satu - sbb mmg tahun ni turn raya sini, last year dah raya di KB.
dua - sebab ku takde cuti -- dh abis guna pas bersalin Faris itu hari.
tiga - sebab takkan la nak raya sendiri2 di Cheras kot???
Kami balik Gombak
Aku pulak di rumah dgn bebudak comots mem'packing' barang utk 'balik kampung'
Pas sahur tu ku dah siap isik kuih raya, kuarkan gelas raya, dan kemas2 dapur.
Tahun ni raya ku ala kadar sahaja..
Sampai rumah mak, ramai jugak yang dh ada. Adik ku #10 tgh pulun jaga lemang and ketupat.. abang #7 tgh terbaring kepenatan gamak nye.. di dapur, mak ku sorang2 pulun kat dapur, yang kejap-kejap dibantu oleh kakak-kakak ku #5 dan #8. Anak2 sedara ku (takyah la ku nomborkan mereka kerana memerlukan no 1 sehingga 35, pening plak karang) pon ramai yang menyibuk dr menolong!!
Tahun ni kakak #4 raya di KT, abang #6 beraya di Melaka. Kakak ku #3 lak on the way dari KT. Abang #1 di rumah nye sahaja, abang #2 plak, tahun ni Aidilfitri ke3 kami tak dapat beraya bersamanye sebab beliau telah pulang ke rahmatullah pada 30 Syaban 1428 krn kemalangan motor... (alFatihah utk beliau..)
[errr.. dari nombor2 di atas, sila lah teka saya #berapa ye???1]
aku sampai2 cam mandur -- menengok2 apa yang ada, dan apa yang boleh dibantu... at last ku tolong potong daging 7kg utk masak rendang. Emak sibuk menyiapkan segala bahan2 utk buat kuah kacang, rendang dan ayam masak merah -- ini mmg menu wajib kami. Menu tambahan adalah kuah lodeh (kakak #8 buat sbb suaminye orang Johor 'mewajibkan' menu ini).
Kakak #5 mak amanahkan masak lauk2 utk buka...
buka terakhir Ramadhan ini, kami berbuka ala-kadar tapi meriah sebab ramai... berbuka gilir-gilir sebab kerusi tak cukup, ada jugak yang berbuka ala-ala bufet.. tp kalau ngadap lauk-pauk atas meja lagi best kan??
anak-anak ku??? hmmm.. diorang kalau balik rumah nenek Gombak, mummy & daddy leh lepas tangan sbb ramai 'bibik-bibik' tolong layan... sebab diorang je yang paling kecik.. anak2 sedara ku yang lain sume dah besa panjang
Malam tu, anak2 sedara pulun main bunga api & mercun..
isk aku lemah betul la dgn mercun2 ni.. buat terkejut2 je!!
yang lagi hayun, ada anak sedara haku beli mercun cina yang panjang kaler merah tu.. sabo je lah...
tgh dok membakar bunga api yang lawa2 tu, polis lak mai buat lawatan sosial.. hahh pandai plak lari masuk & sorok mercun tuh.. isk kalu kena tangkap tak pepasal je...
TAPI lepas je polis tu blah, diorang bantai bakar mercun tu... memang memekak!! Anak2 aku tak join sbb penakut!! (tapi elok jugak, takde la menyibuk nak main mercun bagai)
malam tu ku lena awal sket sbb
nway... tak saba nak bangun pagi beraya nanti........................
Tahun ni raya pertama buat Faris, raya ke3 buat Haziq, raya ke5 buat Fatini, raya ke7 kami sebagai suami isteri DAN raya ke6 kami di M'sia...
---
No comments:
Post a Comment