Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Monday, January 4, 2010

masih di sini

sini = tempat keje

sebagai memenuhi 'azam' mengepam 2x di opistal
so ku masih di sini mengepam utk kali ke-2

sebenarnya baru abis run PCR & gel electrophoresis tadi..

huwarghh dah buat-buat tu ada gak yang problem..

dalam journal tu ropanya ada bagitau pakai 2% agarose gel, 2uL loading dye + 4uL PCR products yada yada... aku gi bantai lain!!

owhh apsal la aku tak baca journal tu bebetul *ketuk pale sendiri*

so esok kena run balik!!!


---

Thursday, December 24, 2009

kenapa mesti nak tengking orang??

kisah ni masih fresh...
aku baru balik dari Bangi..
hari ni last day kat Inbiosis so kitorang singgah lunch kat Yus Satay Kajang, pastu pegi butik MyDreams kat BBB..

kat MyDreams mmg ada sale, tp dah tak banyak nursing tops yang tinggal.. owhh sungguh sedey (tp poket saya happy sbb takde lah 'rabak' sangat heheh)

pastu masuk lah sorang mamat ni, kecian tangan nye sebelah bersimen (apalah musibah yang menimpa wallahualam)..
dia datang membawa b'pump S3 si isteri (of course la kan, takkan la abang tu punya hahahah).. kisahnye, pam tu 'rosak'. Yg ku dengar2 dia cakap suction tak kuat (ke apa ke??)

pastu adik kat situ cakap kat dia, yang diorang perlukan complete set (ie dgn tube) utk diorang testing apakah masalah pam tersebut.. tp brader tu sah la bawak body pump je. Brader tu suruh test dgn tube yang diorang ada .. err of course la tak boleh bang, yang ada kat kedai kira brand new utk jual, kalu bukak abang kena lah beli!

pastu dia kuar kedai then datang balik.. cakap bende2 lain kat rumah (something macam tu lah..). PAstu aku dengar la yang adik kedai tu nak explain kat brader ni pasal pam kalu rosak kena bawak repair centre.. tapi tetiba aku dengar
"yes you do that!!"
"you amik pam ni, anta repair!!"
tammmm!!!! (bunyik meja kena ketuk!) ye... brader ni telah mengetuk meja dengan amat kuat nye (dengan tangan tak bersimen dia of course tp saksi lain cakap tangan brader ni dah nak naik sampai ke pipi adik kedai tuh)

dia hangin sbb katanya adik kedai tu meninggi suara dengan dia.. err aku yang memang dok kat situ macam takde plak dengar adik tu tinggi suare??!! Tak tau lah kalau ada nada adik tu yang dia tak senang gamaknya..

aku pon tak pasti lah kenapa brader tu hangin sangat...

tp dia memang terus tengking dan tengking dan tengking.. siap ugut budak tu
"jangan sampai tangan saya naik kat muka awak!"
"awak ambik pam ni, anta repair. We bought this thing from u nicely, but u cheat us yada yada..."
"ok, nanti kami hanta repair"
"awak tak tau sape saya. Saya report awak kat boss awak. Bagi sini no tepon boss awak"
adik tu malas nak layan banyak, bagik je lah (yelah.. orang mental macam tu jangan layan and jangan lawan!)

aku kesian kat budak tu. Yelah brader tu hingat dia superior sangat sebab dia sorang je JANTAN dalam kedai tu.. kami yang lain2 ni sume kaum Hawa yang kerdil, tu yang dia berani tengking tuh!!!

to cut story short, dia called boss kedai, adik tu pon called boss dia gamaknye..
and diorang setuju bagik brader tu pam baru.. ye pam baru kawan2.. padahal pam dia udah beli bulan 7 dulu, dan masih tak tau lagi apa diagnosis nye...

owhh memang best dapat pam baru.. tp dengan cara begitu, berbaloikah?? Berbangga kah anda???
Berbangga kah Puan AA dapat pam baru??? Kalau lah puan tau dan nampak apa yang suami puan buat/cakap dgn adik kedai tu, mesti puan akan malu sendiri.. aku sangat kesian dgn isteri brader tu... memang pam tu sangat berharga, tp budi bahsa lebih berharga!!


di manakah budi bahasa kita kaum melayu, orang islam??

kalau ye pon adik kedai tu meninggi suara, perlukah beliau ditengking dan dilayan sebegitu rupa??
tolong lah brader, bayangkan adik anda ataupun isteri tercinta awak dilayan macam tu?? Siap nak ditampar oleh orang tak dikenali.. apa perasaan anda??

aku memang tak tau lah kenapa orang nak buat macam tu...

tahap sabar aku pon ada batasnya.. in fact masa makan kat kedai satay Yus tu pon aku sempat 2x 'marah' kat budak waiters situ, 1st sebab aku order mee hailam, sampai sudah tak sampai2 sebab dia lupa ye LUPA nak inform kat tukang masak! 2nd, aku order satay bungkus, lebih 15 minit tunggu aku hanya nampak bebudak tukang kipas satay tu hanya goyang kaki, bila aku tanya, memang budak tu tak terima order satay ku.. owhhh sape tak hangin?? Memang aku marah nada agak tinggi, tapi takde lah sampai nak sepak orang.. (ke sebab aku wanita dan yang ku marah tu lelaki???).. owhh tidak... suare ku tinggi sebagai tanda aku memang marah sebab hak aku sebagai customer tak dipenuhi.. aku order & bayar..

tp brader tadi, dia tak boleh marah tengking terus sedangkan tak tau apa masalah nye lagi.. mana la tahu kot2 memang pam tu pernah terjatuh ke, atau memang faulty sebab lama pakai (heavy duty).. dia dah beli lebih drpd 5 bulan, jadi semestinya masalah berpunca dari penggunaan bukan masalah production dari kilang.

kalau doktor pon tak diberitahu signs symptoms dan history yang proper, kami takleh nak diagnose penyakit anda..

kepada adik kedai tu ~ bawak2 bersabar. DAN kalau memang awak mmg ada ternaik suara, sila lah muhasabah diri.. jadikan pengajaran. Unfortunately, customers are ALWAYS right!

kepada brader tu ~ err.. tolong TOLONG lah jaga temper tu. Biar bertempat. Jangan jatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai.. anda ada adik perempuan, ada isteri malah ada anak yang mungkin jugak perempuan, bayangkan kalau mereka diperlaku kan sebegitu... tolong fahami etika jual beli, barang2 ada warranty, tak boleh la sume yang rosak nak mintak baru (aku tahu dia bukan mintak ganti baru, tp cara beliau kurang tepat!). Tengok dulu apa masalahnye..

kepada peniaga ~ aku rasa tak patut 'give in' dengan orang yang macam tu. Aku rase tak patut 'ganti baru' utk selesaikan masalah.. patut nye bawak berbincang. Adik yang dia tak puas hati tu patut 'berundur diri', biar dia deal dgn orang lain (mungkin lebih bagus dgn boss sendiri). Cerita balik prosedur repair/replacement barang yg under warranty.
Bagaimana dengan orang yang datang dengan budi bahasa sopan santun, adakah mereka dapat pam baru?? aku rase yang bersopan santun patut bagik pam baru. Yang mental macam tu, boleh blah... kalau dia naik angin macam tu senang je, tepon polis!! (aku dah bgtau kat adik salesgirl lagi sorang, kalau mamat tu buat hal lagi, terus tepon polis! owhh kenapa aku tak masuk campur??? ko gile?? Nak suruh aku free-free makan penampar dia?? Tak pasal2 kang kena 'swing' dgn tangan yang ber'cast' tu!!)


orang yang tengah 'terbakar', minyak bukan penyelesaian, kadang2 air juga bukan penyelesaian.. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah...


cerita ini memang berkait dengan orang yang masih hidup. Aku mintak maaf kepada yang terlibat.. tp yang paling penting, pengajaran di sebalik cerita ini..

wallahualam.................

"Ya Allah, semoga kau kuatkan iman ku.. Kau lindungi ku dari amarah ku... "

**aku memang seorang yang baran... tp dengan orang yg tak dikenali, baran ku agak 'terkawal', but DO NOT trigger THE BUTTON!!.. aku tak suka nak hangin tak tentu pasal, sakit dada weihh.. BP naik, heartbeat racing.. tak best tak best!!**


---

Monday, December 21, 2009

jangan percaya..

suatu pagi ni aku tertonton sebuah rancangan motivasi tp dah hujung2.. basically aku pon tak sure dia cakap pasal apa.. tapi yang aku tersentap tu bila tiba-tiba statement beliau keluar

"jangan percaya dengan doktor yang cakap mak ayah kita dah takde harapan"
"bahaya ni doktor yang macam ni"
"semua nye kerja Allah..."


err memang betul semua kerja Allah..
kita sebagai manusia patut berusaha selagi mampu. Doktor pon bukan Tuhan.. tapi aku rase lagi BAHAYA kalau carik doktor yang bagi u 'harapan palsu'

doktor ni ada etika kerja sendiri. "Do no harm"

kalau pesakit kritikal, selalunye memang kena bagi family members tahu..

aku sangat la tak kenan kalu doktor yang cakap patient 'stabil' tp sebenar nye tidak. Aku lebih suka kalau family members diberitahu setiap detail/masalah pesakit dan juga pilihan2 treatment/management yang ada..

ini pernah terjadi pada aku sendiri 3-4 tahun lepas.
Abang ipar aku kritikal di ICU (bacterial pneumonia with meliodosis).

Asalnye dia hanya suspect demam denggi sbb cek darah memang macam 'dengue fever feature' (dari ujian darah -- low white cell count & low platelet counts). Dia pon memang tak lalu makan/minum & dah sampai tahap dehydrated dah..
Tp H** refused to admit him even for rehydration therapy. Ingat lagi aku masa tu baru balik dari cuti-cuti Msia ke Genting. Balik je terus kitorang visit dia and janji nak bawak gi check up kat H**M keesokan harinye.

Kat A&E, kitorang amik darah dia then 'admitted' him sekejap kat observation ward for IV drip ('masuk air) then plan balik kalu results darah tak teruk sangat.

Tp tup tup masa tu, glucose dia tinggi, cek paru-paru ada signs of infection (padahal dia takde complain batuk apa pon)..
Bila buat CXR -- the chest was quite bad, he was admitted straight away..

next day, kakak aku called cakap abang ipar aku sesak nafas & doktor kena masukkan tiub pernafasan... "masyaAllah, semalam takde la teruk sangat.." terus aku & DH ke hospital. Masa tu dia dah di 'intubate' and transfered to ICU...

masa ni lah aku rase sangat helpless.. memang aku tak boleh buat apa-apa, aku serahkan pada doktor pakar di ICU.. specialist yg treat abang ipar aku masa tu jumpa aku and interview aku sket. Then bagitau aku prognosis abang ipar aku. (which was not good lah kan)
then dia tanya aku "u want to tell ur sister or u want me to tell her??"
"no, u go ahead. You tell her please"

aku memang tak sanggup.. worse cos i know 'it' myself

so dia cerita dengan kakak aku dari A to Z.. what happened, how it happened etc.. then she told my sister what they had done so far and what they were going to do, their prediction as well as the possible outcomes...

bagi aku, itu memang sangat perlu.. ikut psychology, memang kita akan berada dalam 'denial state' masa memula terima berita buruk, tapi kalau berita buruk tu disampaika dgn cara yang betul, insyaAllah kita akan cepat terima keadaan.. tambah plak kita sebagai orang Islam, ada pegangan..

memang kakak aku & family lain sangat sedih!!! Tapi kami redha kalau itu ketentuanNya.. setidak-tidak nye doktor tu dah bagitau kami semua kebarangkalian (let it good or bad)..

tapi alhamdulillah abang ipar aku recovered setelah dekat 2 bulan dok ICU..

bayangkan kalau kami tak diberitahu apa yang jadi..?? atau bakal terjadi??

dan kalau sesuatu yang sebaliknye berlaku?? Tentu kami akan salahkan doktor kan??

well, that's the ugly truth..

bayangkan kami para doktor yang nak menyampaikan berita buruk?? Boleh anda bayangkan betapa dup dap nye jantung kami dalam nak memilih perkataan yang terbaik utk disampaikan?? silap2 ada plak yang kena tumbuk ke?? Tak ke haru??
masa aku keje kat A&E pon gitu gak... sangat la susah nye nak 'pilih' perkataan terbaik nak disampaikan pada family members bila patient passed away. Kalau patient cina, kena guna approach lain, kalu india pulak lain, kalau Melayu/Islam pon lain gaks...
language barrier pon masalah jugak.


Pernah masa memula aku kat A&E, ada satu kes ni, aku bagitau ngan family chinese ni
"sorry, mak you sudah 'takde'"

dia bleh senyum and ckp " oh.. sudah takde apape ye?? good good"

ehh aramak, aku salah pilih word la plak, then aku explain balik bebtul, dari mula mak dia datang A&E tu, masalah yang dia hadapi eg sesak nafas atau tak bernafas, takde degupan jantung etc. Then apa yang kami buat (eg intubate, CPR etc) then apa yang jadik eg no respond after 15-20 minit mencuba etc..
pastu baru lah amoi tu paham.. sorry lah kalu aku salah pilih perkataan terbaik..
sejak tu aku sangat berhati-hati bila nak sampaikan berita buruk.. owhh keje A&E memang banyak kena sampaikan berita buruk.. sungguh ku menci!!
susah wooo nak guna perkataan dan cara yang paling hikmah utk menyampaikan berita buruk tau...
back to the early part of this entry --- aku rase statement yang betul patut nya macam ni:
"carik lah doktor yang berterus terang dan dapat bercerita tentang semua perkara berkaitan penyakit & treatment / management pesakit"
"anda sendiri patut tanya apape saje yang anda nak tahu.. anda ada hak"
Tapi bukan tanya samada pesakit akan matikah? -- semua orang PASTI mati!
Bukan tanya 'Berapa lama pesakit boleh hidup?' Itu semua kerja Allah.. doktor mungkin boleh memberi prediction (prognosis) berpandukan penyakit/keadaan semasa pesakit tapi again-- semua terletak di tanganNya...
aku sendiri sangat 'senang' kalau pesakit atau family yang tau apa yang diorang nak tau (maknanye bertanya yang sepatutnya). Dan lagi mudah kalau memang ada 'ilmu' sket (tahu tentang penyakit serba sedikit). Tapi aku tak kenan kalau yang cuba 'challenge' ilmu medik / sains dengan 'myth' atau petua2 yang tak masuk akal atau info2 dari sumber yang ntah hape-hape.
(Sila berhati-hati kalu mencarik maklumat di internet. Pastikan sumber anda boleh dipercayai!)
mungkin kadang2 anda akan berjumpa dengan doktor yang 'menyakitkan hati', tidak sensitif, ataupon 'bolayan' tapi doktor pon manusia.. nobody is perfect! (cuma doktor2 yang macam tu, bukan salah ibu mengandung, tp memang perangai memang dah macam tu, tak dapek den nak nolong!)
malah pesakit mahupon keluarga pesakit pon ada macam2 perangai... earlier said, nobody is perfect.. kita hanya ambil mana yang betul, yang salah jadikan sempadan.
prinsip aku senang, kalau aku tak nak orang buat aku macam tu, aku takkan buat kat orang lain. Atau kalau sebelum aku cakap sesuatu atau buat sesuatu, aku akan cuba meletakkan diriku di tempat pihak yang lagi satu (try to put yourself in their shoes)
kalau aku kurang ajar kat orang, orang lain mungkin akan berlaku kurang ajar balik, tp mungkin bukan pada aku tapi pada mak aku ke abah aku ke family members aku yang lain ke.. sure tak nak kan??
(paham kah?)
so, tepuk dada, tanya selera..
"what u give is what u get"
wallahualam
---

Sunday, December 6, 2009

Coach Clearance Sale

pagi2 buta aku bangun untuk bersiap gi Coach Clearance Sale @ Armada Hotel..

memang dah planned dgn my SIL nak gi pepagi.. hehheh



at last berjaya 'pujuk' DH gi sekali (pas janji ngan dia nak layan pi tengok kereta)..



so, kul 8.45am gitu kitorg sampai kat Armada Hotel tu.. baya parking haram RM5 okeh..



memang ramai orang berduyun-duyun menuju masuk hotel tu.. dah agak ni mesti atas tujuan yang sama lah nih... isk



masuk dalam tu, depan pintu hall Nakhoda 1 dh 'packed'.. we all beratur agak belakaaaang la jugak.. sempat gak la borak2 dgn orang yg tak kenal yg sama2 beratur tuh.. kul 9 jenguk cam pintu tak bukak lagi.. kami dh tak keruan dah...



tup tup around 9.10am, kecoh2 kat 'depan'.. ropa-ropanya barang2 sume dah 'sold out'.. WHAT?? sape je yg sempat masuk...??



wahhh kecoh sungguh you... ramai x puas hati... mana tak nye, tak sempat apape dh 'tutup' pintu.. hampas kelapa betul kan..??/

aku & SIL tunggu jugak sambil 'gelak' tgk gelagat orang kat situ.. rase ada gak yg tahap mau pukul orang tuh.. tak puas hati punya pasal!!!

ada yang bising2 kata organiser penipu..

ada yang mintak balik refund parking (err parking hotel RM4 jugak tau.. cuba darab 200 kereta??!! rase ada lebih kot??)

ada yg 'bantai' budak hotel tuh -- err bantai = perang mulut lah bukan fizikal... at last barulah mamat organiser ni 'announced' bebetul yg all items sold out.. ramai x puas hati!!



bayang kan lah.. orang yg dtg awal dok bebetul depan pintu pon x sempat masuk..

lagi best aku tak nampak pon orang keluar dari bilik tu dgn bawak beg/barang Coach baru beli???!!! Adakah kami ditipu?? owhh tipah tertipu, bang, tipah tertipu!!



conclusion nye -- no Coach bag for me uhuk uhuk (betul ke aku nak beli kalu ye pon hehehe sebenonya nk jamu mata je...)

tp TAK PUAS HATI MEMANG TAK PUAS HATI...

ku hanya sempat 'jamu mata' dgn aneka Coach handbags yg orang lain pakai je hahahaha..........



ps aku tak jumpa connection cable camera so takleh nak upload gambo... ada aku snapped few pics masa tgh adegan 'panassss' tuh..


---

Thursday, November 19, 2009

@work

jam dah kul 5.45pm -- ku masih di opistal..

inilah nasib orang menumpang kereta orang... ehh nasib orang menunggu drebar...

cik abe ai tak abis keje lagi, terpaksa la ku menunggu.. tp okay jugak sbb ku dapat selesaikan case report #3 ku... yeayyyy... alhamdulillah

esok dah Jumaat -- owh sungguh sekejap rasenye...

minggu ni minggu yang agak sibuk sbb ku in-charge blood bench.. ye, fyi kalu kata in-charge blood bench mmg agak sibuk esp time pagi sbb nak kena tengok 'anak-anak' (read: kuman2) yang dibiak kan pd hari/malam sebelum.. pastu nak kena tepon wad, cakap dgn dr kat ward utk discuss ttg pt's management (eg antibiotics, further tests etc).. kadang2 tu penat memegang gagang tepon menunggu orang angkat atau naik lebam jari menekan nombor sbb asyik engaged je... (paham2 la pagi2 sume nak kena kasi settle kat wad tuh) sambil2 tu melayan panggilan2 drpd wad yang bertanya itu ini... owhh kengkadang rase cam receptionist pon ada...

tp apape pon, ku sangat suka keje ku especially bila berdiskusi dengan doktor2 di wad yang baik hati & 'mahu' berbincang ttg management patient... haku sgt tak suka kalu ada doktor2 yg mengambil kesempatan atau menganggap kami di lab tak de keje atau doktor 'low class'.. haku pon belaja sama macam u all jugak, 6 tawun jugak dok medikal skool, and now sama cam u ol jugak bertungkus lumus cuba menggenggam segulung lagi ijazah.. ewahh.. (apsal plak aku emo semacam nih??)

nway, apape pon, ku sangat suka dgn bidang yang ku ceburi...
sangat lah ku tak sangka buah cempedak menjadi nangka yang aku akan pilih MIKROBIOLOGI sebagai bidang kepakaran ku...

sebeno nya DH yang plan nak amik microb, aku nak jadi 'pakar O&G'.. tp ntah camane, masa dapat form utk apply trainee lecturer post @ microb dept, DH tak nak, so aku 'mencuba lah nasib'... dah rezeki agaknye, ku dapat post ni dan mula 'bercinta' dgn bidang ni... and nyata sekali ku memang jatuh chenta....

hahahah...

DAN ku tidak pernah menyesal meninggal kan wad kerana ku ada prioriti ku sendiri -- ku mahu lebih masa utk diri sendiri dan keluarga dan ternyata pilihan ku tepat... dan pada masa yg sama, ku masih dapat buat apa yang ku suka iaitu bidang klinikal & patients' management...

okay tu je, DH dah selesai and kami nak balik... babai


----
p/s Dian, esok apa plan??



.

Thursday, November 12, 2009

apesal ekk??

apesal bila bukak blog ni, cam tak 'update' je...??

meaning blogsites orang lain yang haku boh tepi belah kanan ni cam tak ber'update'.. cam sama ngan malam semalam nye.. bila bukak, actually ada yang ada citer baru??!!

iskk musykil...

Tuesday, November 10, 2009

2 down, 10 more to go

hahhahah...

itu adalah untuk case write-up ku..
ye ku ada 12 case write ups kena abiskan..
tp ku baru berjaya siapkan 2.. ada lagi soploh nih.. isk isk isk...

next week ada 'meeting' ngan boss.. patut nye dh submit 6.. uhuhuhuh.. janji tinggal janji... so nak kena siapkan lagi satu yg actually tinggal dlm 20% lagi.. u can do it, Norley!!

tp minggu ni nak kena 'trial run' ESBL PCR project aku tuh..
next week nak present journal lagi.. owhh journal tak carik lagi huwarghh...

owh.. haku ni asyik mengeluh je kan... saba je lah ye ihikss... memanjang la 24jam sehari tak cukup.. worang lain pon 24 jam sehari kan... uhuk uhuk uhuk...

Friday, November 6, 2009

bila takde... bila ade....

BILA takde maid…

Pening kepala tengok rumah sepah..

Kelam-kabut memasak, mengemas & uruskan anak2 dan DH

Tp senang gak hati sebab sume keje kita buat sendiri… penat tu tak yah cakap tapi MMG puas hati sebab anak2 mmg dengan kita je…


Bila ada maid…

Rumah kemas… bermop setiap hari. Turun2 takde la terpijak mainan yang sepah sana sini… dapur pon kemas tak berminyak sana sini.. sinki pon kosong takde ‘penghuni’

TAPI…

Pening kepala tang lain plak…

Pening sebab hari-hari dok mintak suruh belikan SIM card… “apa kau tak paham bahasa ke bila aku cakap tak boleh??”

Risau jugak tinggalkan anak2 kat rumah.. risau jugak dia lari ke hape ke…

Risau plak dia carik ‘cara’ lain untuk dapatkan SIM card…

Konklusi nye…
MAID INDON ni – memang tak boleh bagi muka, tak boleh dipercayai… sume naik lemak, nak ambik kesempatan aje…

Kita baik2 and berlembut ngan dia, dia pijak pale kita…

kita garang sket atau kurang berlembut, dia kata kita dera…

memang tak sedar diuntung!!!!

Padan muka kalau aku anta balik duduk je kat Indon tuh!!!! padan jugak muka aku jugak

Owh… sampai bila la kita ni nak bergantung dgn maid Indon nih???

Aku takde lah sampai terasa nak berenti keje.. sebab kalu berenti keje – income kureng.. pale aku pon pening sebab asyik ‘gaduh’ ngan anak2 je ehehhehe.. isk isk tok leh tok leh...


Cuma aku tak sabar nak abis belajar nih… huwarghhh…. Kalau aku takde status ‘student’ lagi sure hidup ku lebih aman walaupon tarak maid, kan kan kan….. (betulkah??)


---

Sunday, November 1, 2009

rambut...

my hair never a problem to me except 'postpartumly'..

the last time i cut my hair was 2+ years ago - when Haziq was few months old..
reason being as usual... gugur!! bersepah2 atas lantai, dalam bathroom, atas bantal everywhere...

since my hair is straight and 'sikit'.. it doesn't cause me trouble.. senang manage etc.. tambah plak pakai tudung, so no hal lah..

but since few weeks back... the 'problem' (read: keguguran) strikes again...

so yesterday was a 'finale'.. i asked my hubby to cut them off.. hahahhah bunyi ganaz je... mmg i told him to literally KERAT my hair.. kerat JUST below the shoulder. Bukan tak nak gi kedai, cos if gi kedai i'll sure terus 'boycut' potong pendek... tambah plak susah mau carik kedai yang bertutup aku yang tak reti nak carik!!

and he did... (bunyi dia mengerat tu mmg ngeri.. cam witch potong rambut rapunzel tuh..)
bayangkan my '2yrs old' hair dikerat sampai shoulder length... uhuk uhuk... (tp rambut ku walaupon 2 tawun, takde la panjang sampai pinggang pon... almost je)
but nope... i don't regret it... in fact i think that's the only way...
if not, lagi bersepah2 rambut sana sini...
even Faris sometimes 'penuh' ngan rambut esp bila nyusu malam or tergolek atas katil..

so, that's it... next hair-cutting tak tau la berapa tawun lagi... tunggu next 'post-partum' hairfall lah hahahhaha


----

Friday, October 23, 2009

my hectic week...

hmm.. i'm back at PPU*M this week..

tapi sedar2 hari ni dah jumaat..

isnin ~ catching up with my works..
selasa ~ catching up with my works..

rabu ~ start sikit2 case write-up #3, then in-charge immunology lab

malam plak, ada operasi besar --- hangkut freezer ku ke bilik. Sebab semalam (Khamis) kawasan rumahku takde elektrik 8am - 6pm..
kena selamatkan stok2 ku -- the only way was hangkut freezer sekali cos it was last-minute-notice & freezer@ dept was too petite to put my stocks..
unless kalau ku nak tempat kan stok2 precious ku di chiller room bersama2 media & reagents hahaha..

so malam tu pinjam Avanza jiranku owhh DH, we really need an MPV la yang... -- sib baik ada troli bagai, so we tried not to 'shake' the freezer too much.. so now the freezer is in my room @ opistal..

khamis ~ kat rumah, tepat kul 8.04am start takde elektrik.. punctual sungguh.. bagus bagus!!

aku plak kul 1030 ada amik praktikal undergrad kat KCKL... so 1/2 day kat KCKL... balik opistal, sibuk ngan screen requests and verify results immuno.. owhh bila aku nak study / siapkan keje lain nih??

tp ku HAPPY sebab parcel ku dari TBL sampai.. hehehhe
member ku order ringsling -- guess what?? Ku pon order satu -- kaler berrylicious you, mmg berrylicious!!! yummy... and also a 4-in-1 thermometer.. dah beranak 3 baru ku ada thermometer ihikss..

balik rumah sib baik letrik dah ada -- sibuk basuh baju and ngemas baju sebab jumaat BALIK KAMPUNG OOOOO BALIK KAMPUNG!!!!

ye.. Jumaat petang kami akan balik KB
sebab ku ada 2-days conference in Renaissance KB, so DH amik cuti kira cam balik kg lah.. kalau idak mmg tak merasa la balik kg!!!

kami akan naik flight- bebudak ni sangat excited.. ku jua!! hehehhe

tp baju tak abis packing lagi sbb banyak baju tgh bersidai termasuk la anak-anak dalam ku owhh

jumaat ~ pagi ni ada teaching kat UM... arghhh stress pikir nak pergi bawak keta & nak parking kat mana huk huk huk...
ingatkan tghari pas kelas terus nak cabut balik rumah, tp tak bleh sbb keje semalam ada yang tak abis lagi...

ahhhh.. ku sungguh tertekan minggu nih!!!
hope this weekend 'breakaway' leh kasi release stress sket... hmmmmmmmmmm


okay.............
tu aje..

sorry lama tak menghupdate blog ku ini..
sorry lama tak menghiasi blog ku dgn gamba2 anakanda2 ku yang ceria..
sorry lama tak melawat teman2 di blog2 anda..
sorry lama tak mengomen2 entry teman2..

semoga anda paham...........
terima kasih.......


---

i wish..

i wish for more than 24hours in a day...
i wish for more than 7 days in a week...


uhuhuhu... time flies fast...
am still 'terkial-kial' trying to finish up what's been delayed for quite some time... BUT i failed!!!

arrghhh...

i wish i could do something about it!!!

but the only thing that i can say to myself --

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!

BAD TIME MANAGEMENT!!!!!



---

Saturday, October 3, 2009

datang raya

tadi ada 3 orang budak (dalam umo 7-9 tahun) datang raya rumah ni...

aku tak kisah kalu nak datang raya tapi yang tak sedap nye, datang macam penyagak pon ada.. sorry to say that, tp biar lah proper berbaju raya etc...

- ni datang ngan baju biasa je (read: comot) - takde ropa nak datang beraya tp cam dtg nak merompak!!

- tekan loceng rumah cam nak tercabut loceng tu.. (keep pressing though aku dah suruh berenti picit sbb nak bukak pintu!)

- aku lambat bukak pintu, leh diorang nak panjat pagar tuh -- hampeh kan??!! kan aku dah kata macam penyamun!

- masa aku tgh tanggalkan anak kunci dari mangga kunci tu diorang dah menolak pagar tu nak masuk dalam rumah iskk

- masuk rumah aku cam masuk rumah sendiri -- terus buat cam rumah sendiri and terkam laptop aku (biar benar!!)

- hidang minuman / kuih -- 2 orang tu seronot sbb aku bagi minum air ribena kelasss auntie ni!! . Lagi sorang tu suka dgn satu kuih tu siap tanya "acik buat ke kuih ni sedap laaa.."
"alahai nak oii... acik ni beli je, mano la sempat buat.."

lagi sorang tu siap cakap " air tu sejuk tak?? saya tak leh minum air sejuk. teh 'O' panas takpe.."
lorat kan diorang ni... anak sape ntah??!!

- nampak plak mainan bebudak ni diorang sibuk main plak... isk ni ada yg berkampung kat rumah ni plak ni. So aku naik amik duit raya...

- pehtu nak guna telefon nk tepon mak plak... Ya Allah... geram gak aku. Tp takpe lah aku bagi je lah. So dia tepon ckp kat mak dia, dia ada kat rmh ni.. (dh la dial no HP, sabo je lah)..

- nway, ku berjaya halau buat diorang balik pas aku paksa abiskan air n hulur angpau raya... tp dan-dan melangkah keluar pintu rumah (belum keluar pagar taww..) diorang bukak angpau and seronok dgn nilai yang tak seberapa yang aku bagi DAN campak sampul duit tu depan pintu rumah aku... sabo je lah...

- keluar je rumah gi berlari2 ke arah mamat guard yang menjaga booth guard dekat depan rumah aku tu....

- pastu mak budak tu call rumah aku and tanya rumah aku kat mana and pesan soh anak dia tunggu sebab dia nak jemput anak dia balik. Apakah???


so conclusion nye.. raya sekarang dah tak macam dulu. Cuma yang masih sama adalah bebudak pegi beraya rumah orang tak kenal utk kutip duit raya. Tp penghayatan ttg raya tu tetap ZERO! Budi bahasa ntah ke mana..
aku pon pelik la ngan bebudak zaman lo ni...
harap2 anak-anak aku tak jadi gitu.
Biar diorang tak pegi beraya drpd pegi beraya and dikutuk orang sebab tak berbudi bahasa... yang disalahkan tentu lah mak bapak kann.... buat malu mak bapak je!!
ini ntah-ntah mak dia pon tak tau yang dia kuar beraya ke rumah sape2 ntah...
lagi pon, aku rase dah tak selamat bebudak ni keluar beraya sendiri... zaman sekarang ni ada macam-macam orang... na'uzubillah

so kepada parents out there --
*tolong prihatin dgn kegiatan anak2 anda...
*kalau ye pon nak beraya, tolong ajar diorang kenapa pegi beraya bukan utk kutip duit raya semata-mata
*kalau boleh tak yah la bagi beraya sesama sendiri ke rumah yang tak dikenali.. utk elakkan perkara2 buruk terutama untuk anak2 pompuan (anak2 lelaki pon bahaya jugak)
*gi je lah beraya ngan family ke rumah jiran tetangga

nway, ku tak kisah kalau nak dtg beraya... Haziq & Fatini seronok je bila orang datang beraya. Lagipon tetamu datang rumah kan bagus... membawa kuar dosa2 rumah kita.... tp berbudi bahasa lah....

nota kaki:
kami pon belum beraya rumah jiran2 depan rumah (jiran sebelah rumah sume
cina) -- hari ni hubby on call. Nak gi open house pon tak dapek ada 4 tau
jemputan isk..



---

100th entry

sedar tak sedar (ewahh.. ala-ala lagu Ziana & Awie plak...) dah entry ke-100 dah.. banyak gak aku merapu ehh??!!

well i started blogging since March this year.

Masa tu ku banyak spent time masuk susuibu.com sbb menuntut ilmu ttg breastfeeding. And since then, i've been bloghopping to other mommies blog. Banyak informasi yang ku dapat... ku juga dapat ramai kawan di alam maya di sini...

selain tu ku mula berjinak2 dgn CDs... memula asal nak berCD utk Fatini time malam.. so, ku mula mencarik info2 ttg CD jugak...

dan dari bloghopping gak ku mula kenal 'babywearing'..

konklusi nye, we are back to good 'ol days..

dulu-dulu mak-mak kita pakaikan kita kain lampin -- now kita plak mula pakai 'kain lampin' (cloth diaper) balik...

dulu-dulu mak-mak kita mmg menyusukan kita dgn susu ibu, tp pastu sibuk zaman susu formula -- tp sekarang kita balik ke zaman mempopular kan susu ibu balik...

dulu-dulu ada mak-mak kita yang mengendong kita guna kain batik, pastu ada plak bibik2 yang mengendong anak-anak majikan guna kain batik -- sekarang kita popular kan balik zaman 'gendong-mengendong' nih , tp lebih moden guna ringsling lah, pouch lah, mei tai, SSC dan macam-macam lagi...

apape pon, dari pembacaan, pengamatan dan pengalamanku yang seciput nih...

SUSU IBU mmg the best.. alhamdulillah sudah 3 bulan lebih aku masih berjaya exclusively BFing my Faris..

dan aku berjaya mempengaruhi beberapa orang member seperjuangan ku agar BF baby diorang. Frankly speaking, kawan2 ku macam aku gak, mmg sedar sangat2 la kebaikan susu ibu ni, tp sbb kurang nye ilmu pengetahuan ttg BF tu yang agak 'failed' tu...

and alhamdulillah rutin kerja kami di lab tu agak mengizinkan kami meneruskan niat murni BFing dan mengepam sekerap yang mungkin...

and aku kengkadang tu jadi 'consultoid' tak bertauliah plak bila ada yang bertanya ttg tips2 mengepam dan menyimpan susu ibu nih.. ku cuba membantu sebaik mungkin.. ku pon budak baru belajar... sama-sama bertatih lagi... pape pon, ku bangga kira nya ku dapat membantu..

dan ku sangat bersyukur jika segala usaha ku utk BF ni mendapat sokongan dan jadi motivasi pada orang lain... hmmm jangan main2 sebab freezer pantry kitorang tu mmg penuh ngan EBM. So far ada 6-7 orang gaks yang giat mengepam kat jabatan aku tuh.. and yang coming soon pon ada gak 3-4 orang...

Aku je simpan EBM dalam fridge bawah (not freezer) and now ku keep telling orang lain, better simpan dalam chiller drpd freeze kan terus and citer ttg tips penyimpanan EBM... and ku rase pas ni, penuh plak kat dalam peti ais tu jgn ada salah amik EBM orang lain udah...


ttg CD plak, ku baru pengaruhi 2-3 orang (tu pon member2 MO aku je). Tp ku tak mahu memaksa, biar terbuka hati memasing sbb honestly CDing ni mungkin tidak mudah utk semua orang...

mungkin ada yang kata 'malas' nak membasuh tp kadang2 perkataan 'malas' tu lebih kpd simplifikasi kepada kekangan2 lain.. contoh nye -- bagi ku sendiri.. mmg tidak mudah bila ku takde maid. Anak baru 3 orang tp ku rase urusan rumahtangga sangat mencabar, ditambah dgn status ku sebagai pelajar sepenuh masa tp masih bekerja / servis seperti biasa.

Honestly, di rumah, ku mmg tak sempat langsung nak mengadap buku. Bak kata member ku, beg ku yang pandai sbb nye buku dok dalam beg je usung ke sana sini tp tak sempat bukak! arrghhh...

kita tak boleh samakan diri kita dgn orang lain... bila orang lain boleh buat, bukan bermaksud kita tak boleh buat tp bukan jugak bermaksud kita boleh buat (ehh apa aku melalut nih??) apape pon, masing2 sila tepuk dada tanya selera....

babywearing plak -- ku masih belum fully utilized this BW.. honestly kekadang ku rase pakai stroller lagi senang. Jadinye, tu sume bergantung pada niat masing2.. bagiku, ku try BW kalau boleh, tp kalau keadaan kurang mengizinkan, ku hangkut je stroller (tp aku bukan selalu keluar pon.. kalu shopping, baik ku kuar sorang2 dgn member2 time lunch.. sbb leceh la nak bershopping dgn 3 orang budak ni, drpd diorang hilang kat shopping complex baik aku kuar sorang2... betul tak??)

okay, that's my 100th entry.... updates on my niat asal ber blog nih....

apape pon, harap entry2 merapu ku dapat menjadi bacaan ringan utk orang lain. Harap tak ada yang terasa hati dgn penulisan ku.... ku menulis bukan kerna nama ehh....

okay...............

babai.......


---

Thursday, September 24, 2009

10 things i hate about...

kalau '10 things i hate about you' movie i really love it...

but this is '10 things i hate about holidays'...

1) pas cuti panjang -- sangat liat nak start keje balik

2) paling tak tahan kalau nak kena basuh baju yang bertimbun..

3) bebudak ni pon sangat liat nak ke nursery balik

4) Faris tak nak minum EBM guna botol --- ye.. inilah yang paling aku tak suka...!!! **nanti aku story panjang**

5) bila pam BM, tak sebanyak yang biasa. Tak tau kenapa.. semalam start keje, 2x pam dapat 14 oz je. Selalu dekat 17-18oz jugak

6) susah betul nak adjust balik rutin kat tempat keje. Sebab nye, aku bukan sahaja pekerja, tp juga seorang student yang tak siap2 lagi keje nye

7) nipple aku cracked -- dedua wooo

8) apa lagi ye?? entah laa..

9) nak kena tulis sampai soploh gak ke??

10) aku saje je guna title tu sebab sedap... hahahha


---

Friday, September 18, 2009

mesti pelik kan??

mesti u all pelik kann...
dekat-dekat cuti raya lagi ku galak buat entry????

orang lain ku rase ramai yang dah tak heran nak memblog dah time nih..

sebab-sebabnye:
1) ku masih gagah gi kerja... sedangkan orang lain mungkin ada yang dah sampai kampung halaman

2) kat tempat kerja lak ku tak handle bench yang critical..

3) lagi plak, ku buat-buat tak tau yang case write-up ku #2 tgh terbengkalai... yang #3 still tak start and #4 history pon tak korek lagi sedangkan sume tu kena submit by end of this month... (adakah aku perlu menjerit?? owhhh tidak... pas raya baru ku jerit..!!! hahahha)

4) member sebilik aku dah lama start cuti, so aku leh conquer pc ni sorang-sorang hahahhah

5) yang ultimate sekali -- aku keboringan dan takde mood nak buat pape



Jadi korang nak atau tak nak, korang layannn je lah..


---

beng*ng tak??

pagi ni pas sahur ngantuk sgt so aku pon zZzzz balik..

bangun pas solat baru teringat nak suruh Fatini bagi kad raya kat teachers dia kat Smart Reader. Kebetulan ada lebih kad raya tahun lepas.

So, kejut la dia paksa tulis kad raya dalam mamai-mamai tu.
Pastu Faris lak nangis nak nenen la kann apa lagi??

ku lari mandi dulu.. pas tu baru nenenkan Faris & suruh Fatini mandi sbb sure lambat anta gi nursery nih (selalu anta by 7.15 so penjaga dia mandikan kat nursery je since van sampai kul 8 lebih).

So dia mandi sendiri sambil ku BF kan Faris.
Haziq daddy dah bawak turun & tgh khusyuk tgk TV.
Sambil tu terjerit2 la ku suruh Fatini keluar dari bilik air tu (standard la tu kan, aku ni kalau tak jadi orang jadi tarzan agaknye..) ntah berapa kali dia sabun ntah??!!

so siap2 kan diriku & Fatini pon siap2 pakai baju sekolah.
Mmg dah lambat -- kul 8 baru lah kuar rumah. Tu pon aku hampir gi keje dgn selipar jepun!! (beng*ng #1 kan??)

sampai lak kat nursery, cikgu dia tanya
"Fatini sekolah ke hari ni, kak"
aku dgn muka kerut tp confident je jawab "sekolah lah"
pastu pikir balik & tanya balik "eh sekolah ke ye??"

"ada sorang budak tu cakap dia dh start cuti hari ni"
"ehhh a'ah laaa.. kan hari tu announce Jumaat cuti sekolah"
kami dedua gelak.. tp ku lagi sakan la gelakkan diri sendiri (beng*ng #2)

Fatini tak puas hati sbb dia nak bagi kad raya kat teacher dia.. hahahha.. sorry my dear, mummy mu mmg beng*ng hari nih!!

tp dalam tak puas hati tu, ku masuk kereta, tepon sekolah dia.. of course la tak berangkat...
pastu ku tepon member aku (anak dia pon satu eklas dgn Fatini)
member aku cakap "cuti lah.. kan ada tulis dalam buku notis dia ari tu??!"
"eh ye ke?? Bukan dia tulis start esok cuti ke??"

ku sangat tak puas hati sebab sekolah Fatini ni, suka bagi surat announcement tampal dalam buku 'communication book' dia.. tp selalu dia bagi satu hari je, next day dia amik balik..
aku ni plak jenis short-term memory yang agak weng fius nye... harus la ku tak sempat hingat tarikh2 keramat tuh!! beng*ng #3 kan!!!!

lagi satu ku tahu dia ada Jamuan Aidilfitri pas raya.. hahhhh tanya lah aku bila tarikh nye??? SAH LA AKU TAK INGAT!!!!
tanya DH?? Lu rase dia nak ingat ke tarikh2 tu?? Kalau ingat mmg wa tabik spring toing toing la... anak start cuti hari ni pon dia tak tau 2 x 5 la weihhh

hmm... beng*ng day.......... harap beng*ng tak kekal sepanjang hari!!! amiiinnnn


---

Thursday, September 17, 2009

naik hangin..

ye aku tgh hangin sekarang ni...
rase panas je telinga aku kiri kanan nih...
jantung aku rase nak terkeluar dah dari dada nih...

geram betul la dgn orang yang KEREK nih!!
apa dia ingat dr kat lab ni takde keje ke??
kalau nak mintak tolong tu pepandai la berbudi bahasa sket.. ni cakap macam orang tak sekolah!!!!@#%!#&(#

ye aku mmg tgh geram sangat sangat dgn sorang DR kat wad nih!!
actually this was not the first time dia buat cam tu..
berlagak bukan main!! macam la superior sangat.. macam la pandai sangat.. kau pon MO jugak tau tak!!!!!!

boleh dia nak mintak results patient tapi tak 'berbudi bahasa'??!!! boleh marah2 plak bila aku kata culture dia negative??!! Apa kau gile ke apa??? Dah negative dah la, aku nak buat apa lagi?? Pastu nak menakutkan aku dgn nama consultant dia.. apa ingat aku takut ke??? pastu at the end conversation tu dia leh cakap,
"Siapa ni??"
"Dr. Norlia here"
"OK, i'll write down 'spoken to Dr. Norlia culture no growth'"... dgn nada menyindir.. apa ingat aku takut ke kalau boh nama aku dalam chart patient?? Kalau patient mati bukan salah aku, tp salah kau sebab berlagak!!!


okehh... itu saje sesi meluah perasaan aku!!! mmg geram gila... Allah je yang tau betapa geram nye aku kat mamat ni (ye mamat ye kawan2... aku jarang jumpe lelaki berlagak tp yang ini mmg ultimate nye berlagak!!!) -- aku nak sangat jumpa ngan empunya badan Dr. H**a namanye (nama dh la cam pompuan berlagak plak!). Hensem sangat ke?? Pandai sangat ke?? So aku leh cakap kan depan muka dia "ohhh ini lah Dr. H**a yang berlagak tu ye??"



APAKAH???

--- bulan pose yang mulia ni dia saje mencarik pasal ngan orang kan??

Kekadang tu aku pelik dgn manusia ni (esp orang ISLAM -- bukan la semua, tp segelintir), kenapa susah sangat nak berbudi bahasa... esp dgn orang yang u nak mintak tolong atau orang yang tak dikenali??!!! Susah sangat ke nak cakap bebaik????? kadang2 ku rase kafir kat oversea (read: omputih) tu lagi hormat dgn kita (tp diorang bukan la baik mana pon, cuma kalau dgn orang baru kenal mmg tip top budi bahasa -- kebanyakan nye ye)



nway, SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN2 YANG SAYA KENAL melalui blog anda DAN JUGA MENGENALI DIRI SAYA juga melalui blog .. walau tak pernah bersua muka, tp rase macam dah lama kenal... i am glad that i have frens like u (isk.. mode mengesat air mata la pulak...)

ok, babai....


---

Wednesday, September 16, 2009

maid nak balik...

semalam dapat sms dari maid ku

"Aslmk, kak insa alloh bulan 10 sy datang.bolehkan kan?"

dari last week lagi dia tanya kalau dia balik awal boleh ke tak?? (patut dia balik sini balik bulan doblas)

bincang ngan DH, dia pon tak kisah je..
cuma yang ku tak puas hati sbb DH lom tuka lagi no tepon rumah tu
dah dekat 2 bulan dah aku suruk dia tuka.. ni yang aku nak hangin nih!!

aku mmg tak kisah dah, sbb dah terbiasa lak rutin takde maid.
Tapi kalau dia balik pon ok gak, terurus sket rumah tu and dapat ku and DH (especially) study.
Cian gak ngan DH sbb dia final exam April nanti, mock exam selalu in January. Tp aku tengok dia lepak gile.. baca buku sambil tido lagi (hahahha, jgn mara yang ye...)

aku pon ada banyak case write-up yang aku 'hutang' dgn cikgu ku

nway, tadi survey airasia.com, leh tuka tiket (aku tak tau pon leh tuka selama nih ahahhaha)

kalau tuka hujung2 bulan soploh tu ku kena add dalam RM156, awal bulan seblas kena tambah dalam RM94 sbb tiket tak jauh beza
Untuk pengetahuan anda yang tak tau (cam diriku sebelum ini ye...), 'changes fee' kena RM75, then baya la beza tiket tu.. kalau pandai carik yang lebih kurang harga, takde la banyak sgt kena tambah kan...

so, ku book kan dia awal bulan seblas lah..
bagi settle bebudak kat nursery sebulan lagi...
lagi plak, 24/10 tu we all balik KB. Ku ada "Infectious Disease Conference" on 26th - 27th Oct kat Renaissance KB. So alang-alang tu balik kg lah sbb raya ni tak balik KB pon..

well......................
ku masih ada rasa sakit hati kat maid ku ni sbb time orang betul2 perlukan dia, dia buat hal plak?? Masa baby ku kecik tu lah dia buat hal.. sekarang Faris dah besar, dah pandai etc sedap lah dia!! kalau ikut hati mmg malas nak layan.. lantak kau laa.. ingat aku tak leh nak survive takde kau ke???

tp sbb status ku masih bergelar 'student' ku kena pasrah..
kalau ku suami isteri setakat pekerja gomen takde masalah pon takde maid (penat mmg lah, tp family & anak2 sendiri, kan)..
cuma bila student ni, nak kena attend conference, kena on call, nak menyiapkan projek/thesis/case write up etc, dgn adanye maid dapat la meringankan sikit beban tu... maknanye ada la orang yang boleh diharap tengok2 atau main2 ngan budak tu (walaupon anak-anak ni perlukan quality time dgn daddy and mummy dia!!!)



nway, ku pasrah je dgn keadaan... insyaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnye... there's always blessings in disguise....

Thursday, September 10, 2009

takde pon??

hmmm... sape yg dh check account dia???
takde pon masuk gaji??? kata masuk hari ni 10/9/09???

peliks bin ajaib...
selalu by midnight ke gitu sure dah masuk..
ke maybank2u.com ni lambat update??

kenapa plak ku sibuk2 nak tgk gaji???
sebab:
1) nak tgk duit on-call masuk tak??
2) nak tgk arrears elaun kritikal masuk tak?? - janji masuk bulan nih??
3) kalau 1 + 2 masuk, nak tgk plak baper aku kena baya PCB?? ceitt dah tolak zakat pon kena lagi??
4) selepas perkara 1+2+3, leh la budget simpan duit bulan soploh dan berbelanja lagi yeayyy... haru weihh kalu terover bajet..
hahahha bulan soploh pon dapat gaji awal sebeno nya, bulan seblas la kita sama2 termenung kalu bajet lari... nak makan serbuk kuih raya pon ntah ada ke tak??? ahakksss

by the ways,
SELAMAT MENGHABISKAN SAKI-BAKI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI...
ohh ku kena muhasabah diri, sebab nye ku tak rase Ramadhan ku tahun ni lebih baik dari last year, tahun depan ntah sempat ke idak wallahualam.. uhuk uhuk...


---

Thursday, September 3, 2009

adakah aku...?

balik rumah terus singsing lengan... baju keje pon tak sempat salin...
buat keje rumah macam sotong...
penat kat tempat keje pon tak lepas lagi...

adakah aku isteri mithali?? (sebab buat keje rumah dan memasak utk suami???)

tapi ku biarkan anak2 main sendiri...
si kecil ter'kuak-kuak' mintak didukung atau disusui...

adakah aku mummy yang kejam?? (sebab biar kan anak2 layan diri sendiri??)

atau...

bila balik je keje.. ku terus duduk goyang kaki..
sambil layan si kakak dgn buku bacaan atau homework nye..
layan si abang main thomas the train atau tengok kartun @ astro ceria..
dan layan si kecik nenen sambil mengagah2 dia...

adakah aku mummy yang baik?? (sebab pay attention to the kids???)

tp ku biarkan si suami makan masakan kedai???
tp ku biarkan baju tak berangkat dari ampaian...
ku biarkan baju kalau berangkat dok diam atas sofa minta dilipat??
ku biarkan rumah macam tongkang pecah??

adakah aku isteri pemalas???

ohhh itulah dilema ku hari-hari...

selalunya situasi 1 lah yang ku buat..
masak tu tidak laaa... sbb ku beli je lauk-pauk kat kedai -- mana sempat masak woo..
tp sayur kalu sempat ku masak sendiri...
selalu Faris akan senyap melayan diri.. sampai la pukul 7 baru dia akan nangis mintak dilayan atau nenen...
cam tau-tau je time tu selalu ku dah hampir selesai keje rumah...
masa tu lah ku dapat duduk rehat kan diri... ohhh penat GILOS!!

pas maghrib, kemas2 lagi.. kul 9 baru lah selesai... dan aku sangat2 mengantuk and selalu naik tido.. by kul 10 mmg dah KO..




adakah aku seorang yang tidak bersyukur kerana asyik mengeluh?????
ohhh tidak.. ku sangatt bersyukur dgn hidup ku... cuma ku tensen bila penat... bila penat ku tak dapat buat apape... bila penat, ibadat pon kurang, dosa plak banyak sbb asyikk mengamuk je dgn anak2 dan suami....
ramadhan ni, ku belum dapat lagi nak bertadarus.. tak dapat nak terawikh tanpa melawan mengantuk.. kadang2 tak sempat pon terawikh ..

ohh.. that's life... masa masih 24 jam sehari... pandai2 lah...
"lu pikir la sendiri, Norley!!!!"


---

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails