Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA

esok dh masuk keje balik... err last week pon dh keje sebona nye cuma macam orang tak keje je..


esok bebudak gi nursery balik... camane lah Faris nnt?


esok Fatini sekolah balik - tp dia happy je...


ni nak share sket gamba2 time raya...


salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga ye...




we all theme purple -- ramai plak yang amik purple/maroon this year




bersalam-salaman, bermaaf-maafan...




Aidilfitri kami yang ke-7 sebagai suami isteri :D




Faris & Fatini dengan Pakcuk Amin








bebudak ni abis je bersalam, dah mengira duit memasing... sabo je lah






Faris & Atuk




2nd day raya -- visit kubur arwah Abang Enal




Fatini & Haziq with the cousins and 'anak2 sedara' cucu2 sedara ku




Faris tersenyum gatal di sebelah anak dara orang -- tulah cucu sedaraku no 6 (2weeks older than faris)




tadi sengih... ni nak nangis plak



SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI JUMPA RAMADHAN & SYAWAL 1431 LAK... INSYAALLAH....................


---

Saturday, September 26, 2009

Faris tak nak botol - part II

pagi ni dia bangun2 je tido, cuba bagi EBM guna syringe.
tactic nye bagi before dia ngamok kelaparan.

TAPI....

dia sembur2 je susu tu..
geram betul.. rase 1oz tu takde pon masuk perut dia..

lama-lama tu dia terus ngamok nangis sampai keluar air mata...

so dukung dia and terus mandikan.... cam biasa lah, kalau mandi tu sonot la dia...

pas mandi, aku still tak bg dia direct BF. Elok lak dia dok diam..
kesian jugak..

dia dh mula merengek-rengek tp aku tgh sibuk2 kat dapur sbb ada member nk dtg raya rumah..

tengok-tengok SIL tgh dukung dia.. pastu terus lena...

masyaAllah kesian nye... kijam kah aku??

amik terus susu kan dia, then dia sambung tido...

owhh.. ku rase Faris ku sungguh 'keras hati' sebab dia sanggup berlapar drpd isap botol!!!


gambar sehari sebelum raya -- besaQ dah anak mummy..

tolong lah sayang jangan 'dera' diri!!! Moga-moga Isnin nanti dia sedar diri tau yang dia kena isap botol jugak-jugak...


nota kaki
- TQ pada yg sudi memberi pandangan & komen..
- cracked nipple ku makin ok, walaupon tiap kali Faris isap muka ku masih 'mengenyit-ngenyit' kesakitan.. thanx to the Avent breast shell!! (cuma tak tahan 'leaking' everytime pas BF Faris ku selalu lupa and terus 'menonggeng' keh keh keh

---

Thursday, September 24, 2009

Faris tak nak botol

hmmm... ini adalah cerita biasa bila lepas cuti panjang hatta cuti weekend..

banyak kali penjaga kat nursery bgtau, hari isnin mesti dia refuse botol. Kadang2 mogok lapar tido tanpa minum susu
Tapi bila dah lapar dia akan minum gak

Tapi this time lagi teruk...
Bila aku on call raya ke3 ari tu, DH cakap Faris mmg taknak minum botol. Tapi at last minum gak. Tapi takpe lah sbb aku tinggalkan dia less than 3 hrs je.

Semalam aku keje, tinggal kan dgn kakak aku (kak Lang) kat rumah mak, Kak Lang cakap ok je. Mmg la tak nak minum tp last-last minum gaks. So semalam aku tinggalkan dia from 8 to 4, dia minum 2 botol je -- tp bagi 3x

Hari ni, aku keje, DH jaga bebudak comots 3 orang ni. Aku pon gi keje lambat banyak sket. Bila aku tepon, DH ngadu cakap Faris mengamuk2 tak nak minum langsung!
2 botol EBM buang gitu saja.
Aku balik kul 1, Faris tgh tido (DH muka tensen je).
Bangun je dia terus mengamuk2 lagi.. mmg tahap budak kebuluran. Aku try bagi EBM yang tgh panaskan, tp mmg dia tak nak tahap cipan

Aku tak nak bagi direct sbb aku sekarang tengah kesakitan -- nipple aku cracked gile-gile!!! Dedua plak tuh huwarghhhh!!! Tiap kali dia isap, aku akan menangis tahan sakit.. (sakit cam sakit nak beranak lak rase nye...owhhh)

Tapi sbb dia dh ngamuk sakan, aku bagi gak direct (mode: nangis taww)
Problem lagi satu nye -- aku baru pam kat opis b4 balik, so mmg susu tak banyak. Dia ngamuk lagi!!! Nangis sampai penat then tido... cian sangat...

camano nih????

sape ada tips camane nak cepat baik nipple crack nih??
Untuk rekod, sebab cracked nipple la aku gave up fully BF Haziq, but definitely NOT THIS TIME! Biar aku nangis camane pon....
aku mmg sapu BM kat situ everytime pas menyusu or pam.
tp malam tadi, aku sapu nursing cream Palmer's tu (at least tak bagi 'lekat' kat nursing pad uhuk uhuk)

and camane nak buat dgn Faris nih??? Dia tak nak langsung isap botol! Esok takpe sbb aku cuti...
Nanti kat nursey susah lah... kesian dia kesian gak penjaga dia...


Ya Allah.. tolong permudahkan semua nye ya Allah..........
---

10 things i hate about...

kalau '10 things i hate about you' movie i really love it...

but this is '10 things i hate about holidays'...

1) pas cuti panjang -- sangat liat nak start keje balik

2) paling tak tahan kalau nak kena basuh baju yang bertimbun..

3) bebudak ni pon sangat liat nak ke nursery balik

4) Faris tak nak minum EBM guna botol --- ye.. inilah yang paling aku tak suka...!!! **nanti aku story panjang**

5) bila pam BM, tak sebanyak yang biasa. Tak tau kenapa.. semalam start keje, 2x pam dapat 14 oz je. Selalu dekat 17-18oz jugak

6) susah betul nak adjust balik rutin kat tempat keje. Sebab nye, aku bukan sahaja pekerja, tp juga seorang student yang tak siap2 lagi keje nye

7) nipple aku cracked -- dedua wooo

8) apa lagi ye?? entah laa..

9) nak kena tulis sampai soploh gak ke??

10) aku saje je guna title tu sebab sedap... hahahha


---

Wednesday, September 23, 2009

sehari sebelum raya

Tahun ni kami beraya di sini sahaja iaitu di Gombak...
satu - sbb mmg tahun ni turn raya sini, last year dah raya di KB.
dua - sebab ku takde cuti -- dh abis guna pas bersalin Faris itu hari.
tiga - sebab takkan la nak raya sendiri2 di Cheras kot???

Kami balik Gombak macam la jauh sangat kan?? hari sabtu pas Zohor. Sebab pagi tu DH gi anta SIL gi LCCT (flight di ke KB kul 11am).
Aku pulak di rumah dgn bebudak comots mem'packing' barang utk 'balik kampung'

Pas sahur tu ku dah siap isik kuih raya, kuarkan gelas raya, dan kemas2 dapur.
Tahun ni raya ku ala kadar sahaja.. kalu datang rumah cam nampak habuk2 di bunga plastik lama ku atau di frame gambar etc, tolonglah buat-buat tak tau ye, heheheh..

Sampai rumah mak, ramai jugak yang dh ada. Adik ku #10 tgh pulun jaga lemang and ketupat.. abang #7 tgh terbaring kepenatan gamak nye.. di dapur, mak ku sorang2 pulun kat dapur, yang kejap-kejap dibantu oleh kakak-kakak ku #5 dan #8. Anak2 sedara ku (takyah la ku nomborkan mereka kerana memerlukan no 1 sehingga 35, pening plak karang) pon ramai yang menyibuk dr menolong!!
Tahun ni kakak #4 raya di KT, abang #6 beraya di Melaka. Kakak ku #3 lak on the way dari KT. Abang #1 di rumah nye sahaja, abang #2 plak, tahun ni Aidilfitri ke3 kami tak dapat beraya bersamanye sebab beliau telah pulang ke rahmatullah pada 30 Syaban 1428 krn kemalangan motor... (alFatihah utk beliau..)

[errr.. dari nombor2 di atas, sila lah teka saya #berapa ye???1]

aku sampai2 cam mandur -- menengok2 apa yang ada, dan apa yang boleh dibantu... at last ku tolong potong daging 7kg utk masak rendang. Emak sibuk menyiapkan segala bahan2 utk buat kuah kacang, rendang dan ayam masak merah -- ini mmg menu wajib kami. Menu tambahan adalah kuah lodeh (kakak #8 buat sbb suaminye orang Johor 'mewajibkan' menu ini).

Kakak #5 mak amanahkan masak lauk2 utk buka...

buka terakhir Ramadhan ini, kami berbuka ala-kadar tapi meriah sebab ramai... berbuka gilir-gilir sebab kerusi tak cukup, ada jugak yang berbuka ala-ala bufet.. tp kalau ngadap lauk-pauk atas meja lagi best kan??

anak-anak ku??? hmmm.. diorang kalau balik rumah nenek Gombak, mummy & daddy leh lepas tangan sbb ramai 'bibik-bibik' tolong layan... sebab diorang je yang paling kecik.. anak2 sedara ku yang lain sume dah besa panjang dah beranak pinak pon ada . Kalu leh pas kan B aku kat orang lain, sure Payish pon mummy dia leh lepas tangan abis hahahhaha

Malam tu, anak2 sedara pulun main bunga api & mercun..
isk aku lemah betul la dgn mercun2 ni.. buat terkejut2 je!!
yang lagi hayun, ada anak sedara haku beli mercun cina yang panjang kaler merah tu.. sabo je lah...
tgh dok membakar bunga api yang lawa2 tu, polis lak mai buat lawatan sosial.. hahh pandai plak lari masuk & sorok mercun tuh.. isk kalu kena tangkap tak pepasal je...
TAPI lepas je polis tu blah, diorang bantai bakar mercun tu... memang memekak!! Anak2 aku tak join sbb penakut!! (tapi elok jugak, takde la menyibuk nak main mercun bagai)

malam tu ku lena awal sket sbb kononnya tidokan Faris... tak sure la plak orang lain tido kul berapa.. tp yang pastinya mak aku sure tido lambat.. mak ni bukan jenis reti nak menyuruh2 orang.. nanti sume dia pulun buat sendiri...

nway... tak saba nak bangun pagi beraya nanti........................

Tahun ni raya pertama buat Faris, raya ke3 buat Haziq, raya ke5 buat Fatini, raya ke7 kami sebagai suami isteri DAN raya ke6 kami di M'sia...


---

kembali bekerja

ye.. ku (dan juga suami) sudah mula bekerja hari ni...

actually semalam pon dah on call dah.. alhamdulillah tak sibuk sangat..

semalam ku tido rumah bondaku di Gombak sbb nak tinggalkan kanak-kanak Ribena tu di rumah nenek diorang sbb nursery tutup.
sib baik ada kakak aku and anak nye leh tolong jagakan sekali. Kalau nenek dia sorang sure tak larat...

tp DH tido rumah sbb malam tadi gi amik SIL kat LCCT, so dia tido rumah je teman adik dia kat rumah..
sib baik anak2 ku sangat behaved malam tadi.. Haziq tido ngan nenek, Fatini kul 9.30 dah tido sambil tengok citer 'chermin' yang mengarut . Faris pon kul 8.30 dah mengamuk nak masuk tido dlm bilik..

Pagi ni ku kuar rumah punya lah lambat.. kul 7.49am baru kuar rumah...
Punya lah aman damai rasenye driving takde traffic jam lhangsung!!!!
Sampai spital dlm kul 8.10.. aku pon belasah je parking tempat orang sbb sure ramai yang still bercuti.. so lantak lah takkan kul 8 lebih tak masuk keje lagi kan??? jangan pak guard clamp keta ku udah...

masuk lab tadi, kat bench tak banyak plates (culture plates ye bukan pinggan mangkuk!).. abis ku jengah bench ku tolong member ku verify results... owhhh aman damai rasenye pagi ku... mintak2 berpanjangan hingga selama-lamanye ke petang..

now i'm in my room, sambil menyantap bekal nasi himpit yang dibawa dgn serunding (makan gitu pon rase nikmat tau...) sambil pikir-pikir tghari nanti nak makan hape?? dasar tak puase, asyik pikir makan je kan??... hahahaha member pon tarak, cafe pon tak bukak... isk

okay...............

kepada sahabat2 lain -- selamat menyambung raya ye...................


---

Friday, September 18, 2009

peer pressure

ni kisah Fatini plak

untuk rekod, dia seorang budak yang kidal aka lefthanded
mewarisi nenek KB & atok Gombak dia...

so satu malam ni, ku paksa dia buat homework dia..
selalu dia laju je buat homework, tp kalau homework yang dia kena tulis 1 perkataan tu repetitively mmg dia MALAS!! (kalau haku pon malas!! hahhaha)

so, paksa la dia menulis jugak, sambil2 pujuk, puji-puji and janji rasuah macam2..

tetiba pas tulis 2x gitu, dia tuka pakai tangan kanan... terkial-kial tp berjaya gak tulis word tu cuma kurang lawa dari tulisan dgn left hand dia

ku pon tanya la dgn baik,
"kenapa kakak pakai right hand tu??"

"kita nak tulis pakai tangan ni, kawan-kawan kita sume tulis pakai tangan ni"

ku senyap....
sungguh kuat pengaruh rakan-rakan...
rase-rase nye adakah dia rase kekurangan atau 'left out' bila dia sorang je yang guna tangan lain drpd orang lain????


---

kwang kwang kwang

bila ku tak concentrate membuat keje berpekdah, fikiran ku akan melayang-layang ingat pada anak-anak...

and tetiba aku teringat ttg citer nih...

kisah nye ttg Haziq..
untuk rekod -- Haziq mmg sgt petah bercakap. Bak kata nenek dia, "bercakap cam orang tua (read:matured)"

sebab kalau kau tegur dia buat salah, dia sure ada jawapan sampai kan tak jadi nak marah seterusnya...

tp yang paling best, kalau salah cakap atau guna perkataan pelik (bagi dia pelik la) kat dia..
dia akan repeat balik perkataan tu then dia akan cakap "kwang kwang kwang..."

mmg sakit hati pon ada (sebab cam main-mainkan cakap kita) tp nak tergelak pon ada... kwang kwang kwang.....


hampess kann?? Dari mana dia belaja agaknye tuh????


---

mesti pelik kan??

mesti u all pelik kann...
dekat-dekat cuti raya lagi ku galak buat entry????

orang lain ku rase ramai yang dah tak heran nak memblog dah time nih..

sebab-sebabnye:
1) ku masih gagah gi kerja... sedangkan orang lain mungkin ada yang dah sampai kampung halaman

2) kat tempat kerja lak ku tak handle bench yang critical..

3) lagi plak, ku buat-buat tak tau yang case write-up ku #2 tgh terbengkalai... yang #3 still tak start and #4 history pon tak korek lagi sedangkan sume tu kena submit by end of this month... (adakah aku perlu menjerit?? owhhh tidak... pas raya baru ku jerit..!!! hahahha)

4) member sebilik aku dah lama start cuti, so aku leh conquer pc ni sorang-sorang hahahhah

5) yang ultimate sekali -- aku keboringan dan takde mood nak buat pape



Jadi korang nak atau tak nak, korang layannn je lah..


---

beng*ng tak??

pagi ni pas sahur ngantuk sgt so aku pon zZzzz balik..

bangun pas solat baru teringat nak suruh Fatini bagi kad raya kat teachers dia kat Smart Reader. Kebetulan ada lebih kad raya tahun lepas.

So, kejut la dia paksa tulis kad raya dalam mamai-mamai tu.
Pastu Faris lak nangis nak nenen la kann apa lagi??

ku lari mandi dulu.. pas tu baru nenenkan Faris & suruh Fatini mandi sbb sure lambat anta gi nursery nih (selalu anta by 7.15 so penjaga dia mandikan kat nursery je since van sampai kul 8 lebih).

So dia mandi sendiri sambil ku BF kan Faris.
Haziq daddy dah bawak turun & tgh khusyuk tgk TV.
Sambil tu terjerit2 la ku suruh Fatini keluar dari bilik air tu (standard la tu kan, aku ni kalau tak jadi orang jadi tarzan agaknye..) ntah berapa kali dia sabun ntah??!!

so siap2 kan diriku & Fatini pon siap2 pakai baju sekolah.
Mmg dah lambat -- kul 8 baru lah kuar rumah. Tu pon aku hampir gi keje dgn selipar jepun!! (beng*ng #1 kan??)

sampai lak kat nursery, cikgu dia tanya
"Fatini sekolah ke hari ni, kak"
aku dgn muka kerut tp confident je jawab "sekolah lah"
pastu pikir balik & tanya balik "eh sekolah ke ye??"

"ada sorang budak tu cakap dia dh start cuti hari ni"
"ehhh a'ah laaa.. kan hari tu announce Jumaat cuti sekolah"
kami dedua gelak.. tp ku lagi sakan la gelakkan diri sendiri (beng*ng #2)

Fatini tak puas hati sbb dia nak bagi kad raya kat teacher dia.. hahahha.. sorry my dear, mummy mu mmg beng*ng hari nih!!

tp dalam tak puas hati tu, ku masuk kereta, tepon sekolah dia.. of course la tak berangkat...
pastu ku tepon member aku (anak dia pon satu eklas dgn Fatini)
member aku cakap "cuti lah.. kan ada tulis dalam buku notis dia ari tu??!"
"eh ye ke?? Bukan dia tulis start esok cuti ke??"

ku sangat tak puas hati sebab sekolah Fatini ni, suka bagi surat announcement tampal dalam buku 'communication book' dia.. tp selalu dia bagi satu hari je, next day dia amik balik..
aku ni plak jenis short-term memory yang agak weng fius nye... harus la ku tak sempat hingat tarikh2 keramat tuh!! beng*ng #3 kan!!!!

lagi satu ku tahu dia ada Jamuan Aidilfitri pas raya.. hahhhh tanya lah aku bila tarikh nye??? SAH LA AKU TAK INGAT!!!!
tanya DH?? Lu rase dia nak ingat ke tarikh2 tu?? Kalau ingat mmg wa tabik spring toing toing la... anak start cuti hari ni pon dia tak tau 2 x 5 la weihhh

hmm... beng*ng day.......... harap beng*ng tak kekal sepanjang hari!!! amiiinnnn


---

Thursday, September 17, 2009

naik hangin..

ye aku tgh hangin sekarang ni...
rase panas je telinga aku kiri kanan nih...
jantung aku rase nak terkeluar dah dari dada nih...

geram betul la dgn orang yang KEREK nih!!
apa dia ingat dr kat lab ni takde keje ke??
kalau nak mintak tolong tu pepandai la berbudi bahasa sket.. ni cakap macam orang tak sekolah!!!!@#%!#&(#

ye aku mmg tgh geram sangat sangat dgn sorang DR kat wad nih!!
actually this was not the first time dia buat cam tu..
berlagak bukan main!! macam la superior sangat.. macam la pandai sangat.. kau pon MO jugak tau tak!!!!!!

boleh dia nak mintak results patient tapi tak 'berbudi bahasa'??!!! boleh marah2 plak bila aku kata culture dia negative??!! Apa kau gile ke apa??? Dah negative dah la, aku nak buat apa lagi?? Pastu nak menakutkan aku dgn nama consultant dia.. apa ingat aku takut ke??? pastu at the end conversation tu dia leh cakap,
"Siapa ni??"
"Dr. Norlia here"
"OK, i'll write down 'spoken to Dr. Norlia culture no growth'"... dgn nada menyindir.. apa ingat aku takut ke kalau boh nama aku dalam chart patient?? Kalau patient mati bukan salah aku, tp salah kau sebab berlagak!!!


okehh... itu saje sesi meluah perasaan aku!!! mmg geram gila... Allah je yang tau betapa geram nye aku kat mamat ni (ye mamat ye kawan2... aku jarang jumpe lelaki berlagak tp yang ini mmg ultimate nye berlagak!!!) -- aku nak sangat jumpa ngan empunya badan Dr. H**a namanye (nama dh la cam pompuan berlagak plak!). Hensem sangat ke?? Pandai sangat ke?? So aku leh cakap kan depan muka dia "ohhh ini lah Dr. H**a yang berlagak tu ye??"



APAKAH???

--- bulan pose yang mulia ni dia saje mencarik pasal ngan orang kan??

Kekadang tu aku pelik dgn manusia ni (esp orang ISLAM -- bukan la semua, tp segelintir), kenapa susah sangat nak berbudi bahasa... esp dgn orang yang u nak mintak tolong atau orang yang tak dikenali??!!! Susah sangat ke nak cakap bebaik????? kadang2 ku rase kafir kat oversea (read: omputih) tu lagi hormat dgn kita (tp diorang bukan la baik mana pon, cuma kalau dgn orang baru kenal mmg tip top budi bahasa -- kebanyakan nye ye)



nway, SELAMAT HARI RAYA KEPADA KAWAN2 YANG SAYA KENAL melalui blog anda DAN JUGA MENGENALI DIRI SAYA juga melalui blog .. walau tak pernah bersua muka, tp rase macam dah lama kenal... i am glad that i have frens like u (isk.. mode mengesat air mata la pulak...)

ok, babai....


---

CARAKU HANDLE EBMku

ada ibu di SI.com bertanya 'cara nak bekalkan EBM dgn selamat pada babysitter'




Ini caraku.. cara orang lain ku tak tau…
Basically ku apply nasihat Aja & ibu2 lain di SI.com (yang mmg sangat membantu, toche toche)
Antara nye:
1) banyakkan fresh EBM dari frozen utk bekalan baby cos of antibody contents etc
2) stock frozen basically for ‘saat-saat’ kecemasan e.g susu merudum, mummy kena gi outstation etc
3) if tak cukup fresh EBM, frozen still much better than FM



so, ku mula cuba mengepam masa dalam pantang lagi, tp sedih nye susu lom banyak lagi.
Bila ku mengadu pada kawan2 di alam maya orang tau bukan bunian , ramai kata sbb susu ku belum established lagi… tp ku rase dulu masa Fatini & Haziq ku mula simpan stok masa dlm pantang lah… hmmm…

Untuk rekod, ku hanya bercuti 3 minggu, ye, 21 hari ye kawan2… 20 hari sebena nye sebab hari pertama ku keje, Faris baru umo genap 21 hari… inilah penangan beranak time study ehhh kalau tak beranak time ni, takkan nak tunggu abis 4 tahun baru beranak??? Masa tu acik dah tua dah… uhuk uhuk…

EBM utk bekal Faris di nursery ku letak dalam ‘tipu’ware cam ni


Sebab apa?? Sebab senang, tak sepah2 samada dlm fridge ku ataupon fridge nursery. Senang nampak susu tinggal berapa etc.


Begitu juga time kat opistal.. ku simpan EBM ku dalam tipuware dalam fridge kat pantry. supaya orang tak terkujat bukak fridge tuh hehehhe
Orang lain terus masuk dlm freezer, tp ku masih percaya FRESHEST EBM is the BEST!!!

Setiap kali ku perah, ku akan terus ‘aliquot’ into separate bottles – 3.5oz each.

Sebab apa?? Sebab senang – senang nak tgk berapa botol dah dapat kerana ku obsess mengira berapa oz ku dapat setiap kali pam dan juga dalam sehari
Lagi satu sebab kalau transfer bila dah sejuk, nanti milk fat tu akan melekat di dinding botol – sayang!! Cos fat itulah yang membuat Faris membesar bagai johan ihikss…
Lagi satu, ku tak suka campur2 susu dari sesi pam berlainan, so paling-paling pon ku akan genapkan 3.5oz dari 2 sesi perahan yg berlainan (pd hari yang sama tau!).. kalau terlebih 1 atau ½ oz tu ku jadikan 1 portion tu 4oz terus then freeze kan..


Frozen EBM (dalam plastic BM), ku thaw (turun ke fridge bawah) petang balik dr kerja. Then pepagi tu ku transfer ke botol Breastflow.


Sebab apa transfer?? Sebab utk menyenangkan orang kat nursery panaskan, tak yah transfer2 botol, plus ku tak nak diorang terus panaskan dalam plastic tu.
Sebab apa botol Breastflow?? Sebab botol tu Faris dh tak pakai utk minum susu. Lagi plak, mulut botol tu besa so senang nak transfer half-thawed EBM (kekadang kan ada air batu lagi?? Kalau t/f ke botol MLO, mulut dia tak muat!!)
Lagi satu ku dapat bezakan yg mana frozen EBM w’pon ku tak label!


Bekalan EBM ke nursery, ku label no. 1-6. Label di tutup botol bukan di badan botol.

Kenapa?? Sebab senang utk penjaga nursery tengok botol mana perlu diberi dulu (isk.. kan ku telah buat sume yang menyenangkan orang lain jaga Faris & EBM2 nye???). kalau nak suruh tgk tarikh yg paling awal, leceh la pulak… kalau yg mmg tak kisah takpe, kalau jenis berkira, sure dia belasah je amik botol memana, dia pedulik apa kan??

Kenapa label tutup bukan badan?? Sebab senang nak nampak even masa botol2 dalam tipuware tu..


Frozen EBM, ku selalu label no. 1 (kekadang tak label, tp ku dah pesan kat orang nursery soh bagi Faris minum frozen EBM dulu. Mana diorang tau yg mana??? Sebab frozen EBM dok dlm botol gabak tu. So far tak pernah jadi kes frozen EBM tak diminum…


FROZEN STOCK

Yang ni selalu nye adalah lebihan hasil pam utk hari tersebut.. setelah ku asingkan bekalan utk Faris utk esok hari, ku akan masuk dalam plastic liner utk dibekukan. Selalu ku simpan 3.5oz atau 4oz. Tak pernah lebih tak pernah kurang (kalau kurang pon 3.0oz lah). Sebab apa?? Sebab senang utk aku thaw. Faris minum 3.5oz maknanya keluarkan 1 sahaja… kalau lepas ni dia minum lebih?? Masa tu baru pikir ahakss….

Mmg penuh freezer ku, tp lebih baik drpd terbazir… contoh nye simpan 7oz terus dalam 1 bekas, pastu thaw pastu berlebih… kan sayang tu sbb thawed EBM perlu consume within 24hrs…

Ada orang simpan dalam bekas dadih, ku ada gak beli bekas dadih tu yang ku rase comel & senang susun dalam freezer. Tp ku tak sure bekas dadih baru tu kena basuh lu ke kena sterile dulu ke?? So konklusi nye ku tak sentuh lagi bekas dadih tu yang ku paksa DH beli ari tu ku hanya guna plastic liner – senang dan pakai buang!!

(ni gamba memula menyimpan stok.. now dah penuh 3 drawers.. nanti la update gamba)

So far ku dah ada around 130-140 plastics of frozen EBM.. alhamdulillah… itulah rezeki Faris.

TAPI, confession ku – bila tengok stock banyak ku mula cam malas nak pam!! Owhhh sungguh teruk, tp ku tak tipu!!! Sebab nye, bila freezer dh penuh, ku tak tau mana lagi nak letak frozen stock tuh??? So far bekal bulan 7 dah hampir habis.. untuk rekod, frozen EBM leh simpan 3-6 months. Rasenya ku ambil as 3 bulan dah le..
So kalau bulan 7 tu kira leh tahan sampai bulan soploh.. yang bulan 8 leh simpan sampai bulan sebelas ye kawan-kawan…

Itu saja lah cara saya menyimpan / handle EBM saya… utk yang bertanya ie ummi_zahra, harap dapat membantu….

ini adalah 'bekal' saya ke tempat keje... -- peralatan mengepam, cooler pack berisi cooler pack. W'pon tempat keje dekat, tapi ku tak mau 'gamble' tak boh susu-susuku dlm cooler bag...


ini adalah beg 'wajib'ku ke tempat keje.. beg BP Medela FS & beg sekolah ku (harga RM250 taww sbb dapat masa gi Epid Course hehheh) berisi laptop mini ku dan buku2/kertas2 kejeku...



okay tu aje...

Segala salah silap adalah atas kelemahan saya sendiri….


---

Wednesday, September 16, 2009

CD coolababy AIO

ye.. ini adalah entry ku yang ke-3 dalam masa kurang 1 jam... hahahhaha (mode evil laugh)

semalam ku terima parcel CD yang ku order dari mamapayish..
actually ku order sama2 ngan partner in crime ku, sape lagi kalau bukan puan DNNA (eh eh DiaN, ko pun update psl citer yg sama ye.. heheheh)

ku order CD coolababy AIO 4 kpg.. sebelum ni ku dah ada sekeping coola AIO and 2 kpg coola pocket... tp ku rase ku nak guna AIO je now ni senang... tambah plak tergoda dgn offer2 dari mamapayish tu... (pandai betul mamapayish berniaga sehingga menggoda kami berdua membeli dgn banyaknye hahahhaha.. confession -- puan DNNA yang beli banyak.. ku hanya beli 4kpg *wink*)

errr cara kami membukak parcel -- refer entry DNNA


ku order kaler kuning, oren, hijau and PINK.. yess u read me right.. PINK FOR MY PAYISH!!! Tak kira... faris akan menjadik fashion victim hehehehh


perihal CDs ku

so now ku dah ada 5 coola AIO, AIO lain yg ku ada try is Thirsties -- ku guna as night diapers utk HAziQ and Fatini.. mmg superb cos ada pocket so aku leh stuff hemp insert...

pocket CD ku mmg ada banyak.. tak terkira sebab ku rajin membeli dan mencuba brand2 yang ada (tak sume brand lah)...

fitted pon ada dalam 4-5 fitted ku pakai kan Faris esp time malam... ku suka jugak tp tak best nye kena pakai cover :(

AI2 -- ku ada 3 itty bitty SIO -- ni paling best dan CD paling mahal yg ku beli . In fact they were my first CDs.. ku selalu pakai on Faris or Haziq bila gi jalan2... tp yang sedih nye, Faris dah selamat poo poo dalam ketiga-tiga IB tu... so cam ada stains sket sebab dalam seminggu ni kan sang mentari kurang menunjuk diri... uhuk uhuk...
DH cakap Faris saja 'mark territory' dia hahahha

prefolds -- ye ku nak let go... takde sesape nak ke?? Kalau tak, ku akan open kat diaperswap...

hmm.. ku tak sabar nak prewash AIO baru ku.. esp the PINK one... hehehehhe... nanti nak masuk contest mamapayish lagi... so tungguuuuuuuuuu


---

takde mood, buka @ MFM, Faris kena cucuk

hmm.. biasa la kalau menjelang cuti panjang ni... mula lah mood dah melayang balik kampung dulu...


nway, kelmarin, ku bawak Faris cucuk DTP + Hib + IPV 1st dose dia... sbb nak tunggu dia cukup 3 bulan, klinik pon banyak tutup sebab raya..

gi timbang tu Faris dah 6.8kg... nyum nyum.. tak sampai 4 minggu naik 500g. Alhamdulillah
tapi bila tgk growth chart tu, last month dia hampir terkeluar dari margin 90th percentile tu, tp bulan ni dia masuk balik above 50th percentile tu... yeayy that's my boy!!!

balik tu, bagi PCM sbb tak nak dia demam.. (boleh je kalau tak bagi pon, tp ku tak nak take the risk... demam is a good sign cuma ku kesian kalau anak demam, sure dia tak selesa..)

malam tu DH ajak buka luar sbb tahun ni belum ada lagi berbuka puasa di luar (read kedai).
kalau setakat luar dari rumah tu mmg la ada ie 1 Ramadhan buka rumah mak, last Saturday DH joined aku buka kat Renaissance Hotel (thanks to Azlah yg bagi kupon berbuka puasa tu sbb dia balik awal dari conference tuh).

so we decided gi MFM @ MV. Pegi pas solat Maghrib (senang la kan, tambah lak ramai askar2 kami tuh).. mmg lama tak makan kat MFM. Kalau tak silap last sekali awal this year kat Alamanda kot... tu yang DH menyebut tuh...

aku suka gak makan situ walaupon ku tak makan ikan... hahahahha.. tanya lah kenapa??? Mmg ku tak makan ikan sejak umo ku 5-6 tahun... sampai la sekarang... ikan bilis, ikan tuna dlm tin & ikan sardin dalam tin je yang aku leh terima ye kawan-kawan... tp kat situ, ku leh makan calamari, udang, oyster etc... ku suka garlic rice dia.. pendek kata, ku penggemar seafood kecuali ikan, bleh kah??? ihiksss

Faris ku letak dlm stroller (hahahah this time babai babywearing.. mummy nak pulun mamam!! no BW BW nih). Sib baik Faris pon baik je (sbb dah dpt 'candu' nye before food we all sampai!)
Fatini cam biasa, makan fries sahaja... dia mmg very picky!!!
Haziq lak telan segala yang letak dalam pinggan dia... dia mmg no hal bab makan. In fact, dia selalu makan paling lama... kita dah abis berenti makan, dia akan still mengunyah lagi... iskk...

pastu pagi tu, kami bersahur spaghetti bolognaise --- ku masak dlm masa 1/2 jam dan makan dalam masa 15 minit.. rekod kan?? ihikkss...

okay, calo dulu...

maid nak balik...

semalam dapat sms dari maid ku

"Aslmk, kak insa alloh bulan 10 sy datang.bolehkan kan?"

dari last week lagi dia tanya kalau dia balik awal boleh ke tak?? (patut dia balik sini balik bulan doblas)

bincang ngan DH, dia pon tak kisah je..
cuma yang ku tak puas hati sbb DH lom tuka lagi no tepon rumah tu
dah dekat 2 bulan dah aku suruk dia tuka.. ni yang aku nak hangin nih!!

aku mmg tak kisah dah, sbb dah terbiasa lak rutin takde maid.
Tapi kalau dia balik pon ok gak, terurus sket rumah tu and dapat ku and DH (especially) study.
Cian gak ngan DH sbb dia final exam April nanti, mock exam selalu in January. Tp aku tengok dia lepak gile.. baca buku sambil tido lagi (hahahha, jgn mara yang ye...)

aku pon ada banyak case write-up yang aku 'hutang' dgn cikgu ku

nway, tadi survey airasia.com, leh tuka tiket (aku tak tau pon leh tuka selama nih ahahhaha)

kalau tuka hujung2 bulan soploh tu ku kena add dalam RM156, awal bulan seblas kena tambah dalam RM94 sbb tiket tak jauh beza
Untuk pengetahuan anda yang tak tau (cam diriku sebelum ini ye...), 'changes fee' kena RM75, then baya la beza tiket tu.. kalau pandai carik yang lebih kurang harga, takde la banyak sgt kena tambah kan...

so, ku book kan dia awal bulan seblas lah..
bagi settle bebudak kat nursery sebulan lagi...
lagi plak, 24/10 tu we all balik KB. Ku ada "Infectious Disease Conference" on 26th - 27th Oct kat Renaissance KB. So alang-alang tu balik kg lah sbb raya ni tak balik KB pon..

well......................
ku masih ada rasa sakit hati kat maid ku ni sbb time orang betul2 perlukan dia, dia buat hal plak?? Masa baby ku kecik tu lah dia buat hal.. sekarang Faris dah besar, dah pandai etc sedap lah dia!! kalau ikut hati mmg malas nak layan.. lantak kau laa.. ingat aku tak leh nak survive takde kau ke???

tp sbb status ku masih bergelar 'student' ku kena pasrah..
kalau ku suami isteri setakat pekerja gomen takde masalah pon takde maid (penat mmg lah, tp family & anak2 sendiri, kan)..
cuma bila student ni, nak kena attend conference, kena on call, nak menyiapkan projek/thesis/case write up etc, dgn adanye maid dapat la meringankan sikit beban tu... maknanye ada la orang yang boleh diharap tengok2 atau main2 ngan budak tu (walaupon anak-anak ni perlukan quality time dgn daddy and mummy dia!!!)



nway, ku pasrah je dgn keadaan... insyaAllah setiap yang berlaku ada hikmahnye... there's always blessings in disguise....

Sunday, September 13, 2009

selling my prefolds + bummis cover

i am letting go Faris' prefolds and bummis cover..
pls visit my shoppe


---

Saturday, September 12, 2009

belasah je lah...

tak tau nak boh title apa..
ni baru pas nenenkan Faris sambil pam..
banyak lagi keje nak kena buat e.g: baju yg dah kering semalam still dok kat bawah -- baju keje so mmg dah kat hanger, tunggu nak bawak naik je...
kemas beg beudak ni... SEBAB???
sebab nak 'pos' diorang ke rumah nenek... mummy dia nak attend "National Influenza A H1N1 Conference' @ Renaissance Hotel hari ni.. full day from 9 to buka puasa....

so, my sister akan hangkut bebudak comots 3 orang ni and bawak gi rumah mak aku kat Gombak...
memula nak anta Faris ke nursery, dh janji ngan budak tu mintak jagakan sampai petang, baya extra la.. then Fatini & Haziq daddy jaga kat rumah..
Daddy jaga Faris??? dgn dua orang budak comots nih?? it's a NO-NO-NO...
pepaham la kan.. mana nak mandikan lagi... mana nak layan 2 orang ni lagi.. iskk.. u know what i mean...

nway, confirmed-- kakak aku amik diorang, daddy leh dok rumah STUDY...
nak buka, pepandai la daddy masak carik sendiri...

NAK RAYA??
tinggal seminggu ke lagi nak raya... owhhh tak tau kenapa kurang 'thrill' nye nak raya tahun ni...
rase macam sekejapppp sangat..
apapepon,

baju raya bebudak ----- checked!

baju raya mummy budak ---- hmmm kena tanya kakak aku dh siap jahit lom??

baju raya daddy budak ---- checked kot???

kasut raya ---- mummy & bebudak checked! daddy cam biasa takde/tak carik / tak heran

langsir/lapik2 meja etc ---- checked!!! aku shopping kat sogo & macy's ari tu.. bukan ganti satu rumah pon, ganti langsir pintu depan je, then make over soft furnishings (lapik meja etc) sket... ceihh bunyi cam bagus je TAPI --- tak tau bila mau pasang.. ku tak cuti awal!! Jumaat masih keje.. kalau pasang esok, sure dah 'basi' by the time raya... owhhh... nak mengemop rumah pon tak sempat lagi.. (sebab kalu mop/sapu sure sepah balik...)

kuih raya ---- ada 1-2 jenis lagi lom dapat.. tp caya atau tidak, aku ada 7 jenis je kuih ehh banyak jugak 2 jenis tu pon kuih kakak aku buat yg aku tolong jualkan... pastu kekacang & kerepeks banyak sbb kalau tak abis pon, pas raya leh makan2 gaks...

duit raya ---- dah tuka ngan kakak aku... tp sampul raya takde la... tak dapat dr memana pon tahun nih... DH cakap kalu takde DIY sendiri- pakai sotkabar.. (denga tang DIY ok lagi, tp bila dia sambung ckp pakai sotkabar tu yang hati ku pedis tuh!! sabar sabar orang lelaki kan.. cam tak kenal kan?? laki sendiri lak tuh ihikss)

bunga api raya ---- semalam baru la bebudak ni main... tu pon lebihan bunga api tahun lepas yang ayah long dia bagi.. kami tak membeli
kat kawsn rumah sini takde bebudak pon yang main bunga api.. tu yang tak terasa sgt nak raya tuh...
tp tak lama pon, bila DH start bakar yang ada bunyi letup2 sikit, sume lari masuk rumah.. so berakhir di situ aje session main bunga api diorang... potong steam je...

okay lah.. nak solat subuh then berkemas pape yang patut... owhh ku ingat ku sempat tido kejap... takpe la dlm conference leh tido hahahhaha ...

Thursday, September 10, 2009

takde pon??

hmmm... sape yg dh check account dia???
takde pon masuk gaji??? kata masuk hari ni 10/9/09???

peliks bin ajaib...
selalu by midnight ke gitu sure dah masuk..
ke maybank2u.com ni lambat update??

kenapa plak ku sibuk2 nak tgk gaji???
sebab:
1) nak tgk duit on-call masuk tak??
2) nak tgk arrears elaun kritikal masuk tak?? - janji masuk bulan nih??
3) kalau 1 + 2 masuk, nak tgk plak baper aku kena baya PCB?? ceitt dah tolak zakat pon kena lagi??
4) selepas perkara 1+2+3, leh la budget simpan duit bulan soploh dan berbelanja lagi yeayyy... haru weihh kalu terover bajet..
hahahha bulan soploh pon dapat gaji awal sebeno nya, bulan seblas la kita sama2 termenung kalu bajet lari... nak makan serbuk kuih raya pon ntah ada ke tak??? ahakksss

by the ways,
SELAMAT MENGHABISKAN SAKI-BAKI BULAN RAMADHAN YANG MULIA INI...
ohh ku kena muhasabah diri, sebab nye ku tak rase Ramadhan ku tahun ni lebih baik dari last year, tahun depan ntah sempat ke idak wallahualam.. uhuk uhuk...


---

Thursday, September 3, 2009

adakah aku...?

balik rumah terus singsing lengan... baju keje pon tak sempat salin...
buat keje rumah macam sotong...
penat kat tempat keje pon tak lepas lagi...

adakah aku isteri mithali?? (sebab buat keje rumah dan memasak utk suami???)

tapi ku biarkan anak2 main sendiri...
si kecil ter'kuak-kuak' mintak didukung atau disusui...

adakah aku mummy yang kejam?? (sebab biar kan anak2 layan diri sendiri??)

atau...

bila balik je keje.. ku terus duduk goyang kaki..
sambil layan si kakak dgn buku bacaan atau homework nye..
layan si abang main thomas the train atau tengok kartun @ astro ceria..
dan layan si kecik nenen sambil mengagah2 dia...

adakah aku mummy yang baik?? (sebab pay attention to the kids???)

tp ku biarkan si suami makan masakan kedai???
tp ku biarkan baju tak berangkat dari ampaian...
ku biarkan baju kalau berangkat dok diam atas sofa minta dilipat??
ku biarkan rumah macam tongkang pecah??

adakah aku isteri pemalas???

ohhh itulah dilema ku hari-hari...

selalunya situasi 1 lah yang ku buat..
masak tu tidak laaa... sbb ku beli je lauk-pauk kat kedai -- mana sempat masak woo..
tp sayur kalu sempat ku masak sendiri...
selalu Faris akan senyap melayan diri.. sampai la pukul 7 baru dia akan nangis mintak dilayan atau nenen...
cam tau-tau je time tu selalu ku dah hampir selesai keje rumah...
masa tu lah ku dapat duduk rehat kan diri... ohhh penat GILOS!!

pas maghrib, kemas2 lagi.. kul 9 baru lah selesai... dan aku sangat2 mengantuk and selalu naik tido.. by kul 10 mmg dah KO..




adakah aku seorang yang tidak bersyukur kerana asyik mengeluh?????
ohhh tidak.. ku sangatt bersyukur dgn hidup ku... cuma ku tensen bila penat... bila penat ku tak dapat buat apape... bila penat, ibadat pon kurang, dosa plak banyak sbb asyikk mengamuk je dgn anak2 dan suami....
ramadhan ni, ku belum dapat lagi nak bertadarus.. tak dapat nak terawikh tanpa melawan mengantuk.. kadang2 tak sempat pon terawikh ..

ohh.. that's life... masa masih 24 jam sehari... pandai2 lah...
"lu pikir la sendiri, Norley!!!!"


---

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails