Monday, December 28, 2009

AVATAR: acik suko...




hahahha... tadi sempat 'dating' ngan boipren lama (ehh still boipren tp dah upgrade jadik DH heheh)

DH gi anta keta repair kat PJ, then yours truly menyusul sejam kemudian dgn "ticket booking number" (book guna GSC e-ticketing, senang & mudah.. acik suko!) dlm henpon... janji amik DH then gi nengok @ GSC MidValley...

overall.. i loike...

acik suko acik suko....

ai memang suko citer2 gitu yang tak yah pikir... just enjoyzz!!!

lamo tak tengok wayang, last sekali citer Upin & Ipin ari tuh... (owh ye ke??) owhh sangat lama kan?? Tu pon dgn anak2.. kali ni kasik can la dating berdua-duaan...

sape nak nengok gi lah... 2 jam 1/2 tak rase pon... sempat breakfast hotdog, and gi toilet bagai... hik hik hik...

memula nak nengok Chipmunks.. owhh kalu citer gitu, jgn harap lah bleh dating.. sure tak layan punya..


---

Thursday, December 24, 2009

kenapa mesti nak tengking orang??

kisah ni masih fresh...
aku baru balik dari Bangi..
hari ni last day kat Inbiosis so kitorang singgah lunch kat Yus Satay Kajang, pastu pegi butik MyDreams kat BBB..

kat MyDreams mmg ada sale, tp dah tak banyak nursing tops yang tinggal.. owhh sungguh sedey (tp poket saya happy sbb takde lah 'rabak' sangat heheh)

pastu masuk lah sorang mamat ni, kecian tangan nye sebelah bersimen (apalah musibah yang menimpa wallahualam)..
dia datang membawa b'pump S3 si isteri (of course la kan, takkan la abang tu punya hahahah).. kisahnye, pam tu 'rosak'. Yg ku dengar2 dia cakap suction tak kuat (ke apa ke??)

pastu adik kat situ cakap kat dia, yang diorang perlukan complete set (ie dgn tube) utk diorang testing apakah masalah pam tersebut.. tp brader tu sah la bawak body pump je. Brader tu suruh test dgn tube yang diorang ada .. err of course la tak boleh bang, yang ada kat kedai kira brand new utk jual, kalu bukak abang kena lah beli!

pastu dia kuar kedai then datang balik.. cakap bende2 lain kat rumah (something macam tu lah..). PAstu aku dengar la yang adik kedai tu nak explain kat brader ni pasal pam kalu rosak kena bawak repair centre.. tapi tetiba aku dengar
"yes you do that!!"
"you amik pam ni, anta repair!!"
tammmm!!!! (bunyik meja kena ketuk!) ye... brader ni telah mengetuk meja dengan amat kuat nye (dengan tangan tak bersimen dia of course tp saksi lain cakap tangan brader ni dah nak naik sampai ke pipi adik kedai tuh)

dia hangin sbb katanya adik kedai tu meninggi suara dengan dia.. err aku yang memang dok kat situ macam takde plak dengar adik tu tinggi suare??!! Tak tau lah kalau ada nada adik tu yang dia tak senang gamaknya..

aku pon tak pasti lah kenapa brader tu hangin sangat...

tp dia memang terus tengking dan tengking dan tengking.. siap ugut budak tu
"jangan sampai tangan saya naik kat muka awak!"
"awak ambik pam ni, anta repair. We bought this thing from u nicely, but u cheat us yada yada..."
"ok, nanti kami hanta repair"
"awak tak tau sape saya. Saya report awak kat boss awak. Bagi sini no tepon boss awak"
adik tu malas nak layan banyak, bagik je lah (yelah.. orang mental macam tu jangan layan and jangan lawan!)

aku kesian kat budak tu. Yelah brader tu hingat dia superior sangat sebab dia sorang je JANTAN dalam kedai tu.. kami yang lain2 ni sume kaum Hawa yang kerdil, tu yang dia berani tengking tuh!!!

to cut story short, dia called boss kedai, adik tu pon called boss dia gamaknye..
and diorang setuju bagik brader tu pam baru.. ye pam baru kawan2.. padahal pam dia udah beli bulan 7 dulu, dan masih tak tau lagi apa diagnosis nye...

owhh memang best dapat pam baru.. tp dengan cara begitu, berbaloikah?? Berbangga kah anda???
Berbangga kah Puan AA dapat pam baru??? Kalau lah puan tau dan nampak apa yang suami puan buat/cakap dgn adik kedai tu, mesti puan akan malu sendiri.. aku sangat kesian dgn isteri brader tu... memang pam tu sangat berharga, tp budi bahsa lebih berharga!!


di manakah budi bahasa kita kaum melayu, orang islam??

kalau ye pon adik kedai tu meninggi suara, perlukah beliau ditengking dan dilayan sebegitu rupa??
tolong lah brader, bayangkan adik anda ataupun isteri tercinta awak dilayan macam tu?? Siap nak ditampar oleh orang tak dikenali.. apa perasaan anda??

aku memang tak tau lah kenapa orang nak buat macam tu...

tahap sabar aku pon ada batasnya.. in fact masa makan kat kedai satay Yus tu pon aku sempat 2x 'marah' kat budak waiters situ, 1st sebab aku order mee hailam, sampai sudah tak sampai2 sebab dia lupa ye LUPA nak inform kat tukang masak! 2nd, aku order satay bungkus, lebih 15 minit tunggu aku hanya nampak bebudak tukang kipas satay tu hanya goyang kaki, bila aku tanya, memang budak tu tak terima order satay ku.. owhhh sape tak hangin?? Memang aku marah nada agak tinggi, tapi takde lah sampai nak sepak orang.. (ke sebab aku wanita dan yang ku marah tu lelaki???).. owhh tidak... suare ku tinggi sebagai tanda aku memang marah sebab hak aku sebagai customer tak dipenuhi.. aku order & bayar..

tp brader tadi, dia tak boleh marah tengking terus sedangkan tak tau apa masalah nye lagi.. mana la tahu kot2 memang pam tu pernah terjatuh ke, atau memang faulty sebab lama pakai (heavy duty).. dia dah beli lebih drpd 5 bulan, jadi semestinya masalah berpunca dari penggunaan bukan masalah production dari kilang.

kalau doktor pon tak diberitahu signs symptoms dan history yang proper, kami takleh nak diagnose penyakit anda..

kepada adik kedai tu ~ bawak2 bersabar. DAN kalau memang awak mmg ada ternaik suara, sila lah muhasabah diri.. jadikan pengajaran. Unfortunately, customers are ALWAYS right!

kepada brader tu ~ err.. tolong TOLONG lah jaga temper tu. Biar bertempat. Jangan jatuhkan air muka orang lain di khalayak ramai.. anda ada adik perempuan, ada isteri malah ada anak yang mungkin jugak perempuan, bayangkan kalau mereka diperlaku kan sebegitu... tolong fahami etika jual beli, barang2 ada warranty, tak boleh la sume yang rosak nak mintak baru (aku tahu dia bukan mintak ganti baru, tp cara beliau kurang tepat!). Tengok dulu apa masalahnye..

kepada peniaga ~ aku rasa tak patut 'give in' dengan orang yang macam tu. Aku rase tak patut 'ganti baru' utk selesaikan masalah.. patut nye bawak berbincang. Adik yang dia tak puas hati tu patut 'berundur diri', biar dia deal dgn orang lain (mungkin lebih bagus dgn boss sendiri). Cerita balik prosedur repair/replacement barang yg under warranty.
Bagaimana dengan orang yang datang dengan budi bahasa sopan santun, adakah mereka dapat pam baru?? aku rase yang bersopan santun patut bagik pam baru. Yang mental macam tu, boleh blah... kalau dia naik angin macam tu senang je, tepon polis!! (aku dah bgtau kat adik salesgirl lagi sorang, kalau mamat tu buat hal lagi, terus tepon polis! owhh kenapa aku tak masuk campur??? ko gile?? Nak suruh aku free-free makan penampar dia?? Tak pasal2 kang kena 'swing' dgn tangan yang ber'cast' tu!!)


orang yang tengah 'terbakar', minyak bukan penyelesaian, kadang2 air juga bukan penyelesaian.. menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bersepah...


cerita ini memang berkait dengan orang yang masih hidup. Aku mintak maaf kepada yang terlibat.. tp yang paling penting, pengajaran di sebalik cerita ini..

wallahualam.................

"Ya Allah, semoga kau kuatkan iman ku.. Kau lindungi ku dari amarah ku... "

**aku memang seorang yang baran... tp dengan orang yg tak dikenali, baran ku agak 'terkawal', but DO NOT trigger THE BUTTON!!.. aku tak suka nak hangin tak tentu pasal, sakit dada weihh.. BP naik, heartbeat racing.. tak best tak best!!**


---

Monday, December 21, 2009

jangan percaya..

suatu pagi ni aku tertonton sebuah rancangan motivasi tp dah hujung2.. basically aku pon tak sure dia cakap pasal apa.. tapi yang aku tersentap tu bila tiba-tiba statement beliau keluar

"jangan percaya dengan doktor yang cakap mak ayah kita dah takde harapan"
"bahaya ni doktor yang macam ni"
"semua nye kerja Allah..."


err memang betul semua kerja Allah..
kita sebagai manusia patut berusaha selagi mampu. Doktor pon bukan Tuhan.. tapi aku rase lagi BAHAYA kalau carik doktor yang bagi u 'harapan palsu'

doktor ni ada etika kerja sendiri. "Do no harm"

kalau pesakit kritikal, selalunye memang kena bagi family members tahu..

aku sangat la tak kenan kalu doktor yang cakap patient 'stabil' tp sebenar nye tidak. Aku lebih suka kalau family members diberitahu setiap detail/masalah pesakit dan juga pilihan2 treatment/management yang ada..

ini pernah terjadi pada aku sendiri 3-4 tahun lepas.
Abang ipar aku kritikal di ICU (bacterial pneumonia with meliodosis).

Asalnye dia hanya suspect demam denggi sbb cek darah memang macam 'dengue fever feature' (dari ujian darah -- low white cell count & low platelet counts). Dia pon memang tak lalu makan/minum & dah sampai tahap dehydrated dah..
Tp H** refused to admit him even for rehydration therapy. Ingat lagi aku masa tu baru balik dari cuti-cuti Msia ke Genting. Balik je terus kitorang visit dia and janji nak bawak gi check up kat H**M keesokan harinye.

Kat A&E, kitorang amik darah dia then 'admitted' him sekejap kat observation ward for IV drip ('masuk air) then plan balik kalu results darah tak teruk sangat.

Tp tup tup masa tu, glucose dia tinggi, cek paru-paru ada signs of infection (padahal dia takde complain batuk apa pon)..
Bila buat CXR -- the chest was quite bad, he was admitted straight away..

next day, kakak aku called cakap abang ipar aku sesak nafas & doktor kena masukkan tiub pernafasan... "masyaAllah, semalam takde la teruk sangat.." terus aku & DH ke hospital. Masa tu dia dah di 'intubate' and transfered to ICU...

masa ni lah aku rase sangat helpless.. memang aku tak boleh buat apa-apa, aku serahkan pada doktor pakar di ICU.. specialist yg treat abang ipar aku masa tu jumpa aku and interview aku sket. Then bagitau aku prognosis abang ipar aku. (which was not good lah kan)
then dia tanya aku "u want to tell ur sister or u want me to tell her??"
"no, u go ahead. You tell her please"

aku memang tak sanggup.. worse cos i know 'it' myself

so dia cerita dengan kakak aku dari A to Z.. what happened, how it happened etc.. then she told my sister what they had done so far and what they were going to do, their prediction as well as the possible outcomes...

bagi aku, itu memang sangat perlu.. ikut psychology, memang kita akan berada dalam 'denial state' masa memula terima berita buruk, tapi kalau berita buruk tu disampaika dgn cara yang betul, insyaAllah kita akan cepat terima keadaan.. tambah plak kita sebagai orang Islam, ada pegangan..

memang kakak aku & family lain sangat sedih!!! Tapi kami redha kalau itu ketentuanNya.. setidak-tidak nye doktor tu dah bagitau kami semua kebarangkalian (let it good or bad)..

tapi alhamdulillah abang ipar aku recovered setelah dekat 2 bulan dok ICU..

bayangkan kalau kami tak diberitahu apa yang jadi..?? atau bakal terjadi??

dan kalau sesuatu yang sebaliknye berlaku?? Tentu kami akan salahkan doktor kan??

well, that's the ugly truth..

bayangkan kami para doktor yang nak menyampaikan berita buruk?? Boleh anda bayangkan betapa dup dap nye jantung kami dalam nak memilih perkataan yang terbaik utk disampaikan?? silap2 ada plak yang kena tumbuk ke?? Tak ke haru??
masa aku keje kat A&E pon gitu gak... sangat la susah nye nak 'pilih' perkataan terbaik nak disampaikan pada family members bila patient passed away. Kalau patient cina, kena guna approach lain, kalu india pulak lain, kalau Melayu/Islam pon lain gaks...
language barrier pon masalah jugak.


Pernah masa memula aku kat A&E, ada satu kes ni, aku bagitau ngan family chinese ni
"sorry, mak you sudah 'takde'"

dia bleh senyum and ckp " oh.. sudah takde apape ye?? good good"

ehh aramak, aku salah pilih word la plak, then aku explain balik bebtul, dari mula mak dia datang A&E tu, masalah yang dia hadapi eg sesak nafas atau tak bernafas, takde degupan jantung etc. Then apa yang kami buat (eg intubate, CPR etc) then apa yang jadik eg no respond after 15-20 minit mencuba etc..
pastu baru lah amoi tu paham.. sorry lah kalu aku salah pilih perkataan terbaik..
sejak tu aku sangat berhati-hati bila nak sampaikan berita buruk.. owhh keje A&E memang banyak kena sampaikan berita buruk.. sungguh ku menci!!
susah wooo nak guna perkataan dan cara yang paling hikmah utk menyampaikan berita buruk tau...
back to the early part of this entry --- aku rase statement yang betul patut nya macam ni:
"carik lah doktor yang berterus terang dan dapat bercerita tentang semua perkara berkaitan penyakit & treatment / management pesakit"
"anda sendiri patut tanya apape saje yang anda nak tahu.. anda ada hak"
Tapi bukan tanya samada pesakit akan matikah? -- semua orang PASTI mati!
Bukan tanya 'Berapa lama pesakit boleh hidup?' Itu semua kerja Allah.. doktor mungkin boleh memberi prediction (prognosis) berpandukan penyakit/keadaan semasa pesakit tapi again-- semua terletak di tanganNya...
aku sendiri sangat 'senang' kalau pesakit atau family yang tau apa yang diorang nak tau (maknanye bertanya yang sepatutnya). Dan lagi mudah kalau memang ada 'ilmu' sket (tahu tentang penyakit serba sedikit). Tapi aku tak kenan kalau yang cuba 'challenge' ilmu medik / sains dengan 'myth' atau petua2 yang tak masuk akal atau info2 dari sumber yang ntah hape-hape.
(Sila berhati-hati kalu mencarik maklumat di internet. Pastikan sumber anda boleh dipercayai!)
mungkin kadang2 anda akan berjumpa dengan doktor yang 'menyakitkan hati', tidak sensitif, ataupon 'bolayan' tapi doktor pon manusia.. nobody is perfect! (cuma doktor2 yang macam tu, bukan salah ibu mengandung, tp memang perangai memang dah macam tu, tak dapek den nak nolong!)
malah pesakit mahupon keluarga pesakit pon ada macam2 perangai... earlier said, nobody is perfect.. kita hanya ambil mana yang betul, yang salah jadikan sempadan.
prinsip aku senang, kalau aku tak nak orang buat aku macam tu, aku takkan buat kat orang lain. Atau kalau sebelum aku cakap sesuatu atau buat sesuatu, aku akan cuba meletakkan diriku di tempat pihak yang lagi satu (try to put yourself in their shoes)
kalau aku kurang ajar kat orang, orang lain mungkin akan berlaku kurang ajar balik, tp mungkin bukan pada aku tapi pada mak aku ke abah aku ke family members aku yang lain ke.. sure tak nak kan??
(paham kah?)
so, tepuk dada, tanya selera..
"what u give is what u get"
wallahualam
---

Sunday, December 20, 2009

Faris & AGEL

ye.. last Thursday timbang, dia dh 8.7kg..

pastu cucuk 3rd dose DPT Hib, IPV.. tak nangis cam biasa lah hero ai yg sorang nih..

next week kena bawak lagi utk cucuk Hep B plak..


3 hari lagi genap Faris 6 bulan.. hmm pasni bleh pikir nak bagik dia makan plak..

selalu lah buat2 bagik dia or suap dia guna sudu tapi mesti dia tutup mulut hehhehe mesti dia ingat orang nak sumbat ubat kat dia... sebab now dia hari2 kena minum Agel 1 sudu pagi & 1 sudu malam. Tu yang kalau hulur sudu dia tutup mulut hahahhah


ingat tak ari tu bila aku cakap Faris wheezing & kena amik nebs 2x??
tak lama pastu, dia kena balik... plus demam.
Aku cam dah tak sedap hati nak terus bagik dia ventolin syrup, sbb nanti kaki dia akan terketar2..

So finally aku contact Salwa @ibukauthar untuk beli Agel UMI & EXO.. alhamdulillah lepas habis 1 pek, secretions dia berkurang.. (actually aku beli 2 pek each, tapi satu pek EXO & UMI tu Fatini & Haziq telah bedal tanpa pengetahuan aku... so kena roger2 Salwa balik utk get more stock, tp UMI ni memang hotcakes gamaknye, punya lah susah dapat stok ekkk...)

so, now aku still bagi - 1 sudu kecik UMI malam before tido & 1 sudu kecik EXO bangun pagi (before feeding).

Alhamdulillah secretions dia berkurang banyak kalau dulu tu memang berbunyi je tekak tu, tp dia akan wheezing jugak kalau time sejuk cuma takde lah macam dulu... dan sangat jarang lah..

bacalah kisah Agel ni kat sini atau sini atau sini

keberkesanan nye memang ku percaya sebab it contains high vitamins and antioxidants sbb tu ku yakin bagi pada Faris.
cuma, maaf ku terpaksa cakap, harganye agak mahal bagiku.. Untuk Faris, satu pek tu boleh la tahan 4-5 hari.. hmm now dah masuk pek ke-3..


---

ad hoc party

just for family.. and it was 'bidan terjun' @ ad hoc @ 'surprise' party (surprise to orang yang dijemput, orang yang diraikan mmg dah tau)


pagi tu before aku gi keje (on-call), tetiba datang itu idea..
sebab janji nak belikan Fatini kek, tp cam tak best je mau POTONG berlima beranak je...
tambah plak aku mmg plan nak masak soto hari tu, tu yang terus calling teman 20 celcom kakak2 & abang2 aku yang dok dekat2.. just datang utk makan2 kecil-kecilan...


tp sebab ad hoc kan, abang aku 2 orang takleh datang. Sorang anak baru POTONG, sorang lagi bercuti di Kuantan...
adik aku plak tak dapat dikesan, mak cakap dia gi cuti ngan member dia...


on-call okay, tp cam biasa kul 2-230pm baru abis lah.. terus zupp ke Tesco -- beli kek & belon dan sedikit jajan...


balik rumah terus singsing lengan ewahh.. padahal, most of barang maid aku dah siapkan, tinggal campak dalam periuk belanga je...hihihih...

adakah anda rase haku akan buat party ad hoc gini kalu tiada maid?? owhhh sudah tentu tidak... haku akan wish ada magic pot ke, duit banyak dalam bank ke so that leh panggil pizza delivery atau buat je kat restoren atau hotel memana hehehhe



the food - main dish - soto ayam dgn pegedil, macaroni sup (kakak aku bawak), nugget & calamari ring, dan kek Black Forest feveret




the cake.. owhh she wanted a Barbie cake, tp dah namanye pon kek bidan terjun.. tu je lah mummy sempat carik!!




sorry kakak, no Barbie -- but these 2 ugly things (PINK ultraman?? & Doraemon ada misai??) jadik la kan...




3 beradik.. Fatini & Haziq pakai jubah yang kakak aku yg baru balik Mekah bagik.. so ala-ala tema hikayat 1001 malam kah??




our family



POTONG time...



tak saba nak makan kek



"jilat pisau pon sodap nih.."




now u know why i bought 2 'figurine' yang huduh itu..

selalunye PINK is Fatini & BLUE is Haziq (look at thier plate), tp bila dah ultraman tu, pink pon pink lah kan..


susah nye nak amik gambar tiga beradik nih..



sesi bermain di luar rumah lepas perut kenyang. Fatini & Haziq with their new bicycles..
owhh rabak la poket kalu tiap kali birthday kena beli 2 hadiah.. isk.. ni kalu Faris besar, 3 hadiah kah sekali b'day??
Maknanye birthday sorang-sorang 3x setahun.. owhh tidak... kenapa la tak lahir bulan sama ka, hari yang sama ka.. kan sonang mummy & daddy gitu...






MY BABY

my nephew's wedding

nikah : 5/12/09 @ Felda Jengka 14
bertandang : 12/12/09 @ Kg Kenanga Rawang

ni anak lelaki arwah abang aku no-2.. umo sebaya ngan adik lelaki aku yang still bujang terlajak (ntah bila nak kawen ntah??!! ada sesape nak masuk minang??)

CONGRATS Keyol & Azura...


eventhough ada pengantin yang comel lote make up bagai... anak teruna i yang sorang ni yang menjadi pojaan ramai... tambah plak masa pengantin sampai, dia tgh buat aksi porno tak pakai baju (sebab kepanasan pakai t-shirt berkolar err.. tgk perut lah kan.. ihikss...)


the famous one..


ni muka mengantuk, tensen asyik kena peluk cium... yang pelik tu, adik beradik pengantin pompuan pon sibuk dukung & peluk cium si teruna ai nih... masa kat Jengka ari tu pon gitu, so diorang masih hingat ngan pipi labuh Faris nih gamaknye... ehhh memang sume yang tegur, akan tegur & cubit pipi dia...) "owhh mummy can imagine, sure sakit, dik kan??"





the family ~my side




nway, SELAMAT PENGANTIN BARU Keyol & Azura.. semoga kekal ke anak cucu cicit piut etc...

Thursday, December 17, 2009

celebration & flu

well, no proper b'day celebration for Fatini yesterday..

mummy was down with flu.. bangun2 je tido semalam rase nak demam & sakit tekak sangat2... sepanjang hari pening kepala.. owhh sangat tak best!! Lama tak demam gitu...

balik from Bangi plak lambat semalam sebab uruskan borang KWSP pastu makan Ayam Penyet (best best!!), pastu kena gi amik keta yang DH service kat PJ, bawak keta pon cam weng semacam...

sampai je rumah dah 4.30pm, kek hape sume tak beli lagi...

mummy plak landing terus... sakit bena kepalak ni..

malam tu, gi tapau KFC je -- itulah celebration utk Fatini.. (tapi yang lagi tak best nya, Haziq dah tido, Fatini pon tak makan sangat...)

owhhh sorry my dear, nanti weekend ni kita beli kek ye.. sorry mummy tak tepati janji uhuk uhuk (semalam before gi keje janji nak belikan kek.. balik2 tu dia bertanya mana kek??.. ohh sorry sesangat dear)


to auntie2 yang wished Fatini, terima kasih
bebanyak....
cik Dian, kami pon tak dapat mencicipi sebarang kek.. harap cik Dian belikan lah saya sebiji kek utk kita cicipi bersama, terima kasih ;)


pagi ni mummy still demam & sakit tekak & pening kepala.. rase cam malas nak ke Bangi tp hari ni agak penting gak sbb nak belajar pasal 'sequencing'... hmm... tghari ada lunch talk plak kat opistal.. dapatkah ku bertahan dengan kepala yang nyut nyut nih???

oh ye, fyi, aku tengah attach kat INBIOSIS Bangi utk belajar molecular techniques di sana selama 2 minggu.. mostly are class & demo session yang diberi oleh adik2 yang mengmbik Masters in Science... yang best nye, session pagi sahaja so petang free.. jadi minggu ni memang banyak keje kena selesaikan al-contoh bawak maid gi FOMEMA utk renew visa, bawak Faris cucuk 5 bulan, baiki keta, pegi JPJ, etc etc


owhh.. tahun 2009 hampir ke penghujung, begitu juga tahun hijrah 1430... kena buat azam nih... lama dah tak buat azam...

apa azam anda??? owhh aku sudah weng semula
---

Wednesday, December 16, 2009

HAPPY BIRTHDAY, MY BABY

today is her birthday...

dah 5 tawun umo baby mummy nih...

NIK FATINI BINTI BIK AZUAN

DOB: 16/12/2004 @9.44pm (@40 weeks + 4 days, EDD patut 12/12/2004)
POB: PPUKM (HUKM then)
MOD: SVD with episiotomy
birth weight : 2.97kg

masih segar lagi ingatan tentang kelahiran anak pompuan ku yang sorang ni..


semoga Fatini menjadi anak yang solehah kepada mummy & daddy...
menjadi kakak yang baik kepada adik Haziq and adik Faris....


p/s owhh.. plan nak belikan kek utk dia esok.. tak sure lagi nak celebrate camane...


---

Monday, December 14, 2009

Malaysia Boleh!

Semi final football (men) @ 25th Sea Games

Malaysia 3 - Laos 1

CONGRATS!!

First half they were good... we were leading 1-0
2nd half they went sloppy, lost & disorganized - Laos equalized @ 74th minute

haaa barulah gubra..

Alhamdulillah they quickly woke up from daydreaming and had another goal and another 10 minutes before time..

hmm.. aku memang layan bola.. in fact any games/sports...
cuma aku pelik naper Sukan SEA kali ni takde coverage
ni pon sebab masuk semi final ke baru ada live cast??! Ke sebab Menteri Belia & Sukan masuk campur??

aku rase ramai je orang Malaysia ni yang masih nak sokong team kita.. janji main jangan poyo... biar kalah tapi semangat melawan tu ada...

tp ku kesian tengok players Malaysia -- kurus kering cam tak cukup makan.. owhh mana otot-otot kental kalian hahahha

anyway, GOOD LUCK in the final game -- lawan Vietnam.. hmm.. kalu main poyo memang lunyai la kena ganyang... pape pon, with the spirit Malaysia Boleh!, i know Malaysia Boleh!!

ole ole ole...


mode: happy / semangat Malaysia Boleh hahha poyo kan... (lama haku tak layan bola.. dulu tengok gak EPL, World Cup tetengah malam etc tp ni sejak beranak pinak memang dah tak layan esp bila games selalu nye pepagi buta.. owhh baik ku tido hehhe)
---

Sunday, December 13, 2009

FatiniHaziqFaris


another 10days Faris genap 6 bulan.. maknanye lagi 10 hari jugak genap lah mummy exclusively breastfeed si bolat yang sorang nih...
alhamdulillah, berjaya jugak.. and insyaAllah akan diterus kan lagi... selagi mampu diri ini..

tapi dia lom amik jab 5 bulan sebab ari tu dia batuk & wheezing, now dah okay sket..

ingat nak bawak minggu ni, tp kelmarin badan dia panas plak.. now ni memang lepas sorang, sorang demam..
last weekend hari tu, Fatini demam -- tonsils enlarged & inflamed.

since tuesday Haziq plak -- komplen sakit tekak and telinga. Now still feverish.. melepet je.. kesian betul. Rumah pon jadik sunyi bila dia tak bersuara sbb sakit tekak. Sib baik nak jugak makan nasik bila selera dia datang

malam kelmarin, Faris plak panas badan.. tapi semalam & hari ni dah okay... dia menyusu cam biasa, cuma cranky semacam semalam..


Faris dah tumbuh gigi.. aku perasan pon bila dia menggigit2 tangan aku masa aku tengah dok pegang dia. Tiba2 rase ada 'bende tajam', bila ku korek mulut dia SAH! gigi dah kuar.. 2 lak tu belah bawah... now bila menyusu memang dah terasa huwarghh... TOLONG LAH JANGAN GIGIT ADIK OOIiii... ni bila aku terjerit dia gigit, lagi dia gigit sambil sengih adalah.. isk...

pastu dah mula angkat2 montot,, pusing memang dah 360degree.. pastu mengundur ke belakang.. tau2 kaki dah sangkut bawah sofa.


look at my Crocs shoes yummy 'drumstick'.. sape mau???


Faris @ almost-6mth old


"our bundle of joy"

---

Saturday, December 12, 2009

successful story

hmm.. successfully pegi Crocs Clearance Sale semalam.. itulah kisah nya..

sesapa yang masuk pakai Crocs or 'fake Crocs' dia bagik sticker ni, so that tau la bukan pakai Crocs curik kan...

selepas attempt ke Coach Clearance Sale GAGAL dengan cemerlang last week, semalam kami (DH & I) berjaya ke Mines Shopping Fair @ Splash Park Level 5..


al-kisah nye, semalam aku amik off (DH pon mmg off) sbb Haziq & Payish demam so ingat nak bawak gi cek darah (kot2 denggi ke apa ke..) ... tp pepagi tu tengok cam dh OK sket, so tak sampai hati plak nak bwk gi 'cucuk' -- ehh trauma tau kalu cucuk sana sini ehhehe



tp jangan tiru saya ye, kalu anak demam/tak sihat gi bawak jumpa DR ye kekawan,kalu kena buat ujian darah, jangan refuse sebab mungkin ada perlu nye... kalu DR rase denggi, selalunye elok la buat ujian darah, kalu DR rase viral illness je, selalu tak yah ujian darah...



so, pas hanta Fatini gi sekolah (after MC 3 hari-- hehehe mummy dia sesoka hati kasik MC free sbb demam), breakfast @ kedai mamak feveret Fatini, we all pon plan nak ke PJ.. tapi baruuu lah teringat yg Selangor cuti so most likely kedaii kat PJ pon tutup uhuk uhuk.. tepat tekaan kami bila called kedai tu orang angkat cakap kedai tak bukak hari ni.. (hmm... kedai tutup pon ada orang angkat tepon cakap kedai tutup kah?? owhhh hantu ke yang angkat tepon?? haahahhah)



kalu ikutkan mmg ku ada plan nak ke Crocs sale tu tp tghari la bila segala urusan lain selesai. Tp since urusan sume tergendala, so ku pujuk DH terus zupp ke Mines w'pon baru kul 9 masa tu (fyi sale starts @10am)..



so, DH pon ikut je lah.. sampai kat Mines dah banyak kereta okeh.. masuk dlm tu tengok kedai sume tak bukak lagi... "iskk ni mesti sume nak gi Crocs sales ni" kataku kepada DH (ewahh)


naik je tingkat 5 tu, masyaAllah sudah separuh lautan manusia ye.. kami pon sempat beratur depan pintu tuh.. tp this time confirm barang banyak beratus2 kotak, and selipar/sandals/kasut Crocs memang dah bersusun atas meja -- kompom there is SALES!!!
nampak kan kotak yang amat manyak and kasut yg dah bersusun atas meja tuh..(tak nampak pon sila lah buat2 nampak ye)


'the crews' memang jaga bebetul Q. Disables, pregnants women & orang tua memang ada special entry (hmm ku rase sangat la tak patut bawak mak yang berumur 80 tahun gi sale yg macam ni ye tp ada sorang nyonya ni datang tau, so dapat la dia and anak dia masuk cepat ceihh...)
ini Q depan aku..
ini plak Q belakang aku pd pukul 9.45am

Q sampai hujung sini tau


ni gamba sape ntah yang cam 'jakun' and happy semacam nih hehehhe


ni gamba kakak aku & anak2 dia yang beratur depan sket dari aku.. kami sampai sama2 lak tu, cam janji2 plak (tp x janji tau, dia sms aku masa aku pon otw)


kitorang adalah orang terakhir utk 1st batch yang dapat masuk dulu.. fuhhh sib baik tau, kalu tak kena nengok la orang lain membeli dulu


memula aku wonder kenapa la amoi ni bawak troli cam ni ye??


dah masuk dalam barulah ku tau apa guna nye troli amoi tuh.. sebab bila dah pilih 2-3 psg memang aku peluk je kasut2 tu pastu dah takleh memilih lagi... isk.. jadinye ramai yang mintak kotak kosong utk bubuh hasil 'rebutan' hehehhe (amoi tu mesti selalu pegi sales macam ni agaknye)


the empty boxes, the eager buyers


indescribable crowd, bayang kan sendiri je lah..ku tak sempat nak snap banyak gamba pon sbb sibuk berebut owhh memang penyek you!!


dah tak nampak barang, pusing2 asyik nampak worang aje


almost there... nak baya pon Q panjang wooo..


when we left... Q sampai bawah escalator.. masa tu dalam kul 11.45am kot..


hasilnya -- 3 pairs for myself, a pair of sandal & a pair of trousers for DH, lil shoes for my lil boy and a shoes for Fatini's bday present (tp dh sorok, so not in the pic)


my model..

overall, puas hati gak la mana tak nye, rabak poket den di tengah2 bulan nih...
sasari, alice tu dapat RM60 tau..
kasut yg ku beli utk Fatini & Faris tu RM50/pair je.. Haziq aku tak beli pape sbb hari tu dah belikan sandal
DH nye seluar tu RM50, dia suka!!

aku carik Olivia and Patricia/Adara tapi tarak lah... ada sandal Patra and Cleo, tp tarak size aku uhhh sedey...

so kalu ada yang nak pegi, my advices:


- pegi pagi2, no choice u have to go VERY VERY early okay..


- parking RM2 per entry, pegi belah Giant, naik sampai tgkt 4, then go to East Wing, u'll see the escalator to the Splash Park @level 5 (nasib tak baik, kena Q dari bawah la ye)


- bawak bakul pasar pon okeh sebab beg mmg dia tak bagi masuk (nanti dia bagi plastik tok boh handbag/any bags kita) kalu tak, leh mintak kotak kat dia tp ikut nasib gaks kalu ada lah. Kalu tak pon, bawak sorang utk tukang jaga barang (orang ni mestilah orang yang sanggup menunggu dgn penuh sabar)


- breakfast kenyang2, kalu mudah pitam dok tempat ramai orang, bersesak & panas, baik lah tak usah pegi.. buat naya diri je


- tak yah la bawak anak kecik, kesian kat bebudak tu.. mak bapak pon tak senang nak bershopping, orang lain pon tensen dgn anak u nanti


- lastly, enjoy yourself ahahahah.. kalu kena tunggu luar tu sila lah bawak bertenang tunggu orang lain keluar, sebab once dah masuk u memang tak ingat nak keluar hehheh (sebab dia bagik masuk sikit2, orang dh kuar baru dia bagik masuk lain)

---

Sunday, December 6, 2009

Coach Clearance Sale

pagi2 buta aku bangun untuk bersiap gi Coach Clearance Sale @ Armada Hotel..

memang dah planned dgn my SIL nak gi pepagi.. hehheh



at last berjaya 'pujuk' DH gi sekali (pas janji ngan dia nak layan pi tengok kereta)..



so, kul 8.45am gitu kitorg sampai kat Armada Hotel tu.. baya parking haram RM5 okeh..



memang ramai orang berduyun-duyun menuju masuk hotel tu.. dah agak ni mesti atas tujuan yang sama lah nih... isk



masuk dalam tu, depan pintu hall Nakhoda 1 dh 'packed'.. we all beratur agak belakaaaang la jugak.. sempat gak la borak2 dgn orang yg tak kenal yg sama2 beratur tuh.. kul 9 jenguk cam pintu tak bukak lagi.. kami dh tak keruan dah...



tup tup around 9.10am, kecoh2 kat 'depan'.. ropa-ropanya barang2 sume dah 'sold out'.. WHAT?? sape je yg sempat masuk...??



wahhh kecoh sungguh you... ramai x puas hati... mana tak nye, tak sempat apape dh 'tutup' pintu.. hampas kelapa betul kan..??/

aku & SIL tunggu jugak sambil 'gelak' tgk gelagat orang kat situ.. rase ada gak yg tahap mau pukul orang tuh.. tak puas hati punya pasal!!!

ada yang bising2 kata organiser penipu..

ada yang mintak balik refund parking (err parking hotel RM4 jugak tau.. cuba darab 200 kereta??!! rase ada lebih kot??)

ada yg 'bantai' budak hotel tuh -- err bantai = perang mulut lah bukan fizikal... at last barulah mamat organiser ni 'announced' bebetul yg all items sold out.. ramai x puas hati!!



bayang kan lah.. orang yg dtg awal dok bebetul depan pintu pon x sempat masuk..

lagi best aku tak nampak pon orang keluar dari bilik tu dgn bawak beg/barang Coach baru beli???!!! Adakah kami ditipu?? owhh tipah tertipu, bang, tipah tertipu!!



conclusion nye -- no Coach bag for me uhuk uhuk (betul ke aku nak beli kalu ye pon hehehe sebenonya nk jamu mata je...)

tp TAK PUAS HATI MEMANG TAK PUAS HATI...

ku hanya sempat 'jamu mata' dgn aneka Coach handbags yg orang lain pakai je hahahaha..........



ps aku tak jumpa connection cable camera so takleh nak upload gambo... ada aku snapped few pics masa tgh adegan 'panassss' tuh..


---

ku mahuuu...

disebabkan frust sbb kena tipu dgn Coach Clearance sale (ku story later ye), aku, DH n SIL gi carik makan kat area jln 223 tuh.. sbb DH nk gi NAZA World -- (sebab aku dah janji nak 'layan' dia tengok keta sbb dia teman aku gi that so-called Coach sale)



dalam nak ke tempat tu, kami tersesat and 2x lalu kat Suzuki kat situ (ari tu lalu kami tak nampak SX4 Crossover yang menjadi pojaan hatiku sejak nampak keta tu pada satu hari yang indah :D)

so tadi tengok tempat tu bukak, and ada plak SX4 tu, kami pon singgahh... owwhhh ku sangat teruja!!!


LAWA KANN.. *wink*



the best part when the saleperson tu cakap interest rate 2.8%.. price lama for the new facelifted Suzuki SX4 Crossover.. hmm terus ku suruh dia kira baper kena baya sebulan (hahhaha bunyik cam mau beli je kan?? )



pastu aku test drive......... BEST GILE!!!


KU TEST DRIVE KALER SILVER CAM NI LAH..



pick up bleh tahan for a 1.6cc car (err untuk aku yang tak reti sangat pasal keta, ku rase keta tu cukup best!!)

windscreen besar, side mirror besar -- sungguh puas hati memandang luar!!

keta tu tinggi sikit dari keta biasa tp rendah sket dari SUV biasa.. so aku tak tau ada kah SX4 Crossover ni kategori kereta ke SUV??!



err jangan suruh ku review psl kereta sbb ku mmg tak tau apa yang nak tau psl kereta hehehhe

yang aku tau psl cc (lagi besa lagi bagus, lagi mahal etc), auto atau manual, interior cun tak cun, seat leather ke fabric etc....

psl enjin, i'll leave it to mr hubby :)

overall, dia pon SOKA...


kami nye prioriti nak mencarik MPV tp aku terberkenan dgn SUV plak... owhh tidakkk...


SX4 ni 5-seaters but quite spacious.. (cakap lah apa pon kalu hati dah kenan kan hahaha)..




cun kann...




keyless feature?? yang ni kena tanya balik, coz Swift already gone keyless..



bleh kah ku 'hidup' dgn anotehr RM1k slashed from my account every month?? owhhh kena budget kena budget bebetul nih!!!!!!

tapi ku mahukkkk..............


---

Wednesday, December 2, 2009

nahhh.. that's too much

kisah nye last week, i received my shaklee trial pack (breastfeeding set) from genkimomma -- consists of vitamin C, vit B complex, multivitamins and alfalfa tablets.
tp baru kelmarin dapat start makan...

why i take supplements??

- kerana saya tahu keperluan supplements.. esp vitamins
- kerana saya perlu extra energy for myself since diriku semakin busy nowadays..
- kerana dulu masa 1st year, saya amik vit B co & vit C tanpa 'fail' saya mmg terasa kesannya -- saya lebih energetic, kurang mengantuk & jarang sakit/demam

why shaklee??

- owhh itu saya takleh jawab.. 'brand' tak penting, apa yang penting?? kerjaaasamaaa yang penting is good testimoni, side-effects-free (sbb tu saya hanya berani ambil vitamins), halal & HARGA..
owhh saya memang kedekut w'pon utk kesihatan diri.. mungkin ada yang kata, utk kesihatan sendiri apa salahnye belanja lebih, tp bagi saya semua sama penting.. (badan sihat & poket ada duit lagi best kan?? hehheh) -- tambah plak saya pegawai gomen yang gaji ciput. Ikut hati amik kat spital lagi senang (free kan??hahhaha...)
- kebetulan ada offer trial pack utk breastfeeding momma, jadi saya pon mencuba...

apakah pendapat ku bila dapat trial pack tuh??

bukak je tipuware comewl tuh -- "mak aiiihh besaQnye pil nih... mak aiii 'harum' nye bau..." mmg besar2 pil nye (tp ku takde masalah telan pil, tp jgn suruh ku kunyah or hisap!!) -- bau memang cam bau herbs, i bet that's the alfalfa kot...


apa kah pendapat ku lepas 3 hari makan vits nih??

1) urine saya jadi kuning -- sbb vit B co --> ni paling obvious la kann

2) my energy level -- tak perasan sangat sbb baru 3 hari kan.. (kalu aku leh tak mengantuk malam, then i would say they are SUPERDRUGS hahaha) -- so far ku masih mengantuk tepat kul 10 malam, tp 3 hari ni ku memang bangun awal sbb pegi PP*M kul 7 pg

3) my boobs engorge (or feeling 'full') -- kesan alfalfa kah?? ke perasaan ku je?? sejak sebulan yang lepas, aku mmg dah tak pam pas subuh sbb Faris dh direct BF and aku malas . Tp semalam, ku kena pam sbb boobs ku engorge despite Faris minum kul 5am. Pam dapat 8oz... alhamdulillah.. tghari pam lagi dapat another 9oz (errr.. selalu kalu ku pam tghari sahaja ku akan dapat 12-14oz)
Pagi ni plak, engorged jugak, ku tak sempat pam, so ku paksa Faris minum tp dia main2 je minum (sebab masih kenyang agaknye).. tak sempat pam, so terus ke PP*M, ingatkan sempat pam tp ada lecture plak.. sempat pam kul 10 lebih -- ku dapat 14oz, tghari kul 2 ku pam lagi dapat lagi 5 oz...

so hari ni aku dah tak amik alfalfa tablet tu -- sebab aku tak nak susu byk sgt boobs engorge!!
SEBAB problem ku ialah TOO MANY EBM stocks.. bukan ku 'komplen' atau tak bersyukur, tp ku rase ku tak perlu banyak sangat susu buat masa nih.............. hahhh aci kah cakap gitu???

owhh harap susu ku tak merajuk!!

kalau la bleh ku sedekahkan EBM ku pada orang lain kann.. (tp DH tak berapa setuju ngan idea tuh..)
buat masa ni, ku tgh berusaha abiskan bulan august nye stock (tadi baru kira ada lagi 33 plastik). Siap ku thaw 3-4 plastik sehari & suruh maid ku bagi Haziq & Fatini sekali hehhehe (tp diorang ni tere sbb tau kalu susu tu campur EBM)

owhh.. mungkin kalu ada yg rase nak banyakkan susu leh try lah alfalfa nih... but i still believe that it's still up to an individu... effect yg ku rase mungkin tak sama ngan orang lain.. so, leh cuba and tengok sendiri ok..
i recommend this to other mommies yang cuba nak banyakkan susu.. ku ada bagi member2 seangkatan mengepam dengan ku makan alfalfa tu, nanti ku tanya plak experience diorang..


---

Tuesday, December 1, 2009

sale sale sale - 2







p/s: Dian.. ada mau pigi ka??? jom jom :D

sale sale sale - 1

sale apa???




where??



don't forget... (kalu nak gi... hehhe )


---
aku belum mampu nak beli beg jenama inih... rase sayang nak abiskan gaji satu bulan utk sebijik beg tp teringin gak uhuk uhuk... ada orang mau hadiahkan ke?? hehehehhh

Sunday, November 29, 2009

congrats Kandan & Debs

last nite, aku & DH and DNNA & hubby attended wedding reception of our classmate in Galway -- Dr. Kandan who weds to Dr. Deborah Ryan (apparaaa Kandan, cakap mau carik meenachee, ni minahci Irish yang kau rembat ekkk)

The reception took place at Crowne Plaza Mutiara KL..

very happening wedding party..
very happening crowd...

and the best part -- some of our Irish classmate were there too!!

cheers to Eoin (pronounce as Owen), Richie & Emma, Emer, Aisling, Dora, John, and Teresa & Habana with their little Boo (whom we did not get the chance to meet :( too bad dear!)

also our almost-Irish fren, Aini ehhehehe jgn mare bebb..

credits to DNNA & hubby yang jemput & anta we 'ol (mek, abang YTC ko bawak keta aku takut la weihhh... cam naik rally car. hehhe Nway my sincerest THANKS to him yang sanggup amik & anta kitorg ber2 :D)

at first, we (read: aku, my DH & DNNA)had difficulty to recall our frens' name.. hmm it almost 6 years since we graduated okeh... (haaa lama gak ehhh), tp lama2 tu sume nama 'popped' back into our old mind..
fyi, i was known as SITI back then.. hahaha (kat sane senang pakai 1st name je)

we had 9-course chinese cuisine.. mak aiii dari kul 8.30 start 1st course, kul 11.30 baru la abis ke desert.. ngantuk gak menunggu... acik engorged tu tak yah cakap lahh.. sama lah ngan DNNA

tp paling lawak bila Eoin dgn bebudak lain (esp Eion) 'geli' tgk ikan kerapu tergolek sekor atas pinggan... hahahah diorg ni mana pernah tgk kepala ikan kot?? Selama ni fillet je agaknye..

Kandan -- cam tu jugak, kepoh like usual.. good to see u, brother. Thank u for inviting us
Deborah -- u are gorgeous dear!!

memang seronot jumpe balik bebudak tu..

nanti aku letak gamba..


ni nak balik Cheras pas 2 hari berkampung kat Gombak...

esok keje huwarghhh..

Tuesday, November 24, 2009

@5 months

semalam Faris genap 5 bulan...

@5 months old --

dia dh boleh bergolek, meniarap n telentang balik
kalau meniarap tu, dia dh mengundur ke belakang.. kalu letak atas tilam, tak sampai 5 minit sure tilam ntah ke mana

stranger anxiety -- last sunday, balik rumah nenek, dia nangis everytime pakcuk amin nk amik. Siap cembeng-cembeng lagi bibir tu.. uhuk uhuk...
camni kalu, susah la mummy isk..

Fatini takde problem ni cos dia dok rumah nenek sampai umo setahun. Kat rumah nenek selalu mmg ramai org esp weekends, cousin2 dia sokmo datang so dia dh biasa dgn ramai orang.
Haziq plak, we all ada maid dr dia lahir sampai umo dia lebey kurang 5 bulan (bibik tua yg pemalas and bukan dtg nak keje!!), so bila anta nursery dia mmg susah sket sbb dah kenal orang. Tp tak lama pastu terus ok dgn strangers.. and he likes men/boys (donno why?!)

minum susu now dh up 5-6 oz.. ku dah kena prepare EBM 5oz per bottle.. (owwhh i only pumped once a day nowadays so, leh dapat up to 3 bottles je.. huk huk kena up kan lagi production..)

ari tu maid ckp, dia minum dekat 7 oz kul 10am and he slept for hours... and minum balik kul 3pm.. iskk..

he's due for his 3rd DPT Hib IPV jab.. baper kg la plak dia kali nih?? Anyone care to bet?? hahahha

pandai main dgn kakak.. kakak pon sangat pandai main dgn PAyish..
abang pon bleh tahan jugak, tp abang suka picit pipi payish.. uhh kena tengok kalu Haziq yang ngadap dia..

found this pic in my old album.. Haziq was 4months old -- masa ni dia mmg dah steady meniarap. Haziq leh meniarap when he was 2 1/2 mths old..
Fatini tembam kan masa ni?? she was 2 1/2 year old..


Haziq @6mo..




i know i know.. it's supposed to be about Faris..
tp saje lah nak share gamba Haziq.. sama tak???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails