Sunday, October 11, 2009

Si Comel Berbaju Raya Contest

hmmm...
baca blog babyibu ada contest 'si comel berbaju raya' so rase nak mencuba nasib plak... hadiah nampak cam menarik je...
ni kira first time nak join contest... tp bebudak ni tak banyak bergambar plak tawun ni... tp nak try gaks.. mana tau ada rezeki, amiinn....

ni nak try my luck with picture of my only anak dara-Fatini...





my anak dara yg sakan beraya dgn handbag dan mencintai 'world peace'...

nama: Nik Fatini binti Nik Azuan

umur: 4 tahun 10 bulan (B'date 16 Dec 2004)




-----------------------------------------------------------------------

Cara Penyertaan

Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)

•Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
•Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
•Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

•Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda -- checked
•Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini --- checked
•Membuat entri mengenai contest ini diblog anda -- checked
•Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) -- checked
•Sila nyatakan nama si comel dan umurnya -- checked
•Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) -- checked
•Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini -- checked
•Klik sini untuk Q &A


Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online


Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen..so mehla ramai-ramai sertai..

P/s: Jutaan terima kasih kepada sponsors kita..Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko..


--------------------------------------------------------

so kepada sumer... meh ramai-ramai join.... kalu tak menang pon saje suka-suka.... kan kan kan...



---

Faris bergolek

he is >3 months old now

selalu kalu letak atas tilam telentang je cam tak nak pon try golek2..

tp kalu letak kepala atas bantal sure tak lama pas tu bantak entah ke mana, dia pun dh jadi parallel dgn bantal...

cuma sejak semalam ku tengok dia ada cuba2 mengiring.. tapi tengok gaya cam berat je montot tu...

tapi tangan dah 'aktif'.. macam dah nak mencapai2 bende dah.. kalau bagi barang, dah boleh grab.. (kalu hulur pipi lagi pandai cubit pipi kita!!)

now tido kejap2 je... banyak nak main je...
sib baik tak kuat nangis... tp kalu lapar sure siren kuat tak hingat punya...

sejak 2 minggu lepas dah tido dlm buai, bukan apa, biar dia tido lama sket and kurang sket gangguan abang and kakak

pastu takleh ditinggal kan sengsorang... sure terjerit2 panggil orang...

pandai nengok TV.. sure tekun layan TV kalau dok hadapkan depan TV... hmm.. nak buat camane, kena gak hadapkan dia ke 'silly box' tu, kalu idak.. tak berasap dapur, kain bertimbun etc...


---

Haziq is potty-training?

pagi ni pas mandi, tetiba dia tak nak pakai pampers..

"daddy cakap Hajiq tak yah pakai pampers"

"betul ke ni?? boleh ke??"

"bolehhhh.." panjang 'boleh' dia tuh

so off he goes diaperless...

kul 10.30 tadi dah bawak gi toilet. Ni dah sejam lebih, still no sign dia nak gi toilet. Better ajak jugak dia gi toilet sebelum dia 'accident'

i'm ready to potty train him
sebab:
- dia dah 2 tahun 8 bulan (tp Fatini potty trained after umo dia >3 tawun)
- maid aku pon dah nak balik awal bulan depan. So she can train him..
- pampers Hugggies XL 56 kpg ari tu abis dalam masa 2weeks sahaja uhuk uhuk.. tu pon dia pakai CD time malam and weekend.. owhhh bajet bajet lari woooo
- his CD pon tak banyak in his size. Ada je yang muat lagi, tp a bit snug for him. He would complain sakit esp time nak wee wee -- tak leh nak 'angkat pistol' kot

okay....................

selalu citer psl Faris je... ari ni citer psl abang and kakak plak... baru aci kan......

---

Fatini membaca

alhamdulillah Fatini sekarang dah boleh membaca simple words... tp her BM is way better than her English.
Kalau english tu dia belasah je apape bunyi... nway, ku tak kisah cos dia pon baru nak masuk 5 years tahun ni...
dia dah boleh membaca tu pon kira dah bagus utk dia

tadi dia nengok2 katalog perabot yang ku rembat dari kedai semalam.
ada gambar 'kerusi tangan' alahhh kerusi yang bentuk tangan tu...
dia and Haziq nengok gamba tu then haziq cakap "kakak, ni kusi tangan"
Fatini jawab, "bukan la dik, ni kusi tan-gan (sambil mengeja print dlm katalog tu"
aku yang dok sebelah dia terkejut and tengok katalog tu..
"kerusi ta-ngan la kakak"
"takkk... ni kan t-a-n tan, g-a-n gan , tan-gan"

okay lah.. i rest my case... level dia mmg lom sampai tahap eje -ng atau -ny tu.. so takpe lah, nanti dia tau lah tu

sejak dia pandai mengeja ni, macam2 yang dia eja, abis segala iklan & billborad kat tepi2 jalan tu dia baca and pastu sibuk la tanya "ipoh tu apa, mummy?", "seremban tu apa, dy?"

tp paling best bila kat kedai makan dia mengeja & bertanya "ko-pi-jan-tan.. jantan tu apa, daddy" hahahhahah... tersengih-sengih je orang meja sebelah.. tu sib baik perkataan yang agak 'decent' tuh...

cam aku dulu masa memula pandai mengeja gitu gaks.
kakak aku cakap, masa dalam teksi dari area jln TAR satu hari tu, aku nampak satu perkataan iaitu 'kabaret' dan aku bertanya dgn kuatnye kat kakak aku, "kak lang, kabaret tu apa??" hehehheh... sengih-sengih je pakcik teksi tu, kakak aku pon tersiput-siput nak menjawab...

now kena plak kat aku and hubby..........

apape pon, semoga Fatini terus menjadi anak yang bijak dan pandai dan menjadi contoh pada adik-adik amiinn.....

Saturday, October 10, 2009

Avent ISIS IQ UNO b'pump & Thermal bag

i'm letting go these 2 items...

please visit my shoppe

also preloved fitted CDs...



---

Friday, October 9, 2009

T.H.R.U.S.H

ingatkan ari tu pas raya ku komplen pasal cracked nipple kan...





rentetan dari itu ----





i'm suffering from nipple thrush!!





Faris pon ada oral thrush...





THRUSH is aka candidiasis or fungal infection usually caused by a fungus known as Candida sp.




sakit and gatal nye na'uzubillah....


Allah je yg tau betapa sakit & seksanye...





SAKIT memang sampai ku rase kaki kejang2 cam tahan sakit contraction tau... sakit time Faris isap and kadang2 berdenyut2 bila-bila masa





GATAL nye masyaAllah.... kalau tak tahan ku garuk jugak!!! esp malam!!





how do i treat it???





ku guna Nystatin suspension utk sapu mulut Faris





and ku sapu gaks Nystatin susp tu around my areolar & nipples -- since i dont want to use other creams that maybe harmful if Faris accidentally ingest 'em (kalu aku tak cuci betul2)





and ultimately, i've started taking Fluconazole tablet -- an antifungal to treat candidiasis (or aka thrush). BUT Fluconazole is not recommended for baby below 6 months old.


Since it can also be excreted into breastmilk, i have to stop BF... yessss... ini yang paling mencabar..





BM yang ku pam di siang hari telah selamat DIBUANG begitu saje uhuk uhuk... at least 20oz terbuang hasil pumping kat tpt keje :(





tp ku teruskan direct BF waktu mlm, if possible selewat yg mungkin. Since fluconazole is a daily dose, ku mkn kul 6 pg and hoping by malam the level excreted in breastmilk will be lesser



why i only b'feed at night???

sebab:

ada site cakap tak kisah leh continue b'feeding since the antifungal can be used to treat the baby as well.

but pharmacist (read: my SIL) ckp takleh bagi kat baby below 6mo.

tapi ada je newborn/premie babies been treated successfully with this antifungal.

ada study done stated that fluconazole level in BM is less than level in plasma. So this level is considered safe for babies based on the dose used to treat the newborns.



so, taking all the above 'statements' and the fact that Faris always direct BF at night, so ku hanya BF him at night.

i would try to delay the time if possible.

For eg, 1st day, i only BF him after 12mn. He tolerated the bottles..

but 2nd day, he only accepted bottle in the evening, pastu refused... pas dapat nenen direct, dia refused to let go... bergantung sepanjang malam huwarggghhh...

hari seterusnya, gitu jugak.. kalu dia ngamok sgt and tak isap langsung botol, baru ku direct BF



actually Fluconazole should be taken for 7 to 14 days... tp ku hanya dapat amik 3 hari... owhhh sangat tak aci!!!!! bukan sbb ku tak compliant, tp ku tak tahan tengok Faris kemaruk mencarik... tambah lak ni weekend!!



now -- much much improved. His thrush dh takde. Ku still apply the nystatin suspension -- to prevent relapse.

gatal2 sudah manyak kurang!!! tp dia gatal2 tu kat tepi2 areolar tu taw.. siap kering2 lagi area kulit situ..

sakit?? owwhhh masih ada... masih kejang2 kaki menahan bila Faris isap. Tp sakit tu tak selama dulu meaning bila BF is established, the pain goes away (denyut sikit2 tu ada lah...) kalau memula dulu sakit sepjg feeding tau...

sakit dia kan, kalu nak describe -- it's deep pain.. sakit ya amat!! bayagkan nk pam pon guna suction level 2 je, tp sakit bila pam hanyalah 2/10 sakit ketika dirct BF ye....





nway, ku hanya berdoa moga ku cepat2 baik.. x syok tau BF dlm kesakitan.. uhuk uhuk...


sorry ku tak dapat nak attach any articles on this matter.. masa ku terhad. InsyaAllah kalu ada masa ku tolong C&P articles abt thrush ni ye.. buat masa ni, kalu anda berminat nak tau lebih psl ni -- go google lah... manyak je articles psl ni TAPI kalu anda mengalami problem ini atau tak sure sila consult your clinician ye.. jangan amik bulat2 apa yang ada di internet. Tak semua info betul.... sekian terima kasih

Sg Buloh Hospital

ye kawan2, 2 minggu ni ku akan posting ke Hosp Sg Buloh....

seminggu sudah berlalu, tinggal seminggu lagi...

aku okay je pegi situ, sbb ku rase spital tu best.. (actually jakun sbb tak pernah pegi spital KKM)

paperless system diorang ada advantage ada disadvantage... untuk orang baru cam aku, mmg terkial2...

best jugak attach ngan clinical team.... aku mmg masih suka ngan clinical tp saje malas nak on-call memalam

tak best ward round dari pagi sampai tengahari.. lama dah aku tak gi ward round, cramp gak kaki!!! uiskkk
tu sib baik satu ward je... kalu kena 2-3 wad haru weihhh

best sbb dapat nengok how they manage RVD+ patients..now i've learned the HAART regime and hapal nama2 antivirals ahahhaha yg selama ni pandang je and tak pernah hingat2...

tadi gi TB clinic, sib baik tak suruh attend patient... hahahha stethoscope dah lama 'gantung' beb...


tak best sbb kena drive pegi 36km and drive balik another 36km...
sib baik bergilir ngan member aku

yg tak best sbb kena kuar awal before 7, kol 5.30 kadang2 kul 5 aku dh bangun... uhuk uhuk
bila kuar awal nih, aku makin terkial2 la nak ngantar bebudak ke nursery..

sampai selalu before 8, yang best parking BANYAK and senang tak cam PPU*M, yg sampai kul 7.40am pon lom tentu dapat parking
selalu try carik parking jauh dari bilik boss ahakkss... so that kalu cabut awal, dia tak nampak hehehheh

pape pon tapi sib baik tak leh pon ku cabut gaks leh cabut awal sket so that leh lari dr traffic jam

best sbb cafe byk pilihan nk makan.. tp kalu aku keje situ 4-5 tahun, sure buhsan gaks food yg sama

malas makan kat cafe leh kuar mkn luar tp kena org Sg Buloh la kena bawak... cuma diorang takleh kuar awal atau balik lunch lambat sebab boss strict so tak leh nak meronggeng sangat isk...

tp kami sempat singgah raya kat Ikea
next week plan nak melawat Fabmom kat TTDI heheheh\\

apape pon, ku harap ku gain something from this posting insyaAllah... at least ku nak khatam bab clinical, diagnosis & management of RVD patients... and also their associated opportunistic infections (OIs)

okay tu je....

pape pon, ku agak tak sempat nak berblogging sbb pagi ward rounds or clinic PLUS blogspot.com kena blog ngan spital ahakksss........


---

Saturday, October 3, 2009

datang raya

tadi ada 3 orang budak (dalam umo 7-9 tahun) datang raya rumah ni...

aku tak kisah kalu nak datang raya tapi yang tak sedap nye, datang macam penyagak pon ada.. sorry to say that, tp biar lah proper berbaju raya etc...

- ni datang ngan baju biasa je (read: comot) - takde ropa nak datang beraya tp cam dtg nak merompak!!

- tekan loceng rumah cam nak tercabut loceng tu.. (keep pressing though aku dah suruh berenti picit sbb nak bukak pintu!)

- aku lambat bukak pintu, leh diorang nak panjat pagar tuh -- hampeh kan??!! kan aku dah kata macam penyamun!

- masa aku tgh tanggalkan anak kunci dari mangga kunci tu diorang dah menolak pagar tu nak masuk dalam rumah iskk

- masuk rumah aku cam masuk rumah sendiri -- terus buat cam rumah sendiri and terkam laptop aku (biar benar!!)

- hidang minuman / kuih -- 2 orang tu seronot sbb aku bagi minum air ribena kelasss auntie ni!! . Lagi sorang tu suka dgn satu kuih tu siap tanya "acik buat ke kuih ni sedap laaa.."
"alahai nak oii... acik ni beli je, mano la sempat buat.."

lagi sorang tu siap cakap " air tu sejuk tak?? saya tak leh minum air sejuk. teh 'O' panas takpe.."
lorat kan diorang ni... anak sape ntah??!!

- nampak plak mainan bebudak ni diorang sibuk main plak... isk ni ada yg berkampung kat rumah ni plak ni. So aku naik amik duit raya...

- pehtu nak guna telefon nk tepon mak plak... Ya Allah... geram gak aku. Tp takpe lah aku bagi je lah. So dia tepon ckp kat mak dia, dia ada kat rmh ni.. (dh la dial no HP, sabo je lah)..

- nway, ku berjaya halau buat diorang balik pas aku paksa abiskan air n hulur angpau raya... tp dan-dan melangkah keluar pintu rumah (belum keluar pagar taww..) diorang bukak angpau and seronok dgn nilai yang tak seberapa yang aku bagi DAN campak sampul duit tu depan pintu rumah aku... sabo je lah...

- keluar je rumah gi berlari2 ke arah mamat guard yang menjaga booth guard dekat depan rumah aku tu....

- pastu mak budak tu call rumah aku and tanya rumah aku kat mana and pesan soh anak dia tunggu sebab dia nak jemput anak dia balik. Apakah???


so conclusion nye.. raya sekarang dah tak macam dulu. Cuma yang masih sama adalah bebudak pegi beraya rumah orang tak kenal utk kutip duit raya. Tp penghayatan ttg raya tu tetap ZERO! Budi bahasa ntah ke mana..
aku pon pelik la ngan bebudak zaman lo ni...
harap2 anak-anak aku tak jadi gitu.
Biar diorang tak pegi beraya drpd pegi beraya and dikutuk orang sebab tak berbudi bahasa... yang disalahkan tentu lah mak bapak kann.... buat malu mak bapak je!!
ini ntah-ntah mak dia pon tak tau yang dia kuar beraya ke rumah sape2 ntah...
lagi pon, aku rase dah tak selamat bebudak ni keluar beraya sendiri... zaman sekarang ni ada macam-macam orang... na'uzubillah

so kepada parents out there --
*tolong prihatin dgn kegiatan anak2 anda...
*kalau ye pon nak beraya, tolong ajar diorang kenapa pegi beraya bukan utk kutip duit raya semata-mata
*kalau boleh tak yah la bagi beraya sesama sendiri ke rumah yang tak dikenali.. utk elakkan perkara2 buruk terutama untuk anak2 pompuan (anak2 lelaki pon bahaya jugak)
*gi je lah beraya ngan family ke rumah jiran tetangga

nway, ku tak kisah kalau nak dtg beraya... Haziq & Fatini seronok je bila orang datang beraya. Lagipon tetamu datang rumah kan bagus... membawa kuar dosa2 rumah kita.... tp berbudi bahasa lah....

nota kaki:
kami pon belum beraya rumah jiran2 depan rumah (jiran sebelah rumah sume
cina) -- hari ni hubby on call. Nak gi open house pon tak dapek ada 4 tau
jemputan isk..



---

100th entry

sedar tak sedar (ewahh.. ala-ala lagu Ziana & Awie plak...) dah entry ke-100 dah.. banyak gak aku merapu ehh??!!

well i started blogging since March this year.

Masa tu ku banyak spent time masuk susuibu.com sbb menuntut ilmu ttg breastfeeding. And since then, i've been bloghopping to other mommies blog. Banyak informasi yang ku dapat... ku juga dapat ramai kawan di alam maya di sini...

selain tu ku mula berjinak2 dgn CDs... memula asal nak berCD utk Fatini time malam.. so, ku mula mencarik info2 ttg CD jugak...

dan dari bloghopping gak ku mula kenal 'babywearing'..

konklusi nye, we are back to good 'ol days..

dulu-dulu mak-mak kita pakaikan kita kain lampin -- now kita plak mula pakai 'kain lampin' (cloth diaper) balik...

dulu-dulu mak-mak kita mmg menyusukan kita dgn susu ibu, tp pastu sibuk zaman susu formula -- tp sekarang kita balik ke zaman mempopular kan susu ibu balik...

dulu-dulu ada mak-mak kita yang mengendong kita guna kain batik, pastu ada plak bibik2 yang mengendong anak-anak majikan guna kain batik -- sekarang kita popular kan balik zaman 'gendong-mengendong' nih , tp lebih moden guna ringsling lah, pouch lah, mei tai, SSC dan macam-macam lagi...

apape pon, dari pembacaan, pengamatan dan pengalamanku yang seciput nih...

SUSU IBU mmg the best.. alhamdulillah sudah 3 bulan lebih aku masih berjaya exclusively BFing my Faris..

dan aku berjaya mempengaruhi beberapa orang member seperjuangan ku agar BF baby diorang. Frankly speaking, kawan2 ku macam aku gak, mmg sedar sangat2 la kebaikan susu ibu ni, tp sbb kurang nye ilmu pengetahuan ttg BF tu yang agak 'failed' tu...

and alhamdulillah rutin kerja kami di lab tu agak mengizinkan kami meneruskan niat murni BFing dan mengepam sekerap yang mungkin...

and aku kengkadang tu jadi 'consultoid' tak bertauliah plak bila ada yang bertanya ttg tips2 mengepam dan menyimpan susu ibu nih.. ku cuba membantu sebaik mungkin.. ku pon budak baru belajar... sama-sama bertatih lagi... pape pon, ku bangga kira nya ku dapat membantu..

dan ku sangat bersyukur jika segala usaha ku utk BF ni mendapat sokongan dan jadi motivasi pada orang lain... hmmm jangan main2 sebab freezer pantry kitorang tu mmg penuh ngan EBM. So far ada 6-7 orang gaks yang giat mengepam kat jabatan aku tuh.. and yang coming soon pon ada gak 3-4 orang...

Aku je simpan EBM dalam fridge bawah (not freezer) and now ku keep telling orang lain, better simpan dalam chiller drpd freeze kan terus and citer ttg tips penyimpanan EBM... and ku rase pas ni, penuh plak kat dalam peti ais tu jgn ada salah amik EBM orang lain udah...


ttg CD plak, ku baru pengaruhi 2-3 orang (tu pon member2 MO aku je). Tp ku tak mahu memaksa, biar terbuka hati memasing sbb honestly CDing ni mungkin tidak mudah utk semua orang...

mungkin ada yang kata 'malas' nak membasuh tp kadang2 perkataan 'malas' tu lebih kpd simplifikasi kepada kekangan2 lain.. contoh nye -- bagi ku sendiri.. mmg tidak mudah bila ku takde maid. Anak baru 3 orang tp ku rase urusan rumahtangga sangat mencabar, ditambah dgn status ku sebagai pelajar sepenuh masa tp masih bekerja / servis seperti biasa.

Honestly, di rumah, ku mmg tak sempat langsung nak mengadap buku. Bak kata member ku, beg ku yang pandai sbb nye buku dok dalam beg je usung ke sana sini tp tak sempat bukak! arrghhh...

kita tak boleh samakan diri kita dgn orang lain... bila orang lain boleh buat, bukan bermaksud kita tak boleh buat tp bukan jugak bermaksud kita boleh buat (ehh apa aku melalut nih??) apape pon, masing2 sila tepuk dada tanya selera....

babywearing plak -- ku masih belum fully utilized this BW.. honestly kekadang ku rase pakai stroller lagi senang. Jadinye, tu sume bergantung pada niat masing2.. bagiku, ku try BW kalau boleh, tp kalau keadaan kurang mengizinkan, ku hangkut je stroller (tp aku bukan selalu keluar pon.. kalu shopping, baik ku kuar sorang2 dgn member2 time lunch.. sbb leceh la nak bershopping dgn 3 orang budak ni, drpd diorang hilang kat shopping complex baik aku kuar sorang2... betul tak??)

okay, that's my 100th entry.... updates on my niat asal ber blog nih....

apape pon, harap entry2 merapu ku dapat menjadi bacaan ringan utk orang lain. Harap tak ada yang terasa hati dgn penulisan ku.... ku menulis bukan kerna nama ehh....

okay...............

babai.......


---

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails