the old immunisation schedule.. ie 2nd Hep B @ 1mo, then DTP and IPV @ 2,4,6..

so now aku amik schedule hep B @ 2mo, DPT, IPV @ 3,4,5mo and 3rd hep B @ 6mo..

nway, nak bagitau lah Faris timbang tadi 6.3kg.. he's only 2month old.. alhamdulillah sihat and membolat bagai johan anak mummy nih.. tak sesia mummy memerah pagi petang siang malam (ehhh malam tak perah!!)...

bawak cucuk Haziq gak tadi.. cucuk apa?? hahahahha cucuk booster yg patut amik masa 18mo.. ohhh teruk sungguh kami ekk.. tak nyempat bawak anak sendiri gi jab.. arghhh

okay...
now tgh fenin pale sbb nak kena buat case write-up.. 2 kena anta next week, another 2 by end of September and another 2 by October... ohhh... boleh kahh??? Projek ku kena jalan jugaks... harap2 berjaya... yeayyy wonderpets!!


pssttt my DH tgh kat dapur tu menyediakan ayam perap... hehehhe sebabnye ku
cakap nak siapkan keje, so i better buat keje kang dia tak nak masak plak...
*wink*

Thursday, August 13, 2009

apsal plak...

apsal la plak takleh nak upload gamba... ada 2 entry yg takleh post sbb tak leh upload gamba.. ni yg tensen nih!!!!
nway, i'm off to Penang esok... ada seminar @ Grand Sands Resort.. fully sponsored by Pfizer, so am going with my family... sambil menyelam minum air
plus on Sunday free, so leh attend graduation adik ipar kat USM
ptg ni ada Update on H1N1 kat KL Convention Centre... my lecturer suruh pegi, so pegi lah... hehehe.. mana tau sempat shopping makan kat KLCC ke.. hehhehe
ok, tu je... babai...
---

Friday, August 7, 2009

H1N1 -- what we should know

Salam,

Sahabat-sahabat ku..
Ye wabak influenza A H1N1 makin merebak, and mungkin ada yang kata makin teruk..
Rata-rata nye sume orang jadi panic and risau, tidak terkecuali yours truly ni, but when we are well-equipped with the facts and knowledge, insyaAllah yang susah akan jadi mudah apa yang penting??? KERJAAASAMAAA

Diriku sangat2 la sedih bila membaca blog2 yang memberi tanggapan negative bila berlakunye wabak ini…
but I cannot blame other peoples’ opinion.. some are based on experience(s), so I’ll try to let everyone know about some facts on this pandemic flu..

there are few facts that we all should and MUST know..

1) Influenza A H1N1 is a new/novel virus derived from mutation of the earlier virus. They (the researchers) believed it derived from the H1N1 virus from the pandemic 1918 (Spanish flu) [source: Morens DM et al, The persistent Legacy of the 1918 Influenza Virus; NEMJ 361;3] hahahha aku pon lom abis baca artikel nih!!

2) We are in the mitigation phase, so we cant cope to screen everyone or admit everyone with symptoms of flu. Rase-rase nye semua orang ada symptoms flu eg demam, batuk and selsema.. jadi tidak cost-effective utk screen semua orang.

3) Bukan hospitals atau A&E menolak kes-kes demam selsema anda, tp MEMBERI PRIORITI kepada yang lebih kritikal… tolong lah kasihani doktor2 dan staff2 yang bekerja bertungkus lumus di A&E tu.. jangan lah maki2 mereka bila anda tidak dilayan… (bayangkan anda bekerja bagai nak rak menolong orang tp bukan ucapan terima kasih yg dapat, tp dimaki hamun!!) Saya merupakan bekas staf A&E dan saya paham perasaan tu, sbb tu saya merajuk dan lari berurusan dengan kuman-kuman je di lab, diorang tak pandai maki saya, tp saya maki diorang kalau tak nak tumbuh hahahhaha

4) Pesakit2 yang dilihat di A&E akan di’screen’ betul2 supaya hanya mereka yang betul2 memerlukan admission akan dimasukkan ke dalam wad contoh mereka yang mengalami komplikasi respiratori (pernafasan), jantung, neurological etc ataupon mereka yang berisiko tinggi eg wanita mengandung, pesakit2 kronik (jantung, asthma, COAD etc).. mereka akan di’assess’ menggunakan CLINICAL ASSESSMENT TOOLS (CAT) (rujuk bawah)

5) Jika anda disuruh balik rumah and kuarantin kan diri, SILA lah kuarantin kan diri anda.. kalau nak bersosial dgn ahli keluarga, sila pakai mask. Tak salah kalau duduk sama2 tengok TV atau berbual, tp PAKAI LAH MASK! Kerana virus ni merebak melalui respiratori droplets (batuk, bersin dan bercakap tersembur2 ayaq liuq nye ). And pls adhere to PATIENT HOME ASSESSMENT TOOLS yang diberi kepada anda (rujuk bawah).

6) Jika anda rase anda ada flu, sila KUARANTIN kan diri selama 7 hari dari onset of symptoms dan amalkan HAND HYGIENE & COUGH ETIQUETTE… tidak perlu ke hospital jika symptoms anda tidak teruk (refer PHAT di bawah). Kerana kalau pergi hospital, silap2 anda yang takde H1N1 akan dijangkiti plak H1N1 kerana sedia maklum hospital ramai orang yang sakit… kalau pegi hospital, jangan bawak budak kecik esp less than 2 year old..

7) Tidak semua orang suspected to have flu memerlukan antiviral (Tamiflu). Most of the cases hanya memerlukan supportive treatment. Jangan la plak marah doctor tu kalau dia suruh anda balik & bagi anda panadol and ubat batuk je.. kerana mmg itulah ubatnya. Viral infection is self-limiting. Except in severe cases, we have to ‘intervene’ with antiviral (esp when an individual cant fight the virus alone). So Tamiflu is RESERVED for admitted cases and those yang highly suspected of H1N1 tp kena home-quarantine.

8) Tapi jika anda diberi ubat Tamiflu, TOLONG lah makan, kerana anda adalah orang ‘terpilih’ yang diberi antiviral tersebut. Walaupon anda makan supplements, antiviral has their own activity against viruses. Supplement food only to strengthen ur body defense..

9) Jika anda takde flu, jangan la plak saje suka-suka makan antiviral kerana ini akan menyebabkan ‘resistance to the antiviral’..

10) Lab test adalah dgn mengambil ‘throat swab’… dan ujian rapid test dan PCR akan dijalankan utk confirm kan virus H1N1.. satu test takde la sampai beribu RM (tak tau la kalau ada yang charge sampai 1K) – tp PCR mmg MAHAL.. tp di PPUKM dalam RM250.. that’s why kita hanya buat test utk kes-kes yang masuk wad sahaja…

11) Kebanyakan kematian merupakan mereka yang muda dan apparently sihat. Jadi kita masih tak paham VIRULENCE of this virus… ada yang hari ni demam selsema, esok sihat lusa tiba-tiba tenat dan na’uzubillah meninggal.. kita (read the researchers bukan saya :p) masih buat research and study on this virus…

12) JADI, kita kena fahami situasi kita supaya kita bleh tangani wabak ini.. wallahualam… semua orang mainkan peranan masing2… GO FIGHT WIN yeayyy…

PATIENT HOME ASSESSMENT TOOL (PHAT) –
adults
- designed to detect moderate to severe influenza , can be used to guide the patient on the need to seek professional medical attention
- patients with ILI (influenza-like illness) are advised to seek medical care should they develop any of the symptoms and signs listed below:-

i) respiratory difficulties : shortness of breath, rapid breathing or purple or blue discoloration of lips

ii) coughing out blood or blood-streaked sputum
iii) persistent chest pain
iv) persistent diarrhea and / or vomiting
v) fever persisting beyond 3 days or recurring after 3 days
vi) abnormal behaviour, confusion, less responsive, fits
vii) dizziness when standing and / or reduced urine production


PATIENT HOME ASSESSMENT TOOL (PHAT) – children
(paediatrics)
- children should be brought to the nearest hospital for further assessment if they developed the following signs and symptoms:-

i) lethargy or poor oral intake
ii) change in mental status or behaviour eg drowsiness, irritability
iii) signs of dehydration : sunken eyes, dry tongue, absence of tears during crying or poor urine output
iv) increasing respiratory rate : fast breathing, noisy breathing, presence of chest recession
v) fits
vi) cyanosis (purple discoloration)
vii) persistent fever



CLINICAL ASSESSMENT TOOL (CAT) –
adults

1) respiratory impairment
2) evidence of clinical dehydration or clinical shock
3) altered conscious level (esp in extremes of age)
4) other clinical concerns : rapidly progressive (esp high fever >3days )or serious atypical illness OR severe and persistent vomiting / diarrhoea




CLINICAL ASSESSMENT TOOL (CAT) – children

- severe respiratory distress – lower chest wall in-drawing, sternal recession, grunting or noisy breathing when calm à anda akan tahu jika anak anda susah bernafas, dada nye berombak2 dan pernafasannye berbunyi
- increased respiratory rate - >50 breaths/min if under 1 year old; or >40 breaths/min if > 1 year old
- oxygen saturation <92% -- ni kena pakai special machine
- respiratory exhaustion or apnoeic episode (tiba-tiba tidak bernafas ie >20 seconds pause in breathing)
- evidence of severe clinical dehydration
- altered conscious level

** itu adalah antara tanda2 yang akan di ‘assess’ oleh doktor2 utk melayakkan anak kita masuk wad atau tidak… tp jangan takut, kalau ada sikit2 tanda macam tu pon insyaAllah akan masuk wad, sbb kanak2 esp bwh umo 2 tahun lebih berisiko tinggi… (bunyi macam dah teruk baru nak masuk wad kan???

Bukan begitu, itu hanya panduan, tp by experience, kita para doctor tau siapa
yang layak masuk wad and siapa yang tidak. Kalau kira macam ‘borderline’ case,
kita akan masukkan jugak utk pemantauan…



Last but not least (seperti pesanan cikgu mentor ku saya )
** SILA CUCI TANGAN ANDA….
** amalkan kebersihan diri… cuci tangan, cough etiquette – tutup mulut jika bersin atau batuk, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah bukan main campak merata-rata
** jika ada symptoms flu atau ILI, pakai la mask kalau nak berjumpa / berkawan dgn orang lain….


Pesanan saya:

anak2 yang demam atau suspected ada ILI, jangan anta nursery atau sekolah, kuarantin kan mereka.. kesian la anak2 saya yg di nursery itu… uhuk uhuk

Jika anda pon demam selsema, jangan pegi keje tp jgn saje2 ponteng keje shopping raya – ohh saya ada plan nak buat camtu aci kah?? hehhehe

Elakkan membawa anak2 pergi ke tempat2 yang ramai orang atau bersesak-sesak.. ohhh mana lah saya nak bawa anak2 saya jalan2 weekend ni ye??



abah saya plak selalu pesan, kalau bersin masa tgh mengadap makanan, pergi basuh tangan, memula dulu saya musykil kenapa… sekarang baru saya paham….



Sebarang kemusykilan, jangan malu-malu kucing untuk bertanya….
Atau rujuk website MOH (www.moh.gov.my/ ) atau CDC (www.cdc.gov/h1n1flu )

Lagi sekali… APA YANG PENTING???? “KERJAAASAMAAA….”

---

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails