Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Sewing: baju kurung Fatini

Sejak mula berjinak2 dgn mesin jahit, mmg teringin nak jahit baju kurung, mula2 baju kurung Fatini lah, lps tu boleh cuba baju kurung sendiri hihi..

So, aku try jahit guna fabric cotton remnants yg aku beli kat Tewah.

Aku ikut step-by-step dalam buku 'oh mudahnya buat baju kurung' by Yasalma. Simple jugak lah buku tu, ada ajar cara ukur jugak. Tp confused jugak mula2 tu esp part nak jahit kekek..
ni lah buku tu

And aku pon ada beli pola baju kurung dari sorang member kat group menjahit, aku ikut gak sikit2 pola tu sbb Fatini 8 tahun tp kena adjust sikit sbb dia debab sikit.

Part paling confusing part sambung kekek, lps dah sambung kekek ke pesak & lengan, semua ok lah, lurus je.. Siap try buat poket lagi hehehe

And yg sgt2 aku tak suka and tak reti ----> leher @-@

Aku tak tau camne nak ukur leher, guna jugak pola yg aku beli, entah macamane, leher 'failed' gile, dah la tak bulat, bersegi2 hohoho lepas tu lebar gile!!

Baju pon lebar jugak... Huhuhu sedih tengok..

err gini lah ropanye... tak semenggah sungguh leher ittew
 
macam baju pinjam.. lengan labuh gile (belum hem lagi tapi), leher besar dan bersegi.. T_T
 
posing baju leher besar hahahah
 
tengok la blkg tu, gile besar...
 

So dalam pantang err habis pantang hari tu, aku try jahit lagi, kali ni mmg utk baju raya Fatini. Tak sempat dah nak suruh kak lang atau tailor lain jahit.

Hmm 2minggu jugak sbb bukan boleh mengadap lama2, so sehari memotong, sehari buat leher, sehari jahit kekek ke pesak, lps tu lengan, lepas tu baru selesai.... Paling 'lama' nak jahit kain hahaha sbb x confident.. Tp kain la paling senang, dah la buat pinggang getah je pon hehehe..

So, ni lah hasil nye... Bangga mak tengok anak pakai baju jahitan sendiri...

baru siap baju... kaki baju belum hem
 
nampak cun je ekk... tapiii...
 
haaa... ni lah rupa lapik leher tu.. adoi mak.. malu nye tengok.. sebab memula tu, leher 'terkecik', anak ku kepala besaq.. bila besarkan, lapik tu jadik makin 'kecik huhuhu..
 
akhir nya menjadik gak baju raya anak daraku (kain belum lagi)
 
akhirnya siap sepasang
 
anak daraku memakai baju yang mummy jahit masa raya pertama... precious..
 
next plan ------> baju kurung mummy la pulak eheheh... entah zaman bila la tuh...

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Assalam,
Ramadhan sudah berlalu.. Kini Syawal menjelma..
Alhamdulillah, Ramadhan & Syawal kali ni sangat berbeza dengan kehadiran orang baru dalam keluarga -- Nik Hafiy kini hampir 2 bulan...

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN' kepada semua rakan-rakan, di alam maya, terutamanya pembaca-pembaca blog ini, ampun maaf andai ada kata-kata yang menyinggung hati & perasaan...
Semoga kita beroleh rahmat dan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang...

'selamat hari raya.....'

P/S tu gambar raya last year, Hafiy takde, this year, kami berenam.. Alhamdulillah..

Thursday, August 2, 2012

Sewing: baby booties

Antara projek menjahit baby #4's stuff b4 beranak hari tu...

1st try guna pattern utk size 3-6mo, guna minky untuk lining and cotton (DC) utk luar.. And tapak ku letak interfacing tebal.
guna pattern lah, kalo tak mana reti...
Minky mmg susah sikit nak jahit, sbb minky mcm agak stretchy.. Lps tu interfacing tu pulak tebal, susah nak sambung & terbalikkan...
That explains the out-of-shape booties.. Tp aku suka sgt combo green minky & navy dino tu...

inner sole guna minky... outer designer cotton...
dah siap, macam terbalik kiri kanan pulak huhuhu...
akhirnye, model menggayakan booties nye.. kiri tu mmg outta shape lah... jadik ketat sikit, strap tu pon mcm pendek.. tp minky insole mmg syiok ahhh...


Then, tak puas hati punye pasal, aku buat another one, guna cotton (main outer fabric & lining), kali ni boh jugak interfacing tp just ikut tapak (not extended to the seam line)..
Cotton senang sikit jahit, tp masih mencabar sambung tapak to kasut..

Ni try another one, using both cotton, tp guna size 6-12mo
ni macam dah tere sikit heheh..
not bad ehh? hehehe.. tapi yang tu still besar utk kaki Hafiy, so raya ni pakai kasut mana agak nye?? hmmm...
jeng jeng jeng...
haaaa ni lah kasut raya Hafiy hehehe... beli kat TinyTapir hari tu ada sale... ada lagi kot kalau nak beli.. murah tuh... dari RM37.00 jadik RM10.60..

over tak?? sampai 3 pasang??!! they are sooooo irresistable okeh!!
soooo comey... agree?? mana la tak beli banyak??! ni pon tahan nafsu tau... sebab si kenit ni nak pegi mana pon banyak2 sgt kasut hahaha... so, red stripes and blue planes are Hafiy's, the blue with racecars tu hadiah utk someone's baby....

Sunday, September 11, 2011

Raya di Ikea

Tadi pegi kenduri rumah pengantin anak mokcik kat Kepong. Semalam nikah.

Pas makan, kami cabut gi ikea.. Sebab nak carik ni haaa... Skoghall bedside table-- ada offer RM59, selalu RM129.

Pastu ingat nak carik wire basket utk cabinet dapur (yang dok kat corner boleh pusing2 tu..). Dah roboh 2 bln lepas.. Berat sgt kot aku letak piuk belanga...

Tp tak jumpe yg mcm tu.. Yg ada lain sket, bila tanye SA, dia ckp yg aku nye tu dah discont.. Huhuhu sedey acik T_T
Tp dia ckp fitting sama. Tp aku x jumpe harge and mana nak self-collect. Nk bertanye orang humang aii ramai gila yg dtg beraya kat ikea tu ropanye... So x beli..

So, aku beli bedside table tu je.. And lapik study desk.. So jimat gak lah duit hahhaha..

Pastu, kalau sampai ikea, mana la x makan.. Budak2 ni yg beriya nak makan meatball... Padahal masing2 dah balun nasik minyak kat rmh pengantin dahhh.. Beli yg doploh bijik, berebut2 makan, x cukup tgn mummy mau potong2 itu bebola.. And mummy x sempat nak suap mulut sdr tau... Plus rimas gila orang ramai sgt.. Share meja plak, bayangkan la erghhh...

So ni lah hasilnye... Plan mmg nak letak tepi drawer cabinet tu, nak ltk bedsheets and towels.. X muat drawer, dok berlonggok la kat tepi tu atau dlm laundry basket...
Tp now dah jadik tpt budak2 ni bertenggek and memanjat pulak haii laaa..

Ok... Tu je, gud nite.. Sume dah tido kecuali ultraman i yg 2 ekor nih... Dahhh jom naik tidooo...

Aidilfitri 1432H

Salam Aidilfitri...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua..

minta MAAF kalau ada tersilap kata dan bahasa...

Sunday, October 11, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

hmmm...
baca blog babyibu ada contest 'si comel berbaju raya' so rase nak mencuba nasib plak... hadiah nampak cam menarik je...
ni kira first time nak join contest... tp bebudak ni tak banyak bergambar plak tawun ni... tp nak try gaks.. mana tau ada rezeki, amiinn....

ni nak try my luck with picture of my only anak dara-Fatini...





my anak dara yg sakan beraya dgn handbag dan mencintai 'world peace'...

nama: Nik Fatini binti Nik Azuan

umur: 4 tahun 10 bulan (B'date 16 Dec 2004)




-----------------------------------------------------------------------

Cara Penyertaan

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)

•Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
•Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
•Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

•Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda -- checked
•Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini --- checked
•Membuat entri mengenai contest ini diblog anda -- checked
•Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) -- checked
•Sila nyatakan nama si comel dan umurnya -- checked
•Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) -- checked
•Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini -- checked
•Klik sini untuk Q &A


Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..


--------------------------------------------------------

so kepada sumer... meh ramai-ramai join.... kalu tak menang pon saje suka-suka.... kan kan kan...



---

Saturday, October 3, 2009

datang raya

tadi ada 3 orang budak (dalam umo 7-9 tahun) datang raya rumah ni...

aku tak kisah kalu nak datang raya tapi yang tak sedap nye, datang macam penyagak pon ada.. sorry to say that, tp biar lah proper berbaju raya etc...

- ni datang ngan baju biasa je (read: comot) - takde ropa nak datang beraya tp cam dtg nak merompak!!

- tekan loceng rumah cam nak tercabut loceng tu.. (keep pressing though aku dah suruh berenti picit sbb nak bukak pintu!)

- aku lambat bukak pintu, leh diorang nak panjat pagar tuh -- hampeh kan??!! kan aku dah kata macam penyamun!

- masa aku tgh tanggalkan anak kunci dari mangga kunci tu diorang dah menolak pagar tu nak masuk dalam rumah iskk

- masuk rumah aku cam masuk rumah sendiri -- terus buat cam rumah sendiri and terkam laptop aku (biar benar!!)

- hidang minuman / kuih -- 2 orang tu seronot sbb aku bagi minum air ribena kelasss auntie ni!! . Lagi sorang tu suka dgn satu kuih tu siap tanya "acik buat ke kuih ni sedap laaa.."
"alahai nak oii... acik ni beli je, mano la sempat buat.."

lagi sorang tu siap cakap " air tu sejuk tak?? saya tak leh minum air sejuk. teh 'O' panas takpe.."
lorat kan diorang ni... anak sape ntah??!!

- nampak plak mainan bebudak ni diorang sibuk main plak... isk ni ada yg berkampung kat rumah ni plak ni. So aku naik amik duit raya...

- pehtu nak guna telefon nk tepon mak plak... Ya Allah... geram gak aku. Tp takpe lah aku bagi je lah. So dia tepon ckp kat mak dia, dia ada kat rmh ni.. (dh la dial no HP, sabo je lah)..

- nway, ku berjaya halau buat diorang balik pas aku paksa abiskan air n hulur angpau raya... tp dan-dan melangkah keluar pintu rumah (belum keluar pagar taww..) diorang bukak angpau and seronok dgn nilai yang tak seberapa yang aku bagi DAN campak sampul duit tu depan pintu rumah aku... sabo je lah...

- keluar je rumah gi berlari2 ke arah mamat guard yang menjaga booth guard dekat depan rumah aku tu....

- pastu mak budak tu call rumah aku and tanya rumah aku kat mana and pesan soh anak dia tunggu sebab dia nak jemput anak dia balik. Apakah???


so conclusion nye.. raya sekarang dah tak macam dulu. Cuma yang masih sama adalah bebudak pegi beraya rumah orang tak kenal utk kutip duit raya. Tp penghayatan ttg raya tu tetap ZERO! Budi bahasa ntah ke mana..
aku pon pelik la ngan bebudak zaman lo ni...
harap2 anak-anak aku tak jadi gitu.
Biar diorang tak pegi beraya drpd pegi beraya and dikutuk orang sebab tak berbudi bahasa... yang disalahkan tentu lah mak bapak kann.... buat malu mak bapak je!!
ini ntah-ntah mak dia pon tak tau yang dia kuar beraya ke rumah sape2 ntah...
lagi pon, aku rase dah tak selamat bebudak ni keluar beraya sendiri... zaman sekarang ni ada macam-macam orang... na'uzubillah

so kepada parents out there --
*tolong prihatin dgn kegiatan anak2 anda...
*kalau ye pon nak beraya, tolong ajar diorang kenapa pegi beraya bukan utk kutip duit raya semata-mata
*kalau boleh tak yah la bagi beraya sesama sendiri ke rumah yang tak dikenali.. utk elakkan perkara2 buruk terutama untuk anak2 pompuan (anak2 lelaki pon bahaya jugak)
*gi je lah beraya ngan family ke rumah jiran tetangga

nway, ku tak kisah kalau nak dtg beraya... Haziq & Fatini seronok je bila orang datang beraya. Lagipon tetamu datang rumah kan bagus... membawa kuar dosa2 rumah kita.... tp berbudi bahasa lah....

nota kaki:
kami pon belum beraya rumah jiran2 depan rumah (jiran sebelah rumah sume
cina) -- hari ni hubby on call. Nak gi open house pon tak dapek ada 4 tau
jemputan isk..



---

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA

esok dh masuk keje balik... err last week pon dh keje sebona nye cuma macam orang tak keje je..


esok bebudak gi nursery balik... camane lah Faris nnt?


esok Fatini sekolah balik - tp dia happy je...


ni nak share sket gamba2 time raya...


salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga ye...




we all theme purple -- ramai plak yang amik purple/maroon this year




bersalam-salaman, bermaaf-maafan...




Aidilfitri kami yang ke-7 sebagai suami isteri :D




Faris & Fatini dengan Pakcuk Amin








bebudak ni abis je bersalam, dah mengira duit memasing... sabo je lah






Faris & Atuk




2nd day raya -- visit kubur arwah Abang Enal




Fatini & Haziq with the cousins and 'anak2 sedara' cucu2 sedara ku




Faris tersenyum gatal di sebelah anak dara orang -- tulah cucu sedaraku no 6 (2weeks older than faris)




tadi sengih... ni nak nangis plak



SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI JUMPA RAMADHAN & SYAWAL 1431 LAK... INSYAALLAH....................


---

Wednesday, September 23, 2009

sehari sebelum raya

Tahun ni kami beraya di sini sahaja iaitu di Gombak...
satu - sbb mmg tahun ni turn raya sini, last year dah raya di KB.
dua - sebab ku takde cuti -- dh abis guna pas bersalin Faris itu hari.
tiga - sebab takkan la nak raya sendiri2 di Cheras kot???

Kami balik Gombak macam la jauh sangat kan?? hari sabtu pas Zohor. Sebab pagi tu DH gi anta SIL gi LCCT (flight di ke KB kul 11am).
Aku pulak di rumah dgn bebudak comots mem'packing' barang utk 'balik kampung'

Pas sahur tu ku dah siap isik kuih raya, kuarkan gelas raya, dan kemas2 dapur.
Tahun ni raya ku ala kadar sahaja.. kalu datang rumah cam nampak habuk2 di bunga plastik lama ku atau di frame gambar etc, tolonglah buat-buat tak tau ye, heheheh..

Sampai rumah mak, ramai jugak yang dh ada. Adik ku #10 tgh pulun jaga lemang and ketupat.. abang #7 tgh terbaring kepenatan gamak nye.. di dapur, mak ku sorang2 pulun kat dapur, yang kejap-kejap dibantu oleh kakak-kakak ku #5 dan #8. Anak2 sedara ku (takyah la ku nomborkan mereka kerana memerlukan no 1 sehingga 35, pening plak karang) pon ramai yang menyibuk dr menolong!!
Tahun ni kakak #4 raya di KT, abang #6 beraya di Melaka. Kakak ku #3 lak on the way dari KT. Abang #1 di rumah nye sahaja, abang #2 plak, tahun ni Aidilfitri ke3 kami tak dapat beraya bersamanye sebab beliau telah pulang ke rahmatullah pada 30 Syaban 1428 krn kemalangan motor... (alFatihah utk beliau..)

[errr.. dari nombor2 di atas, sila lah teka saya #berapa ye???1]

aku sampai2 cam mandur -- menengok2 apa yang ada, dan apa yang boleh dibantu... at last ku tolong potong daging 7kg utk masak rendang. Emak sibuk menyiapkan segala bahan2 utk buat kuah kacang, rendang dan ayam masak merah -- ini mmg menu wajib kami. Menu tambahan adalah kuah lodeh (kakak #8 buat sbb suaminye orang Johor 'mewajibkan' menu ini).

Kakak #5 mak amanahkan masak lauk2 utk buka...

buka terakhir Ramadhan ini, kami berbuka ala-kadar tapi meriah sebab ramai... berbuka gilir-gilir sebab kerusi tak cukup, ada jugak yang berbuka ala-ala bufet.. tp kalau ngadap lauk-pauk atas meja lagi best kan??

anak-anak ku??? hmmm.. diorang kalau balik rumah nenek Gombak, mummy & daddy leh lepas tangan sbb ramai 'bibik-bibik' tolong layan... sebab diorang je yang paling kecik.. anak2 sedara ku yang lain sume dah besa panjang dah beranak pinak pon ada . Kalu leh pas kan B aku kat orang lain, sure Payish pon mummy dia leh lepas tangan abis hahahhaha

Malam tu, anak2 sedara pulun main bunga api & mercun..
isk aku lemah betul la dgn mercun2 ni.. buat terkejut2 je!!
yang lagi hayun, ada anak sedara haku beli mercun cina yang panjang kaler merah tu.. sabo je lah...
tgh dok membakar bunga api yang lawa2 tu, polis lak mai buat lawatan sosial.. hahh pandai plak lari masuk & sorok mercun tuh.. isk kalu kena tangkap tak pepasal je...
TAPI lepas je polis tu blah, diorang bantai bakar mercun tu... memang memekak!! Anak2 aku tak join sbb penakut!! (tapi elok jugak, takde la menyibuk nak main mercun bagai)

malam tu ku lena awal sket sbb kononnya tidokan Faris... tak sure la plak orang lain tido kul berapa.. tp yang pastinya mak aku sure tido lambat.. mak ni bukan jenis reti nak menyuruh2 orang.. nanti sume dia pulun buat sendiri...

nway... tak saba nak bangun pagi beraya nanti........................

Tahun ni raya pertama buat Faris, raya ke3 buat Haziq, raya ke5 buat Fatini, raya ke7 kami sebagai suami isteri DAN raya ke6 kami di M'sia...


---

kembali bekerja

ye.. ku (dan juga suami) sudah mula bekerja hari ni...

actually semalam pon dah on call dah.. alhamdulillah tak sibuk sangat..

semalam ku tido rumah bondaku di Gombak sbb nak tinggalkan kanak-kanak Ribena tu di rumah nenek diorang sbb nursery tutup.
sib baik ada kakak aku and anak nye leh tolong jagakan sekali. Kalau nenek dia sorang sure tak larat...

tp DH tido rumah sbb malam tadi gi amik SIL kat LCCT, so dia tido rumah je teman adik dia kat rumah..
sib baik anak2 ku sangat behaved malam tadi.. Haziq tido ngan nenek, Fatini kul 9.30 dah tido sambil tengok citer 'chermin' yang mengarut . Faris pon kul 8.30 dah mengamuk nak masuk tido dlm bilik..

Pagi ni ku kuar rumah punya lah lambat.. kul 7.49am baru kuar rumah...
Punya lah aman damai rasenye driving takde traffic jam lhangsung!!!!
Sampai spital dlm kul 8.10.. aku pon belasah je parking tempat orang sbb sure ramai yang still bercuti.. so lantak lah takkan kul 8 lebih tak masuk keje lagi kan??? jangan pak guard clamp keta ku udah...

masuk lab tadi, kat bench tak banyak plates (culture plates ye bukan pinggan mangkuk!).. abis ku jengah bench ku tolong member ku verify results... owhhh aman damai rasenye pagi ku... mintak2 berpanjangan hingga selama-lamanye ke petang..

now i'm in my room, sambil menyantap bekal nasi himpit yang dibawa dgn serunding (makan gitu pon rase nikmat tau...) sambil pikir-pikir tghari nanti nak makan hape?? dasar tak puase, asyik pikir makan je kan??... hahahaha member pon tarak, cafe pon tak bukak... isk

okay...............

kepada sahabat2 lain -- selamat menyambung raya ye...................


---

Saturday, September 12, 2009

belasah je lah...

tak tau nak boh title apa..
ni baru pas nenenkan Faris sambil pam..
banyak lagi keje nak kena buat e.g: baju yg dah kering semalam still dok kat bawah -- baju keje so mmg dah kat hanger, tunggu nak bawak naik je...
kemas beg beudak ni... SEBAB???
sebab nak 'pos' diorang ke rumah nenek... mummy dia nak attend "National Influenza A H1N1 Conference' @ Renaissance Hotel hari ni.. full day from 9 to buka puasa....

so, my sister akan hangkut bebudak comots 3 orang ni and bawak gi rumah mak aku kat Gombak...
memula nak anta Faris ke nursery, dh janji ngan budak tu mintak jagakan sampai petang, baya extra la.. then Fatini & Haziq daddy jaga kat rumah..
Daddy jaga Faris??? dgn dua orang budak comots nih?? it's a NO-NO-NO...
pepaham la kan.. mana nak mandikan lagi... mana nak layan 2 orang ni lagi.. iskk.. u know what i mean...

nway, confirmed-- kakak aku amik diorang, daddy leh dok rumah STUDY...
nak buka, pepandai la daddy masak carik sendiri...

NAK RAYA??
tinggal seminggu ke lagi nak raya... owhhh tak tau kenapa kurang 'thrill' nye nak raya tahun ni...
rase macam sekejapppp sangat..
apapepon,

baju raya bebudak ----- checked!

baju raya mummy budak ---- hmmm kena tanya kakak aku dh siap jahit lom??

baju raya daddy budak ---- checked kot???

kasut raya ---- mummy & bebudak checked! daddy cam biasa takde/tak carik / tak heran

langsir/lapik2 meja etc ---- checked!!! aku shopping kat sogo & macy's ari tu.. bukan ganti satu rumah pon, ganti langsir pintu depan je, then make over soft furnishings (lapik meja etc) sket... ceihh bunyi cam bagus je TAPI --- tak tau bila mau pasang.. ku tak cuti awal!! Jumaat masih keje.. kalau pasang esok, sure dah 'basi' by the time raya... owhhh... nak mengemop rumah pon tak sempat lagi.. (sebab kalu mop/sapu sure sepah balik...)

kuih raya ---- ada 1-2 jenis lagi lom dapat.. tp caya atau tidak, aku ada 7 jenis je kuih ehh banyak jugak 2 jenis tu pon kuih kakak aku buat yg aku tolong jualkan... pastu kekacang & kerepeks banyak sbb kalau tak abis pon, pas raya leh makan2 gaks...

duit raya ---- dah tuka ngan kakak aku... tp sampul raya takde la... tak dapat dr memana pon tahun nih... DH cakap kalu takde DIY sendiri- pakai sotkabar.. (denga tang DIY ok lagi, tp bila dia sambung ckp pakai sotkabar tu yang hati ku pedis tuh!! sabar sabar orang lelaki kan.. cam tak kenal kan?? laki sendiri lak tuh ihikss)

bunga api raya ---- semalam baru la bebudak ni main... tu pon lebihan bunga api tahun lepas yang ayah long dia bagi.. kami tak membeli
kat kawsn rumah sini takde bebudak pon yang main bunga api.. tu yang tak terasa sgt nak raya tuh...
tp tak lama pon, bila DH start bakar yang ada bunyi letup2 sikit, sume lari masuk rumah.. so berakhir di situ aje session main bunga api diorang... potong steam je...

okay lah.. nak solat subuh then berkemas pape yang patut... owhh ku ingat ku sempat tido kejap... takpe la dlm conference leh tido hahahhaha ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails