Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts
Showing posts with label Aaron Aziz. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Novel: Adam & Hawa

Aku carik pasal gi beli novel, sbb boring rasa nak baca novel and lagi satu sebab aku x sabar nak tau cerita "cinta buat emelda" yg kat TV3 kol 7 skrg ni. Cerita tu adapt dari novel "kasih antara kita"... Tp cam biasa lah, lain dari novel, and aku tak suka Aril Fatah dalam novel. Enuff said!

2nd novel is "Adam & Hawa"... Pernah baca novel ni, ingat2 lupa dah... Tp beli nak baca sbb novel ni akan diadaptasi ke drama tv... And sape lagi hero nye kalau bukan abam Aaron Aziz, bintang fofular 2011 ewahh...

Start baca petang semalam, and terus x leh stop baca...
Aduhhh... Adam Mukhriz punya pasal la ni... Takleh letak buku tu! And watak mmg sesuwai la dgn abam AA.. *cair* kol 3 baru abis baca... ye 3 pagi puan puan... dah la pagi ada appointment doctor huhu...

Tak sabo lah nak tunggu drama kat tv, sure ada ubah, tp jangan ubah watak Adam Mukhriz..!! Lelaki nakal, seoang pilot (ohh sure segak pakai uniform pilot *pingsan*), pompuan keliling pinggang tp 'jatuh centa' dgn Ain @ Hawa yg bekerja kat tadika milik family nye.. Hmm bleh bayang kan AA cuba mengorat sambil maintain macho *cair lagi*



adoi... cair kah?? hahahha (source twitter @Aaron535Aziz)











Kena tangkap basah (cliche la plak), kena paksa kawin tp membuatkan Ain benci dgn Adam.... Pastu biasa lah, lari sambung study.. Lari dari masalah...
Adam tggl sorang, usaha nak 'selamatkan' rumahtangga diorang...
8 tahun, jumpe kat Mekah masa buat umrah... *gulp* abam AA pakai jubah and kopiah...

Balik msia, mula lah Adam mengorat isterinye semula.... Part ni paling best kot.... Tolong la heroin dia yang best and pandai berlakon... Kalo x, potong stim laaaa..... Heroin tu patut Nadia Nisa, ntah la sapo... Tunggu je lah sesuai ke tak.. Aku tatau nak sajes sape...

ni lah Nadia Nisa tu... (rasa cam ada tgk kot dlm tv)(source)








Dah la, abis citer kat sini plak... Tunggu je and tonton lah sendiri, kat Astro prima if x silap, tp tatau lah bila... gi lah google sendiri berlambak je sinopsis cerita, novel bagai...



novel yang aku beli online from karangkraf





sinopsis adam & hawa kat kulit belakang...

Saturday, June 11, 2011

Demam 'Seth Tan'


ohh jangan terkejut kalau tengok tajuk lain macam tu...
mungkin ada yang kenal ada yang tak kenal itu Seth Tan... tp rata-rata nye sekarang ni semua memperkatakan ttg drama di slot Akasia di TV3 -- Nora Elena... hero nye Aaron Aziz (Seth Tan) yang hencem dan Siti Saleha (Nora Elena) yang meletop..


ini merupakan demam yang agak hebat selepas demam Nur Kasih...
Drama ni 'adaptasi longgar' dari sebuah novel by Meen Zulaikha... "Kasih Yang Suci"

ohh takyah citer panjang, sbb sure ramai yang tengok, atau gugel je, bersepah2 kat youtube malah kat facebook sume worang gile dgn citer ni...
kalau anda antara yang ketinggalan menonton drama ni, don't worry, tengok aje kat tonton.com.my..

masa drama ni mula start, aku tgk sibuk exam, jangan kan drama ni, tv pon tak sempat pandang oh bunyi sangat suci hahaha
abis je exam, ku follow citer ni & tonton episodes awal kat tonton.. and now aku jadik antara orang tak saba nak tunggu citer ni, sampai anak2 aku asyik 'membebel, "mummy ni sukaaaaa tengok Nora Elena.. asyik2 Nora Elena.." humang aiii membebel mcm mak nenek pulak ah..

secara jujur nye, aku memang suka citer2 romantik kapak nih... hahahha... jalan cerita kawin paksa, cinta selepas kawen merupakan plot yang biasa dalam novel malah dalam drama eg Nur Kasih dan Adamaya..

bila tgk lelaki romantik macam Seth Tan, mula la membayangkan wujud nye watak Seth Tan dalam suami ku hahahha.... abis aku kalau Nik Tan aku baca entry nih hahaha
apape pon, berhentikan berangan jauh2... jangan biarkan imaginasi anda keje overtime... cukup2 la bekerja 1 jam sehari (7-8pm) tp imaginasi aku bermula pukul 8-9pm selepas menunaikan solat Maghrib.. agak tak patut la TV3 tayang pukul 7, tp sib baik ada alternative di tonton.com.my hihi.. malah buleh tengok ulang2 kali kalau terlalu sengal suka sesatu babak tu...


hmm... review aku??
aku dah tengok episode 1-20 (semua nye 24 episodes, so next week last tau..).
aku dah baca novel.
aku dah tau jalan cerita even b4 aku catch-up tgk semua episode dari awal.
malah aku dah tau ending.. samada dlm novel mahupon drama (tp drama masih buah mulut.. tu yang tak sabar nak tgk ending) -- dan secara cliche nye, of cos ~they live happily ever after, the end~


dan secara peribadi, aku suka drama lagi. sebab??? sebab aku suka Aaron Aziz.noktah. hahaha...

hmmm sebab utama, tgk drama aku tak yah imaginasi tinggi, tengok je and dengar...
dalam novel aku imagine, mmg la boleh suka suki imagine, tp dengan adanye drama, aku nye imaginasi menjadi BIAS!


dalam drama, aku suka Ahmad Seth Tan, lelaki kacuk cina-melayu, di kampung orang panggil Atan (cute kan?? hihih)
dalam novel, Seth Tan adalah lelaki Cina yang convert masuk Islam utk berkahwin dgn Nora Elena (NE), nama beliau menjadi Muhammad Seth Tan.

dalam drama, watak Seth Tan adalah seorang lelaki yang lembut, romantik dan... ahhh aku hilang adjektif mau describe hahhaha...
dalam novel, Seth Tan seorang lelaki yang too possessive, too obsessive, too protective dan kasar! Apa dia nak semua dia MESTI DAPAT! and tidak gentleman bila beliau sendiri yang mendedahkan rahsia NE pada Eid!! Taktik kotor okeh!!


dalam drama, masih tak tau sape yang menodai NE semasa dia form 3, tp ramai mengatakan Seth yang buat.. walaupon secara denial, aku nak plot ni tuka jadik lain hahha.. tp, masa episode 20, NE jumpa rantai dia dlm kotak rahsia Seth.. ceiss

dalam novel, Seth yang menodai NE, kerana terpengaruh dengan cerita 'porn'?? apakah??? and NE found out setelah terjumpa ski mask & pisau yang Seth gunakan masa tu (yang mongok gi simpan bukti tu apasal?? bwk court kompom kalah weihh!!)

dalam drama, Seth Tan sangat hencem...
dalam novel, aku kena bayangkan Seth Tan ku sendiri hahah


dalam drama, NE sangat resistant dengan Seth Tan.. tidak mudah cair.. aku yang kat rumah seperti mentega cair dalam kuali (seperti yang di describe oleh Puan Farrahar LOL) setiap kali babak2 yang mencairkan... iskkk..
dalam novel, NE wanita yang senang didekati... (aku rase lah)..

dalam drama, Yvonne mmg watak berjaya bagik mentega i mendidih dalam masa 0.001 saat je... mmg meluat sangat. Tp biasa lah, watak baik, sure ada watak antagonist..
dalam novel, Yvonne mmg miang, tp watak nye tak berapa dikembangkan sangat kecuali di hujung2 cerita.. at last mati katak bawah trailer muahahah...

dalam drama, takde sangat aksi2 romantika cium2 kening, peluk2 surprise bagai... ko gila?? Aaron tu laki worang... and kita kena hormati yang babak2 seperti tu haram okeh
dalam novel, sikit2 peluk pinggang, sikit2 cium kening errr... acik pon naik rimas baca hahhaha... ehh tapi lantak pi lah, dalam tu, diorang laki bini, sebab tu ikut imaginasi sendiri..


okaylah... i dowan to spoil your mood... mari kita tunggu lagi 46 jam utk sambungan episode 21 ye...

saksikan lah sendiri ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails