Wednesday, September 16, 2009

maid nak balik...

semalam dapat sms dari maid ku

"Aslmk, kak insa alloh bulan 10 sy datang.bolehkan kan?"

dari last week lagi dia tanya kalau dia balik awal boleh ke tak?? (patut dia balik sini balik bulan doblas)

bincang ngan DH, dia pon tak kisah je..
cuma yang ku tak puas hati sbb DH lom tuka lagi no tepon rumah tu
dah dekat 2 bulan dah aku suruk dia tuka.. ni yang aku nak hangin nih!!

aku mmg tak kisah dah, sbb dah terbiasa lak rutin takde maid.
Tapi kalau dia balik pon ok gak, terurus sket rumah tu and dapat ku and DH (especially) study.
Cian gak ngan DH sbb dia final exam April nanti, mock exam selalu in January. Tp aku tengok dia lepak gile.. baca buku sambil tido lagi (hahahha, jgn mara yang ye...)

aku pon ada banyak case write-up yang aku 'hutang' dgn cikgu ku

nway, tadi survey airasia.com, leh tuka tiket (aku tak tau pon leh tuka selama nih ahahhaha)

kalau tuka hujung2 bulan soploh tu ku kena add dalam RM156, awal bulan seblas kena tambah dalam RM94 sbb tiket tak jauh beza
Untuk pengetahuan anda yang tak tau (cam diriku sebelum ini ye...), 'changes fee' kena RM75, then baya la beza tiket tu.. kalau pandai carik yang lebih kurang harga, takde la banyak sgt kena tambah kan...

so, ku book kan dia awal bulan seblas lah..
bagi settle bebudak kat nursery sebulan lagi...
lagi plak, 24/10 tu we all balik KB. Ku ada "Infectious Disease Conference" on 26th - 27th Oct kat Renaissance KB. So alang-alang tu balik kg lah sbb raya ni tak balik KB pon..

well......................
ku masih ada rasa sakit hati kat maid ku ni sbb time orang betul2 perlukan dia, dia buat hal plak?? Masa baby ku kecik tu lah dia buat hal.. sekarang Faris dah besar, dah pandai etc sedap lah dia!! kalau ikut hati mmg malas nak layan.. lantak kau laa.. ingat aku tak leh nak survive takde kau ke???

tp sbb status ku masih bergelar 'student' ku kena pasrah..
kalau ku suami isteri setakat pekerja gomen takde masalah pon takde maid (penat mmg lah, tp family & anak2 sendiri, kan)..
cuma bila student ni, nak kena attend conference, kena on call, nak menyiapkan projek/thesis/case write up etc, dgn adanye maid dapat la meringankan sikit beban tu... maknanye ada la orang yang boleh diharap tengok2 atau main2 ngan budak tu (walaupon anak-anak ni perlukan quality time dgn daddy and mummy dia!!!)



nway, ku pasrah je dgn keadaan... insyaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnye... there's always blessings in disguise....

1 comment:

DNNA said...

Ya betul Norley ...
Ada hikmahnya tu ...

OiTs Mr Ju*N - Sila la tukar no talipon rumahmu ke no lain yang lebih cantik bagi mengelakkan pisang berbuah dua kali ...

Sekian, terima kasih ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails